Tangisan Rakyat Jepun (MUST READ!!)
''Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak(benar)? Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu)''.- Surah Ibrahim :19
Ayat suci Al-Quran di atas sangat bersesuaian dengan peristiwa yang telah berlaku di Jepun baru-baru ini yang menyebabkan hampir seluruh kawasan timur negara itu ranap dan musnah akibat bencana alam TSUNAMI.
TARIKH 11.3.11 adalah hari yang tidak dapat dilupakan seluruh rakyat Jepun lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan timur laut negara berkenaan apabila tsunami setinggi 10 meter menghancurkan kawasan berkenaan.
Jam dinding di pejabat akhbar WALL STREET JOURNAL yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokya menunjukkan pukul 6.57 pagi.
Wartawan akhbar itu,Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat.
''Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima melaporkan timur laut Jepun di landa gempa bumi yang besar''.
''Untuk beberapa ketika, kami terpaku sehinggalah keadaan pejabat kami bertukar kelam-kabut''.
''Gegaran yang semakin kuat menyebabkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja''.
'' Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia nya berlangsung selama beberapa minit''.
'' Ada yang cuba keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut''.
'' Lebih membimbangkan ,cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur jugalah emel boleh dikemaskini.Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung pada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami''. cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ
Pengalaman yang dihadapi seorang rakyat Jepun diatas mungkin sekali menggambarkan saat-saat bumi akan hancur pada hari kiamat kelak atau lebih teruk daripada itu seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 yang bermaksud: ''Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat.- dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.- dan manusia bertanya,''Apa yang terjadi pada bumi ini?.- pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.- kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya''.
Angkara tsunami, dianggarkan lebih 10,000 terkorban dan ramai lagi yang hilang dan Jepun perlu mengambil masa 5 tahun untuk membangunkan kawasan itu.
Secara tersurat apa yang berlaku di Jepun adalah bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Perlu diingatkan walau sehebat mana teknologi yang dimiliki manusia, ia masih dangkal untuk menentukan apa yang akan berlaku di hari mandatang.
Walaupun dengan kecanggihan teknologi yang ada manusia mampu mengesan kejadian gempa bumi di bawah laut juga ombak tsunami yang akan melanda, kemusnahan jiwa dan harta benda pasti tidak dapat dielakkan kerana jika Allah menghendaki ia berlaku, maka ia akan berlaku juga.Tiada apa pun yang dapat menghalang kuasaNya daripada membuat sesuatu.
Malah, perkara ini termasuk dalam ketetapan qada dan qadar Allah yang tidak juga menafikan konsep usaha dan tawakkal. Secara tersirat ia satu daripada nikmat dan rahmat Allah kepada hambanya yang beriman supaya berfikir dan merenung setiap kejadian.
Kita di Malaysia masih dipelihara daripada gempa bumi, letupan gunung berapi dan huru-hara yang melanda sebahagian masyarakat dunia hari ini. Rakyat negara ini masih selamat ,bebas bergerak ke sana ke mari, makanan dan segala keperluan asas mencukupi. Segala nikmat ini hendaklah disyukuri dengan memperbanyakkan melakukan ketaatan sambil berharap belas kasihan dan rahmat Yang Maha Kuasa.
Jika tidak, kemungkinan pelbagai musibah dan malapetaka bakal menimpa secara tiba-tiba tanpa disedari implikasi daripada kemurkaan Allah terhadap perlakuan segelintir umat manusia yang tidak bersyukur. Malahan bibit-bibit kehancuran dan kemusnahan mula dirasai apabila kerosakkan akhlak dan moral masyarakat berada pada tahap membimbangkan.
Bukitnya akhbar melaporkan sejak tahun 2000 hingga 2008,kira-kira 257,000 bayi didaftarkan tanpa nama bapa oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ia bersamaan dengan 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari iaitu tujuh bayi dilahirkan bagi setiap dua jam.
Institusi kekeluargaan Islam juga turut dilanda kehancuran apabila pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menyatakan purata satu pasangan Islam bercerai setiap 15 minit.
Malapetaka dan kehancuran di kalangan muda-mudi juga tidak dapat dielakkan lagi. Perkara haram dan dosa jadi mainan. Arak diminum seperti teh dan kopi, gejala melepak, berpeleseran jadi hobi mengisi masa lapang dan berseronok di kelab malam umpama kemestian. Kelab malam dan disko serta parti-parti sosial mendapat tempat dalam masyarakat kita yang berpegang kepada kepercayaan kepada Tuhan. Tidak lupa juga pada konsert-konsert yang diadakan dengan menjemput artis-artis yang berpewatakkan seksi yang selama ini dipuja-puja. Padahal bukankah yang wajib dipuja-puja itu adalah Rasulullah serta ulama'-ulama yang selama ini mengerah keringat agar agama Islam ini mekar selamanya. Padahal ada juga sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa diri mereka adalah seperti debu-debu yang bertebangan sewaktu Rasulullah berjalan-jalan.
