Kronologi ke Masjid Muhammad Ali Pasha - Part 1

ASSALAMU'ALAIKUM...
Pernah tengok masjid kat atas ni?

Dah lame rasenye Husein tak kongsi pengalaman Husein pergi ke tempat-tempat menarik kat Mesir ni ye. Seperti yang korang tahu, kat Mesir ni ade banyak tempat menarik untuk dilawati. Kalau korang nak pergi melancong untuk bawak anak cucu, atok nenek, adik-beradik, suami isteri nanti, eloklah letakkan Mesir sebagai negara yang patut korang lawati. Kat sini bukan sahaja terkenal dengan Piramid,... tapi ade macam-macam lagi tempat yang mesti korang lawati.

And the most beautiful place here is Masjid Muhammad Ali Pasha. Masjid ni adalah antara masjid yang tercantik di dunia. Boleh rujuk kat sini. Cerita berkenaan sejarah Masjid Muhammad Ali Pasha ni:

''Terletak di puncak benteng, masjid di zaman Turki Uthmaniyyah ini, dibina pada separuh pertama abad ke-19. Masjid ini dibina dalam ingatan Tusun Pasha, anak sulung Muhammad Ali, yang meninggal dunia pada tahun 1816.

      Arkitek masjid ini berasal dari Turki iaitu Yusuf Bushnak, yang mengambil model Masjid Yeni di Turki sebagai rujukan utama.'' -Wikipedia-. (masjid tu masih lagi ada di Turki sehingga sekarang).

Sebelum nak pergi jalan jauh, wajibul ghunnah kena isi perut dengan makanan yang sedap lagi menjilat jari. Emmm.... Nyam..Nyam.. Kalau tak, memang panik dan kebulur la bile nak pergi jalan jauh. So, Husein dan senior Husein pergi isi perut dulu kat restoran kat sini.

 Menu makanan yang senior Husein tempah. Mee Bandung... ala-ala Malaysia gitu, walaupun sekarang ade kat Mesir. hihihi....
 Ni pulak, menu makanan yang Husein tempah. Nasi Goreng Mutiara Ayam... (kat celah mane pulak ade biji mutiara dalam nasi goreng nih?.. hehe )
Eeeerrrrrrkkkkkkk... sendawa mengalahkan bunyi raksasa. hehe.. Lepas perut dah kenyang dan hati sudah senang, maka mulalah perjalanan Husein and the geng ke masjid tersebut. Setakat tu je post kali ni. Untuk cerita berkenaan pengalaman dan gambar yang menarik yang Husein shoot kat Masjid Muhammad Ali Pasha ni, .... akan Husein kongsikan dalam post yang akan datang. Hanya satu je yang mampu Husein kata kan lepas melawat masjid ni.

''Its awesome and very very very very beautiful mosque i ever seen'' (berapa banyak very da..)

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...

3 ulasan:

  1. tengok makanan tu yg sedap tu.. haha..
    hm.. kongsi la lagi ye. sbb nk pergi mayb tak berkesempatan lagi skrg ni.
    dapat tengok gambar jadi la

    BalasPadam
  2. salam kenal.blogwalking sini....bestnya,bila la nak sampai sana ni,suka juga dengan architecture aroun the world,hehehhee...

    BalasPadam
  3. Belum penah ke mesir lagi. ke mekah dan madinah dah pernah. Makanan nampak cam sama je gan kita kan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.