Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.1

1. KEUTAMAAN MENANGIS SEMASA MEMBACA QUR'AN

Menangis di kala bertilawah dan berzikir itu merupakan suatu sifat atau ciri kalangan 'Aarifin (si hamba yang mengenali Allah); juga merupakan suatu lambang hamba-hamba Allah yang soleh, di mana Allah S.W.T telah berfirman:

''sesungguhnya orang-orang yang telah diberi pengetahuan sebelumnya ,apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka ,mereka tersungkur dengan muka mereka sambil bersujud.
Dan mereka berkata: Maha Suci Tuhan kami; sungguhnya janji Tuhan kami pasti ditepati
Dan mereka tersungkur dengan muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'. "
- Al-Israa' :107-109

Imam Al-Qurtubi r.a di kala menjelaskan ayat 109 di atas, menulis : Ini merupakan suatu gambaran yang memuncak dalam menyifati ahli-ahli ilmu dan memuji mereka; dan merupakan suatu milik yang tampak bagi setiap tokoh ilmu, di mana dia dapat menghasilkan sesuatu yang dapat menyampaikan ke martabat ini, maka insan demikian akan takut, tunduk dan merendahkan diri di kala mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.

        Menurut Al-Qurtubi lagi: dalam ayat ini terdapat dalil yang mengharuskan menangis dalam sembahyang ekoran takutkan Allah Ta'ala atau takutkan terjerumus ke dalam maksiat dalam agama Allah; dan perkara demikian tidaklah memutuskan sembahyang dan tidaklah pula memudaratkannya.
[rujuk : Ahkaam Al-Quran (10:341)]

          'Ab.A'la At-Tayyimi pernah berkata :''Siapa yang dikurniakan ilmu yang membawa dia tidak menangis, maka ilmu itu tidaklah menjadi ilmu yang bermanfaat; kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah menyifatkan ciri para ulama itu dengan firmanNya dalam surah Al-Israa : ayat 107-109 ''.

        Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah r.a pula pernah menulis dalam kitabnya Fataawa : ''Sesungguhnya di kala mendengar ayat-ayat Allah dan zikir-zikir yang disyara'kan ,akan melahirkan hati yang takut, mengalirnya air mata dan menggigil gementar tubuh badan. Maka ini merupakan seutama-utama sifat keperihalan yang disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah''.

        Sungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla telah berfirman yang bermaksud:
''Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik(iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu Ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang; gementar sebabnya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya; kemudian kulit dan hati mereka menjadi tenang di waktu mengingati Allah. Itu petunjuk Allah; dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang Dia kehendaki.'' -Az-Zumar: 23

       Juga berfirman yang bermaksud:
'' (Orang-orang pilihan itu) apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Maha Pemurah, maka mereka tersungkur dengan bersujud dan menangis''.- Maryam: 58

       Menurut Al-Qurtubi:  dalam ayat ini terdapat keterangan yang menunjukkan ayat-ayat Tuhan Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah) itu memberi kesan kepada hati-hati manusia.

       

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.