Coretan Bersama Etnik Rohingya di Indonesia - PART 3
Semakin masa berlalu, semakin membuak-buak pulak rindu
Husein kepada Indonesia. Lepas ni nak discover Indonesia puas-puas. Oleh kerana
hari tu diberi tanggungjawab untuk jadi sukarelawan di Indonesia, maka takde
masa sangat nak jalan-jalan di destinasi pelancongan yang popular kat sana. Hanya
satu dua tempat je. Harap lepas ni kalau ada peluang dan kesempatan, nak sangat
pergi tempat-tempat menarik kat sana.
Berbalik pada tajuk entri kali ni – Part 3 kali ni adalah
coretan terakhir Husein sebagai seorang sukarelawan dalam misi bantuan Rohingya
di Indonesia. Untuk coretan kali ni, Husein ditugaskan untuk melawat beberapa
kem lagi, antaranya di Lhoksukon dan Birem, Bayeun. Team Husein buat keputusan
untuk pergi ke kem yang paling dekat dulu iaitu di Bayeun. Walaupun dekat tapi
perjalanan kesana mengambil masa 2jam lebih untuk sampai. Husein kata yang
paling dekat sebab untuk ke kem yang satu lagi, iaitu di Lhoksukon mengambil masa
yang lebih lama.. sekitar 3-4 jam gitu.
Keadaan kem di Birem Bayeun, Indonesia.
Alhamdulillah, kami sampai ke Birem Bayeun dengan cuaca yang
baik. Isu keadaan Gunung berapi Sinabung yang beberapa kali meletus kecil
menyebabkan keadaan cuaca di Indonesia beberapa hari yang lalu tidak menentu.
Dan sekarang gunung berapi tersebut dah pun meletus dengan kuat.
Antara aktiviti kami
di sini adalah meninjau tapak kem selain berbincang dengan pengurus kem disini
dan mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan. Kat sini jugaklah Husein
berpeluang untuk belajar sikit bahasa Rohingya dengan dibantu oleh seorang pakcik
Rohingya yang pandai berbahasa arab. Bila belajar bahasa asing ni terasa
seronok dan dapat bermesra dengan mereka dengan mudah. Lagipun kebanyakkan orang
Rohingya kat sini baik-baik belaka… so rugi la kalau tak ambil kesempatan untuk
bermesra dan ambil pengalaman diorang naik atas kapal lama-lama.
Disini kami berkesempatan untuk mengagihkan barangan dalam
bentuk soft toys kepada kanak-kanak kecil disini. Rata-rata kanak-kanak disini
cukup gembira. Sambil mengagihkan soft toys, kami mengambil kesempatan untuk
bermesra dengan mereka. Malah ada seorang dua yang pandai bertutur dalam bahasa
kita. Entah dari mana la diorang belajar bahasa melayu ni. Maka tak hairan la
kami boleh berkenalan dengan diorang dengan lebih rapat lagi.
Beramah mesra dengan kanak-kanak Rohingya.
Selesai sahaja kerja kami disini, kami terus ke kem
penempatan di Lhoksukon. Apa yang lainnya kem disini dengan kem-kem yang lain
adalah disini akan dijadikan kem utama bagi mengumpulkan kesemua orang Rohingya
di Indonesia kerana di kem ini akan didirikan bangunan-bangunan dan rumah-rumah
untuk orang Rohingya menetap disini. Cuma buat masa sekarang ni kesemua
bangunan dan rumah tersebut tidak siap dengan sepenuhnya lagi. InsyaAllah projek
pembinaan ini akan siap sebelum menjelang lebaran yang akan tiba nanti. Lepas
siap je kesemua bangunan dan rumah tersebut, semua etnik Rohingya di Indonesia
akan dikumpulkan dan diletakkan di satu kawasan ini sahaja. Mungkin ada
dikalangan mereka yang akan terjumpa saudara-mara mereka nanti atau lebih manis
lagi terjumpa ahli keluarga yang sekian lama berpisah. Boleh la mereka meraikan hari raya bersama-sama nanti.
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan.
Sememangnya pengalaman menjadi sukarelawan membantu
mereka-mereka yang betul-betul susah merupakan satu pengalaman yang sangat
berharga bagi Husein. Walaupun setiap hari keberadaban Husein disana merupakan
hari-hari yang sangat letih, namun semangat di dalam jiwa untuk membantu mereka
tak pernah pudar. Permusafiran Husein bersama dengan etnik Rohingya ni mengajar
diri Husein menghargai erti institusi kekeluargaan. Ada dikalangan etnik
Rohingya disini yang hilang seluruh keluarganya samada dibunuh atau terpaksa
melarikan diri ke merata tempat untuk meneruskan kehidupan. Yang lebih menyayat
hati apabila ada dikalangan bayi-bayi disini yang tidak mempunyai ibu. Samada
ibu itu dibunuh atau hilang sehingga terpaksa menumpang susu dengan ibu lain.
Harapan Husein setelah selesai menjalankan misi bantuan
kemanusiaan ni adalah moga etnik Rohingya dapat kembali ke tanah air mereka
dengan selamat dan sejahtera serta diberikan pengiktirafan kepada mereka untuk
menetap disana selamanya. Diharap jikalau ada lagi misi-misi kemanusiaan yang
lain, Husein dapat pergi ke sana dengan selamat dan lancar.
Terima kasih kerana membaca.
alhamdulillah. Tahniah kepada semua sukarelawan yang membantu etnik rohingya. Kesian sangat dengan diorang kan.
BalasPadambestnya..kalau ada rezeki nak backpack ke sana.. semoga jasa baik anda dalam charity dibalas olehNYA =)
BalasPadamterima kasih suhaiza dan adk dayah... moga masa depan mereka lebih cerah lagi di masa akan datang.
BalasPadamKini etnik rohingya di tindas lagi dan semakin parah. :(
BalasPadam