Anda Mungkin Tak Perlu ke Sunway Lagoon lagi Selepas Membaca Ini
ASSALAMUALAIKUM...
Cuti Aidilfitri yang terluang baru-baru ni di manfaat oleh
family Husein dengan sebaiknya. Seperti biasa, Alhamdulillah tahun ni semua
boleh pulang ke kampung dan sambut ramai-ramai di kampung tok termasuk lah
sedara-mara yang jauh. Raya tahun ni jugak merupakan first time Husein bagi duit
raya dan tunaikan zakat. Tapi, itu bukan alasan untuk Husein tidak travel ke
mana-mana tempat menarik di Malaysia di waktu cuti yang ada ini.
Orang kata, bila time cuti ni lah ada masa lebih sikit untuk
keluarga. Tetiba mak Husein teringin nak main air katanya. Time raya gini pun
ada masa nak main air jugak ker? Hehehe…Adik beradik Husein pun pecah kepala
nak fikir kat mana la nak cari tempat yang sesuai nak main air ni…… sehingga la
kitorang ambek keputusan nak jalan jauh untuk sampai ke Gambang Water Park, yang
terletak di negeri Tok Gajah, Pahang.
Percutian Husein kali memakan masa 2 hari. So nak tak nak
Husein kena tempah tempat penginapan untuk berehat. Oleh kerana ekonomi Negara
pun tak stabil dan pak-pak menteri pun suruh rakyatnya berjimat cermat, maka
abang Husein ambek keputusan untuk tinggal kat homestay je sebab kitorang sume
sekali memang ramai… 3 buah kereta yang join. Untuk 2 hari kitorang dapat
RM250. Murah kan? Boleh muat ramai-ramai. Siap ada aircond lagi. Lagi pun
homestay tu memang dekat dengan waterpark yang akan kitorang pergi nanti. Lebih
kurang 10 minit dah sampai.
Untuk masuk ke Gambang Water Park ni korang kena la ambek
tiket dulu. Untuk kanak-kanak diorang bagi free(bergantung kepada umur). Korang dinasihatkan untuk datang awal kalau
nak pergi kat sini. Water park ni dibuka dari jam 9.30 pagi. Kalau ikut
pengalaman Husein ni, paling kurang korang akan duduk kat sini 2 jam. So, dalam
tengahari tu korang boleh la balik untuk tido dan berehat pulak. Just make sure
sebelum korang datang sini korang kena makan dulu. Nanti lapar perut sape
susah??
Pasal makanan dan minuman pulak, memang kat sini semuanya
mahal. Air milo dalam bekas plastik tu diorang jual lima ringgit tau. Nak
taknak, Husein terpaksa beli jugak air tu untuk menghilangkan dahaga lepas
letih main air. Kadang-kadang ada jugak sikit perasaan menyesal sebab beli air
yang mahal tu. So, sebelum korang datang sini elok lah korang bawa bekal
siap-siap semua sekali. Tapi pandai-pandai la korang sorokkan bekalan tu yer.
Sorok dalam beg ke, bawah troli bayi ke… sebab guard kat sana akan check
sebelum korang dibenarkan masuk. And the thing is not allowed adalah makanan
dan minuman.
Gambang Waterpark ni sesuai sangat la bagi korang yang
sukakan permainan air. Kat sini jugak ada kolam besar yang korang boleh feeling
macam kat pantai. Ada ombak gitu. Malah air kat sini lebih bersih dan tak masin
dari yang kat pantai. Nak mandi pun hidung tak rasa pedih.
Anak sedara Husein yang kecik-kecik pun boleh join mandi kat
waterpark ni sebab kat sini ada kolam khusus untuk kanak-kanak. Tapi adalah
lebih baik supaya tidak membiarkan budak-budak mandi sengsorang je walaupun ada
safeguard yang sentiasa memantau
keselamatan pengunjung.
Kat sini jugak ada disediakan khidmat sewa pelampung. Ada
yang kecik, yang besar, yang single, yang double. Korang pilih je. Tapi bayaran
sewanya bagi Husein agak mahal. Husein sewa 3 bijik pelampung double untuk dewasa
semua sekali dah RM60. Dah la kita dah bayar tiket nak masuk, sewa peralatan
pun mahal. Paling kurang pun bagi la sewa murah siket. Cengkik darah jugak
diorang ni. Hahaha.. Tapi dengan pelampung tersebut korang boleh main semua
permainan air yang ada kat waterpark tu. Seronok..
Macam-macam permainan air dah Husein try. Galaxy Sliding,
Longest Sliding, Fastest Sliding…. Dan paling tak dapat lupa adalah dapat rasa
naik papan luncur air dengan lajunya. Bagi yang ada heart attack atau penyakit
yang sewaktu dengannya tidak dinasihatkan untuk mencuba permainan ni sebab memang
laju bebenor. Sampai macam nak terpelanting badan ni. Tapi secara kasarnya, kat
sini memang best sangat. Rasanya tak perlu sangat kot nak pergi Sunway Lagoon
bagai. Even kat sini pun tak ramai orang macam kat Sunway Lagoon. So ada la can
siket untuk korang joget dalam air ke, selfie puas-puas ke, jerit macam Tarzan
bila dah naik sliding tu ke….hmmmmmm…..
Terima kasih kerana membaca. Komen siket… :-)
Waa bestnya :D
BalasPadamHahahaa..dah pergi..memang bestt...
BalasPadamseronoknyaaa..
BalasPadamdone folloe #737
salam.. teringin plak nak try papan luncur air tu .. bestnya :)
BalasPadamaku mana2x waterpark blom pergi lagi. hahaha
BalasPadamWahhh murah nya homestay rm250 utk 2 mlm. Meh dtg cameron pulak. Boleh duduk di holiday apartment saya pula.
BalasPadamanak2 sibuk ajak datang sini
BalasPadamhmm boleh la....
BalasPadamsunway pun tak de la best sangat pada aku..'
mayb sebab aku bukan person yang suka masuk theme park kot
Wah! Macam best ni! kena pergi ke Gambang Waterpark satu hari nanti.
BalasPadam