Kad Raya daripada Blogger
ASSALAMUALAIKUM...
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar… laungan takbir
memecah hening di pagi 1 syawal pada tahun 2015. Tandanya lebaran sudah tiba
setelah sebulan berpuasa… menahan nafsu bergelora, tidak makan dan menahan
tekak yang dahaga. Solat Aidilfitri ‘pembuka selera’. Maaf bermaafan menjadi
adat dan budaya. Duit raya jangan buat tak tahu pula.
Umat Islam menangisi Ramadan yang dirindui. Ibadah tarawih meriah
dirai. Masjid surau berpusu-pusu dipenuhi. Sedekah dan zakat amalan yang patut
diteladani. Lailatul qadar berduyun-duyun tercari. Entah bila akan tiba kembali. Tahun depan
belum tentu akan bersua lagi. Moga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman di
hati.
Rasanya tidak terlambat lagi untuk Husein mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam.
Taqabballahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa entum bikhoir. Minnal aidin wal
faizin. Maaf Zahir & Batin.
Aidilfitri tahun ni terasa sedikit kelainan kerana menerima
beberapa kad raya daripada beberapa orang blogger yang Husein kenal. Agak lama
sudah Husein tak terima kad raya ni. Maklum la…. Zaman internet di hujung jari
ni orang buat tak tahu je dekat kad raya ni. Semua pakai send kat whatsapp dan
facebook je. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, generasi tu dah
tak tahu apa itu kad raya.
Ok.. Husein dah tak nak merapu banyak dah cerita ni. Cuma Husein
nak mintak korang satu je…. Satu je… Boleh kan? Alaaaa… satu je. Boleh tak
korang baca post ni sambil makan kuih raya atau lemang ketupat? Atau ajak
sekali tetamu yang ziarah kat rumah tu baca entri ni. Atau sambil baca ni,
korang tunjuk duit raya yang korang dapat. Hahahaha….
Ok ok (muka annoying)…. Jom tengok kad raya yang Husein
dapat tahun ni.
Blogger Zaza
Blogger Cik Itah. Kad raya yang special sebab ada
kelip-kelip halus. Nampak berseri.
Blogger Sheda Ucu
Terima kasih banyak-banyak kepada blogger-blogger tersebut yang sudi hantar kad raya. Kad raya yang Husein dapat tahun ni semuanya cantik-cantik belaka. Jangan risau.. korang pun dapat kad raya daripada Husein sendiri. Sape-sape yang tak dapat kad raya dari Husein tahun ni jangan merajuk dan jangan risau....moga-moga Husein dapat bagi kad raya untuk korang semua tahun depan ok. Moga kita bertemu di Ramadan dan Aidilfitri tahun depan InsyaAllah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tulus ikhlas daripada HUSEIN RIDER
alhamdulillah smpi jgk..
BalasPadamtrima kseh byk2 zaza.. kad rya dah bagi. harap kad kawen tak lupa jugak nak bagi.
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin
BalasPadamMY pun dah lama tak dapat kad, apa lg zaman it sekarang, last dapat 2 tahun lepas ..dr rakan blogger juga..
Kad raya Special. Tak de kat pasaran lebih sentimental value!
BalasPadamSelamat Hari Raya
Tahniahhh :)
BalasPadamBanyak nyaa dapat kad raya ^^
Selamat hari raya husein... byk juga dpt kad raya... saya dpt 1 ja.. hahahha
BalasPadam