Asyik Melihat Keindahan Masjid, Beliau Langsung Tak Tahu Apa Nama Masjid Itu
ASSALAMUALAIKUM...
Setiap individu yang travel atau bermusafir di atas muka
bumi ini mesti akan terasa pengalaman mendirikan solat di tempat yang mereka
tujui sama ada di masjid atau di surau-surau kecil, atau di tempat-tempat
tertentu yang boleh dijadikan tempat sembahyang. Jika di Eropah, sudah tentu anda
terpaksa mendirikan solat di tempat-tempat asing atau jauh dari pandangan.
Namun jangan bimbang, kerana orang-orang eropah juga sangat menghormati
agama-agama lain.
Pun begitu, bagi anda yang sering mengembara di negara-negara
bukan Islam pasti akan terasa rindu dengan alunan suara azan atau takbir hari
raya. Lagu yang sering anda dengar sewaktu anda masih bayi lagi, kini tiada
lagi kedengaran dalam tempoh yang panjang. Dengan itu, barulah anda akan terasa
betapa nikmatnya berada di tanah air sambil suara azan sering kedengaran di
kaca tv atau di corong-corong radio.
Pengalaman bermusafir di bumi Indonesia beberapa bulan lalu
mengajar Husein erti mendekatkan diri kepada Allah, tuhan semesta alam. Kalau
di Malaysia, kita mempunyai banyak masjid-masjid yang tersegam indah. Begitu
juga di Indonesia. Namun bagi Husein, masjid-masjid di negara tersebut lebih
selesa, indah dan lebih terasa aura keberkatan tempat ibadah tersebut. Kalau di
Malaysia, Husein pernah beberapa kali solat di dalam masjid yang bunyi kipas
masjid tersebut lebih kuat dari speaker box yang dipasang. Nak dengar suara
imam pun macam bunyi tak bunyi je. Huhuhu…..
Ok, jom tengok beberapa buah masjid yang sempat Husein
kunjungi di Indonesia dan kenapa masjid tersebut membuatkan Husein tertarik
dengannya:
1. 1) Masjid Baitur Rahim, Kuala Langsa
Masjid ini mempunyai seni bina yang cantik. Tema warnanya
adalah hijau terang. Dari luar sudah kelihatan warna hijau tersebut yang
menarik perhatian. Lagipun warna hijau ini melambangkan ketenangan, sesuai lah
dengan tempat tersebut yang rata-rata yang mahu kesini adalah untuk memperoleh
ketenangan. Husein yang pernah kesini pun terasa tenang je.
Selepas selesai solat dan berdoa di masjid ini, Husein terus
meninjau keadaan luaran masjid ini sambil menunggu rakan travel yang lain
selesai solat. Kawasan luaran masjid ini agak bersih. Tandas yang disediakan
juga tidak kotor dan selesa. Tempat wuduk juga sangat sesuai dan tidak jauh
dengan tempat solat. Tidak di sesetengah masjid yang lain yang perlu untuk
menaiki tangga atau begitu jauh dengan tempat solat. Rekaan seni bina dalaman
masjid ini pun sangat cantik.
2. 2) Masjid Kelabu
Nama sebenar masjid ini bukanlah masjid kelabu. Kelabu tu
sebab warna luaran masjid ini berwarna kelabu kerana belum dicat ekoran warna
simen yang berwarna kelabu padahal Husein tak tahu menahu langsung apa nama sebenar
masjid ini. Oleh kerana terlalu asyik melihat keindahan masjid ini sehingga Husein
tidak terdetik langsung dalam hati untuk mengetahui nama masjid ini.
Jujur Husein cakap yang kali pertama Husein berpeluang
mendirikan solat disini, Husein dah jatuh cinta dengan keindahan masjid ini. Kalau
dari luar, masjid ini kelihatan seperti masjid-masjid di eropah kerana seni
binanya yang seakan-akan seperti di sana. Walaupun masjid ini belum siap dengan
sepenuhnya, tetapi aktiviti untuk menghidupkan masjid telah pun diadakan.
Kebetulan ketika Husein datang singgah solat disini, masjid
ini mengadakan program menghafal Al-Quran untuk kanak-kanak. Sangat teruja dan
kagum melihat kesungguhan kanak-kanak di sini membacakan ayat-ayat suci
Al-Quran walaupun kadang-kadang agak mencuit hati dan terhibur bila
mendengarnya. Sambutan daripada penonton pun agak ramai. Ibu bapa, jemaah masjid
dan penduduk sekitar antara yang memeriahkan acara tersebut. Untuk acara bagi
hafizah-hafizah perempuan pula diadakan di dalam satu bilik khas yang besar.
Bila cakap bab masjid ni, Husein teringat catatan MatLuthfi
di fb beliau. Satu hari beliau berasa tak tenang dengan lukisan plan kawasan
penempatan yang dilukis oleh beliau. Lalu beliau menelefon emaknya dan
menceritakan perkara tersebut. Kata emaknya:
“Engko dah letak masjid dalam plan engko tu?”
Bila soalan tu ditanya, terasa macam seketul batu menghempap
atas kepala ni. Kenapa la selama ni aku boleh terlupa benda yang paling penting
dalam membina sesebuah kawasan penempatan?
Arrrrrggghhhh….
Masjid hijau tu cantik gile.. yg kelabu tu pun mcm klasik2.. owh program hafal Quran tu asing2 ek laki n perempuan.. bagus jugak
BalasPadamSubhanaAllah,cantik sangat :D
BalasPadam