Jejak Indonesia: Kembara Tempat Menarik ke Medan
ASSALAMUALAIKUM...
Bila sebut pergi oversea, ramai yang kata nak travel atau
bercuti kat sana. Pengalaman travel ke luar negara memang satu pengalaman yang
sangat bermakna. Sudah tentu setiap memori yang terpahat akan dikenang dan
disimpan buat selamanya.
Tapi berlainan dengan keadaan Husein semasa berada di
Indonesia kira-kira sebulan yang lalu. Orang lain sedang sibuk bergembira
dengan pengalaman bercuti mereka, tapi Husein sibuk mengembara di bumi serambi
Mekah itu sambil beramal. Memang satu pengalaman yang tak mungkin Husein
lupakan memandangkan itulah pertama kali Husein menjejak kaki ke tanah
Indonesia dan pertama kali menjadi sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan
untuk entik Rohingya disana.
Saban hari waktu Husein ketika berada di Indonesia
dihabiskan untuk menjayakan misi tersebut. Sambil menimba pengalaman berada di negara
jiran, pada masa yang sama Husein juga sangat teringin untuk berjumpa dengan
etnik ini untuk bersua muka dan mengutip pengalaman mereka berada di atas kapal
berbulan-bulan lamanya. Namun Husein cuba untuk mencuri sedikit masa untuk
pergi ke beberapa tempat menarik di Indonesia memandangkan Indonesia juga
merupakan destinasi pelancongan utama bagi rakyat Malaysia. Setiap tahun ada
sahaja team backpacker yang pergi ke sini. Bagi anda yang mahu mengenali
makanan apa yang menarik di Indonesia, boleh klik 6 Rasa Lazat di Indonesia.
Percutian sambil beramal Husein di Indonesia memakan masa
selama 5 hari. Alhamdulillah, misi kemanusiaan tersebut telah berjaya
dilaksanakan selama empat hari sahaja. Dengan itu Husein mempunyai masa sehari
untuk singgah travel ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Medan,
Indonesia.
1) Pasar Medan
Tidak banyak info menarik tentang pasar ini. Seperti biasa,
pasar ini menyajikan barangan yang pelbagai dan murah. Tapi anda haruslah
waspada dengan penjual-penjual yang selalu mengambil kesempatan kepada para
pelancong. Jika mereka tahu anda adalah pelancong, maka ada yang mengambil
kesempatan menjual dengan harga yang mahal.
Husein sendiri pun dah hampir kena tipu dengan
penjual-penjual tersebut. Mana taknya, ade ke diorang jual sehelai Tshirt I
LOVE MEDAN dengan harga Rp60 ribu= RM30. Padahal Tshirt tu murah je… sekitar
Rp30 ribu je= RM15. Nasiblah ada kawan Husein yang tahu serba sikit harga
barang-barang kat sini. Tapi memang tu la kebiasaan para peniaga kalau nampak
pelancong kan?
Kat sini jugak ada segelintir peniaga-peniaga yang suka
memaksa kita untuk beli. Ade yang sampai ikut kemana je kita pergi sampai la
anda beli barang tersebut. Kalau Husein, memang tak suka la dengan peniaga yang
jenis macam ni.. Kalau dia ikut kemana sahaja kita pergi, perkara pertama yang
harus anda utamakan adalah beg duit atau dompet anda. Jangan sampai dikebas/curi
oleh tangan panjang mereka.
2) Istana Maimun
Setelah penat menaiki motosikal beca dari hotel,
akhirnya Husein sampai juga di tempat yang terkenal di Medan ini. Bagi anda
yang gemar dengan benda-benda sejarah, tempat ni sangat sesuai untuk anda
kerana disini terdapat artifak-artifak lama, senjata perang lama dan
gambar-gambar tokoh lama.
Gambar dari Istana Maimun yang memukau pandangan.
Disini juga ada disediakan pakaian diraja untuk
disewa pakai oleh para pengunjung yang datang. Boleh la korang rasa
feeling-feeling jadi raja gitu walau hakikatnya korang hanya layak jadi raja
kapOOr je. Hahaha…
Setakat tu sahaja pengalaman mengembara di bumi orang jawa ni yang mampu Husein share dengan anda semua. Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang nak dikongsi, tapi macam tempat tu tak famous dan menarik sangat. Setakat kalau nak dijadikan tempat singgah sebentar je.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)
It's Ok bro . Maybe short but those picture craving me and want to go there too .. Looking forward for your next post .. Ke takat ni je ? hehe . Btw I like travelling buddies who can share their experienced through blog with their own thoughts ! Thumbs up !! Bak kata orang Indonesia . MANTAP SEKALI POST KAMU NGAN . Haha :D
BalasPadamWah bestnya kalau dpt pergi atas misi kemanusiaan...! Selalu juga terbaca tentang peniaga2 indonesia yg agak extreme a.k.a paksa kita beli brg dia...
BalasPadamM.Syamsid Dhuha... will update my travel story soon with other travel place. Alaa.. dia pun apa kurangnya. blog dia pun hebat jugak. Keep it up bro.
BalasPadamNorA Karim... yup, tak suka sgt dengan peniaga macam tu. Terasa macam selalu diperhati je.
BalasPadamcantik btol Istana Maimun.. kena bayar x pakai baju raja tu? hehe
BalasPadamBest nya travel, Fara pula jenis tak suka travel, walaupun Fara study di oversea, tapi Fara tak pernah lagi pergi mana2 negara europe lain selain tempat study Fara tu. hihih. Tapi tahun lepas sempat lawat Vietnam satu malam je, sebab transit lama sangat, so kami amik hotel kat Ho Chi minh, sempat rasa makanan diorang je lah, tak sempat nak melawat. :)
BalasPadam