2013 Year in Review

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... rupe-rupenye 2013 dah nak menutup tirai. Sebagaimana kalam ulama' dulu: Antara benda yang takkan kembali lagi adalah zaman yang lepas. So, peristiwa-peristiwa yang dah berlaku dah menjadi memori kad dalam kepala otak Husein... (mujur ada banyak lagi freespace dalam memori kad aku ni untuk tahun 2014 nanti..hahaha).... macam-macam pengajaran dan peristiwa yang dah Husein tempuhi sepanjang berblog pada tahun 2013 ni. Antaranya....

1) Menjelajah bumi Mesir
Blog ni lah tempat Husein share pengalaman Husein pergi jalan-jalan kat negara orang. Perkara ni ibarat dah sebati dengan diri Husein. Tiap-tiap tahun mesti ada tempat-tempat baru yang Husein akan lawat. Kalau diikutkan agak banyak tempat yang Husein lawat sepanjang tahun 2013 ni. Antaranya, The Beautiful of Masjid Al-Azhar, dan yang latest sekali adalah Kronologi ke Masjid Muhammad Ali Pasha PART 1 dan PART 2. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi pengembaraan Husein kat bumi Mesir ni, boleh klik disini atau button 'My Travel' diatas. InsyaAllah, tahun depan Husein akan kongsi lebih banyak story-mory Husein melawat tempat-tempat menarik kat sini.
Masjid Muhammad Ali Pasha
2) Contest Blogger Tanah Arab by AsyrofAsri
Kalau korang perasan, contest ni sangat menarik sebab hadiah-hadiah semuanya from Egypt. Dan Husein sebagai penaja hadiah contest ni sangat teruja. Actually, ni adalah first time Husein taja hadiah kat blogger lain. Husein ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan InsyaAllah mane lah tahu kot-kot Husein pulak yang akan buat giveaway yang lebih hebat camni.... (ohh.. ade ke yang nak join??..huhuu..)

3) Award dari pihak media
Peristiwa ni berlaku pada bulan September lepas. Syukur ada jugak yang menghargai penulisan Husein dekat blog ni walaupun kengkadang pakat sedap mulut je ape nak cakap. Husein ucapkan jutaan terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia kerana sudi interview Husein walaupun mase tu Husein ada kat oversea. Nak tahu lebih lanjut?? Klik disini.

Sebelum tu, Husein jugak pernah tercalon dalam beberapa award di Malaysia, antaranya dalam Malaysia Internatinal Tourism Blogger Conference & Award dalam kategori International Tourism Blogger tak silap. Boleh klik disini. Tapi sekadar berada di TOP TEN je. Anyway, orang kate... kalau dah top ten tu dah kira hebat la tu kan. But, bukan tu tujuan Husein selama ni untuk jadi blogger part time ni. I never actually care about Award a lot because all I care is that, YOU, my readers enjoy my writing.

4) Situasi keadaan Mesir
Oleh kerana Husein sekarang berada di Mesir, maka wajib la Husein sentiasa perhati dan ambik cakna dengan situasi politik kat sini. Dah banyak benda yang Husein share dengan korang tentang keadaan kat Mesir ni, antaranya BREAKING - Aku Disebalik Kejatuhan MorsiKisah Rayaku di MesirSambutan Aidiladha di Mesir dan banyak lagi. Semua ni adalah kenangan Husein di Mesir ni.

5) Post viewer paling banyak
Sepanjang 2013 ni, post yang paling banyak viewer adalah Cincin Nabi Muhammad For Sale yang mana dulu Husein ada buat sale kat blog ni. Cincin ni sangat terhad dan sangat susah nak jumpa di Malaysia. (pergi mana-mana kedai emas pun susah nak jumpa). Cincin ni jugak mempunyai sejarah istimewanya tersendiri. Nak tahu cerita disebalik cincin ni?? Klik disini.

So..... tu la serba-sedikit pengalaman Husein berblog sepanjang tahun 2013 ni. Tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih mencabar buat kita. Oh ye.... Husein akan buat bloglist NEW YEAR 2014. Bagi korang yang berminat nak masuk dalam bloglist Husein..... just komen kat bawah entri ni.
Ape yang terfikir dalam fikiran korang bila tengok gambar ni??

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

7 ulasan:

  1. wow...2013 bnyk mncoretkan kngn manis...:)

    BalasPadam
  2. Impressive information, very interesting ^_^

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..seronoknya baca review 2013 Husein di Mesir.best jugak pengalaman macam ni.Btw nak inform already promote your travelog

    http://www.azhafizah.com/2013/12/panduan-dan-tips-sebelum-bercuti_27.html

    Terima kasih sudi join dan sudi berkongsi :)

    BalasPadam
  4. wah..blog retis nie rpenye...
    wjib msuk bloglist nie..
    http://katakcomel.my/feed/

    BalasPadam
  5. bestnya dapat pergi mesir. wow~
    http://rareunic.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. bestnye dapat travel jauh2 cmni..nk jgk rasa huhu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.