Bukankah semua ini musibah dan malapetaka yang melanda negara? Malah jika difikirkan musibah moral dan sosial yang berlaku hari ini lebih teruk kesannya berbanding tsunami dan bencana alam yang lain kerana akan merebak dan berbangkit kepada generasi masa hadapan jika tidak dibendung dan dibiar berpanjangan."Tapi manusia hendak membuat maksiat terus-menerus. Dia bertanya, ''Bilakah hari kiamat itu?''. Maka apabila mata terbelalak(ketakutan). dan bulan pun telah hilang cahayanya. Lalu matahari dan bulan dikumpulkan. Pada hari itu manusia berkata,''Kemana tempat berlari?''. Tidak! Tidak ada tempat berlindung!. Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu". -Surah Al-Qiyaamah :5-12
Justeru, sebelum tiba detik menakutkan itu, marilah semua bangkit daripada tipu daya dan kemewahan dunia yang sementara untuk patuh kepada Tuhan Yang Maha Esa bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Ayat suci Al-Quran di atas sangat bersesuaian dengan peristiwa yang telah berlaku di Jepun baru-baru ini yang menyebabkan hampir seluruh kawasan timur negara itu ranap dan musnah akibat bencana alam TSUNAMI.
TARIKH 11.3.11 adalah hari yang tidak dapat dilupakan seluruh rakyat Jepun lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan timur laut negara berkenaan apabila tsunami setinggi 10 meter menghancurkan kawasan berkenaan.
Jam dinding di pejabat akhbar WALL STREET JOURNAL yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokya menunjukkan pukul 6.57 pagi.
Gambar:- Ehsan Google Image |
''Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima melaporkan timur laut Jepun di landa gempa bumi yang besar''.
''Untuk beberapa ketika, kami terpaku sehinggalah keadaan pejabat kami bertukar kelam-kabut''.
''Gegaran yang semakin kuat menyebabkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja''.
'' Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia nya berlangsung selama beberapa minit''.
'' Ada yang cuba keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut''.
'' Lebih membimbangkan ,cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur jugalah emel boleh dikemaskini.Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung pada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami''. cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ
Antara kawasan yang teruk menimpa Jepun. Kelihatan jalan raya dan beberapa rumah rosak teruk dipukul tsunami. |
Pengalaman yang dihadapi seorang rakyat Jepun diatas mungkin sekali menggambarkan saat-saat bumi akan hancur pada hari kiamat kelak atau lebih teruk daripada itu seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zalzalah ayat 1-5 yang bermaksud: ''Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat.- dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya.- dan manusia bertanya,''Apa yang terjadi pada bumi ini?.- pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.- kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya''.
Angkara tsunami, dianggarkan lebih 10,000 terkorban dan ramai lagi yang hilang dan Jepun perlu mengambil masa 5 tahun untuk membangunkan kawasan itu.
Jepun mempunyai banyak sejarah berkaitan dengan bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi. |
Antara petikan video menunjukkan detik-detik cemas gelombang tsunami |
Malah, perkara ini termasuk dalam ketetapan qada dan qadar Allah yang tidak juga menafikan konsep usaha dan tawakkal. Secara tersirat ia satu daripada nikmat dan rahmat Allah kepada hambanya yang beriman supaya berfikir dan merenung setiap kejadian.
Kita di Malaysia masih dipelihara daripada gempa bumi, letupan gunung berapi dan huru-hara yang melanda sebahagian masyarakat dunia hari ini. Rakyat negara ini masih selamat ,bebas bergerak ke sana ke mari, makanan dan segala keperluan asas mencukupi. Segala nikmat ini hendaklah disyukuri dengan memperbanyakkan melakukan ketaatan sambil berharap belas kasihan dan rahmat Yang Maha Kuasa.
Jika tidak, kemungkinan pelbagai musibah dan malapetaka bakal menimpa secara tiba-tiba tanpa disedari implikasi daripada kemurkaan Allah terhadap perlakuan segelintir umat manusia yang tidak bersyukur. Malahan bibit-bibit kehancuran dan kemusnahan mula dirasai apabila kerosakkan akhlak dan moral masyarakat berada pada tahap membimbangkan.
Bukitnya akhbar melaporkan sejak tahun 2000 hingga 2008,kira-kira 257,000 bayi didaftarkan tanpa nama bapa oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ia bersamaan dengan 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari iaitu tujuh bayi dilahirkan bagi setiap dua jam.
Institusi kekeluargaan Islam juga turut dilanda kehancuran apabila pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menyatakan purata satu pasangan Islam bercerai setiap 15 minit.
Malapetaka dan kehancuran di kalangan muda-mudi juga tidak dapat dielakkan lagi. Perkara haram dan dosa jadi mainan. Arak diminum seperti teh dan kopi, gejala melepak, berpeleseran jadi hobi mengisi masa lapang dan berseronok di kelab malam umpama kemestian. Kelab malam dan disko serta parti-parti sosial mendapat tempat dalam masyarakat kita yang berpegang kepada kepercayaan kepada Tuhan. Tidak lupa juga pada konsert-konsert yang diadakan dengan menjemput artis-artis yang berpewatakkan seksi yang selama ini dipuja-puja. Padahal bukankah yang wajib dipuja-puja itu adalah Rasulullah serta ulama'-ulama yang selama ini mengerah keringat agar agama Islam ini mekar selamanya. Padahal ada juga sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa diri mereka adalah seperti debu-debu yang bertebangan sewaktu Rasulullah berjalan-jalan.
Orang ramai berpusu-pusu ke konsert. Bilakah kita semua mahu melihat kejadian seperti ini berlaku di masjid dan surau-surau?? |

Tiada ulasan: