Kronologi ke Masjid Muhammad Ali Pasha - Part 2

Assalamualaikum...

Bagi korang yang terlepas baca Part 1, boleh klik disini.

Actually, dah lama sebenarnya Husein pasang niat nak pergi jalan-jalan kat masjid ni. Kenapa?? Sebab masjid ni adalah antara masjid tercantik di dunia selain Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa. Masjid ni dah terbina sejak 165 tahun dulu. Mak aihh...!! Husein pun belum lahir lagi mase tu. Malaysia pun tak merdeka lagi masa tu. Memang lama gilerr... tapi struktur dan binaan masjid ni masih lagi teguh dan cantik.

Ok, jom masuk dalam masjid ni same-same. Sebelum nak masuk kawasan masjid, kena lah ambik tiket dulu.
What?? Nak masuk masjid pun kena ambik tiket? Ni nak bina masjid ke nak bina Legoland ni sampai kena ambik tiket bagai? Ok ok... bertenang cik abang, cik adik.. oleh kerana masjid ni sering dilawati pelancong asing dan tempatan, maka masjid ni dijadikan tempat pelancongan dan tak boleh dah nak solat kat sini melainkan solat sunat tahiyatul masjid sahaja bila dah sampai kat dalam masjid. So, tak payah rajin-rajin cari imam dan makmum atau cari orang tukang azan bila masuk kat masjid ni. Ade jugak yang kena marah dengan pak guard arab kat sini kang. EngkO nak?.. hehehe..

Tiket bagi student berharga LE30(RM15) dan kalau orang biasa berharga LE60(RM30).
Sebelum masuk, Husein selalu fikir yang mungkin kawasan masjid ni kecik je kot macam masjid-masjid lain. Kalau besOr pun, tak la besOr sangat. Then, bila dah siap beli tiket dan masuk kat sana...OMG, memang tak cukup kaki nak jalan. Kat sini ade jugak menyediakan khidmat kereta pelawat tapi perkhidmatan tu agak mahal... kebetulan takde orang nak sponsored kite jalan-jalan (uhuk..sob, sob..), so jalan kaki je la sampai urat-urat saraf nak tercabut. But, macam yang Husein cakap sebelum ni.. kawasan masjid ni memang sangat luas dan besar.

Oleh kerana firasat Husein sebelum ni adalah salah, so Husein sampai kat sini agak lewat... iaitu lepas asar. Lepas tu mula la gelabah sebab banyak lagi tempat tak tengok lagi. Masa pulak sekejap je.. lepas tu nak masuk maghrib pulak. Orang tua-tua kata, waktu maghrib tak elok keluar rumah... hehehe.. anak sOleh la kate kan. wekkk.. :-p
Kat luar kawasan masjid ni, ade satu taman kecik untuk kita rehat lepas penat jalan kaki. Antara yang menjadi perhatian ramai adalah pokok ni.....Sangat cantik dan terbaikkk....
Oleh kerana masjid ni berada di atas bukit, maka kat sini boleh tengok pemandangan seluruh bandar berhampiran. Kebetulan masa tu awan kelihatan sangat cantik dan cuaca yang tak berapa panas ditambahkan lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa, menambahkan lagi ke'excited' an Husein untuk jalan-jalan kat sini serta memuji kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Subhanallah... tak terungkap betapa indahnya pemandangan kat situ.
Disebalik tiang-tiang Masjid Muhammad Ali Pasha.
Korang jangan tersilap pandang, belakang Husein tu adalah tempat mengambil wuduk. Mak aihh... cantiknye... mengalahkan tempat ambil wuduk kat Masjid Putrajaya.
The interior side of Masjid Muhammad Ali Pasha. Dalam gambar ni nampak cantik kan? Tapi kalau korang pergi sendiri dan tengok dengan mata sendiri... masyaAllah, lagi cantik. Actually, kawasan dalam masjid ni hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Husein pun tak tahu la kenapa pak cik guard arab kat situ bagi Husein lesen masuk... setahu Husein memang payah sangat nak ambik gambar kat dalam masjid ni sebab kawasan dalam masjid ni sangat cantik dan terdapat monumen-monumen sejarah. Kalau korang perasan, kat belakang tu ade satu kerusi. Kerusi tu adalah singgahsana Muhammad Ali Pasha.

Ditambah pulak, kalau nak masuk kawasan dalaman masjid ni.. boleh masuk sekejap je. Husein rase dalam 15 minit je boleh masuk. Ye laa.. kan kat dalam ni banyak barang-barang sejarah ditambah pulak kat dalam ni memang cantik... sebab tu la kot diorang tak bagi pelancong duduk lama-lama kat sini. Kiranya, Husein rasa bertuah sangat dapat masuk kawasan dalaman masjid ni walaupun sekejap je. Kalau orang lain, mungkin tak boleh sebab lepas kitorang keluar, pintu masuk masjid tu terus terkunci.

Oleh sebab hari tu Husein tak dapat pergi jenguk banyak tempat, maka gambar-gambar yang dapat tangkap pun tak banyak. Tapi, walaupun sekejap je pergi, Husein dah terasa betapa seronoknya pergi kat sini. Lepas ni, kena pergi awal-awal sikit baru seronok nak pergi semua tempat. Oh ye,.. tempat ni dibuka bermula jam 8.00 pagi sampai maghrib sahaja. Husein pun sangat menggalakkan korang sume untuk datang ke sini..... samada nak honeymoon atau holiday dengan family.... Very very beautiful and excited.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-D.

4 ulasan:

  1. saya dari indonesia jadi ingin mengunjungi mesjid itu :) salam kenal

    BalasPadam
  2. SubhanAllah ! indah sunggu permandangan kat sana . teringin nak pergy sana . doa2 kan tau hussein ~ :D

    BalasPadam
  3. Ya Allah, cantiknyaa masjid ni. Tapi dok dap kena beli tiket bagai.. huaaaaaaaaaaaaaa sebaik murah... mungkin duit tu dia nak bayar untuk mengekalkan keindahan masjid ni

    BalasPadam
  4. Subhanallah! cantik sangat dalam masjid tu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.