Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.2

1.PENGERTIAN DAN ANEKA TANGISAN

Aneka Tangisan:
         Menurut Imaam Ibn Al-Qayyim r.a: Menangis itu ada beraneka macam (sebab dan tujuan), iaitu:
  1. Menangis sebab sayang dan berlemah-lembut.
  2. Menangis sebab takut dan gerun.
  3. Menangis sebab cinta dan rindu.
  4. Menangis sebab girang dan sukacita.
  5. Menangis sebab terkejut kedatangan sakit dan ketiadaan sanggup menanggungnya.
  6. Menangis sebab sedih.
                 Perbezaan antara menangis sedih dan menangis takut, ialah menangis sedih itu berlaku terhadap perkara yang telah berlaku; manakala menangis takut pula berlaku terhadap perkara yang akan berlaku.
                  
                 Perbezaan antara menangis sukacita dan menangis dukacita ialah menangis sukacita itu berlaku dengan tertitis air mata sukacita yang sejuk dalam keadaan hati amat suka ;manakala menangis dukacita pula berlaku dengan tertitis air mata dukacita yang panas dalam keadaan hati amat duka.

     7.  Menangis sebab merasa lemah dan dhaif.
     8.  Menangis pura-pura (nifaaq): iaitulah seseorang mengalir air mata (melahirkan simpati); sedang          hatinya kasar .Maka dia melahirkan ketundukkan ; sedang hatinya adalah sekeras-keras hati manusia.
     9.  Menangis sebab diupah dan diberi ganjaran seperti menangis orang yang meratap yang diberi          upah.
    10.  Menangis simpati : iaitulah seseorang melihat orang lain menangis kerana sesuatu sebab yang mengenai mereka , lalu dia turut menangis bersama mereka; sedangkan dia tidaklah mengetahui sebab mereka menangis, lantas dia pun turut menangis.


Jenis-jenis Tangis Buatan:
     
          Menurut Imaam Ibn Al-Qayyim lagi: Tiadalah di sana tangisan yang dipaksakan cuma ada tangis buatan, di mana dia mempunyai dua jenis, iaitu :
  1. Tangis Buatan Yang Terpuji
  2. Tangis Buatan Yang Tercela
          Tangisan Terpuji itu berpunca daripada hati yang lembut dan sebab takutkan Allah; bukan kerana riyaa' dan bukan kerana sam'ah(ingin memperdengar kebaikan diri).

          'Umar B.Al-Khataab r.a pernah berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w. di kala dia melihat Nabi s.a.w. sedang menangis ; sedang di kala itu beliau dan Abu Bakar r.a. sedang mengurus tawanan Badar,katanya :''Beritakan kepada saya mengapa tuan menangis, wahai Rasulullah? Jika saya mendapati tuan menangis, maka saya akan turut menangis ;dan jika saya tidak mendapati tuan menangis(pun) saya akan berpura-pura juga menangis''.

          Rasulullah s.a.w. tidaklah menolak tangisan 'Umar r.a.
       Sebahagian kalangan Salaf pernah berkata:
                    ''Menangislah kamu sebab takutkan Allah; seandainya kamu tidak tertangis ,maka buat-buatlah menangis!''.


         Adapun Tangisan Tercela ialah tangisan yang terjadi berpunca kerana makhluk (bukan kerana Al-Khaaliq : Tuhan Pencipta).rujuk : ''Zaad Al-Ma'aad''(1:187). Berapa banyak kita telah melihat dan mendengar orang yang menangis kerana muslihat (kepentingan) kebendaan,atau kerana riyaa' dan sam'ah.
EPISOD SETERUSNYA: PETUNJUK NABI S.A.W. DALAM MENANGIS

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.