BREAKING - Aku Disebalik Kejatuhan Morsi

ASSALAMU'ALAIKUM...

Sudah lama Husein perhati dan ambil cakna isu semasa di Mesir. Lepas PRU yang lepas berlalu begitu sahaja, kini dunia sedang memerhatikan isu semasa di Mesir dan menjadi isu-isu penting di media massa dunia termasuklah media barat.

Officially, sekarang... negara Mesir ditakluk oleh tentera selepas tentera memberi amaran kepada presiden Mesir, Dr. Morsi untuk mententeramkan keadaan dan situasi di negara Mesir dalam tempoh 48 jam. Kini, Mesir kembali kepada zaman dahulu. Back to ZERO...

Jam menunjukkan kira-kira 9.25 malam. Pada waktu ini, kebiasaannya ramai anak Terengganu akan berkumpul untuk mendengar sedikit tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh ustaz-ustaz disini, di surau kompleks Terengganu. Tidak terkecuali la Husein yang turut sama mendengarnya. Cuma, tazkirah pada malam ini dikaitkan dengan sedikit isu semasa yang berlaku pada masa sekarang.

Sambil-sambil telinga ini khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan, tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit dan beberapa bunyi seperti mercun diluar tingkap surau tersebut. Pada mulanya, hati ini tidak menghiraukan bunyi-bunyi tersebut memandangkan masyarakat arab disini selalu membuat bising. Tetapi, semakin lama semakin kuat bunyi tersebut dan kedengaran suara kanak-kanak menjerit seolah-olah meraikan sesuatu. ''Oh, mungkin ada orang kawin kot.. sebab tu dengar bising je. Ataupun diorang sorak bila tengok game bola sepak''.

Maka Husein buat-buat tak endah je dengan bunyi tersebut. Selesai sahaja tazkirah tadi, Husein cuba mengintai di balik tingkap surau tersebut. Kelihatan seorang budak yang berjiran bersorakan melaungkan ''Tahya Masr... Tahya Masr'' berulang kali yang bermaksud ''Hidup Mesir... Hidup Mesir''. Pada waktu itulah, terfikir di fikiran Husein.. apa yang disorakkan oleh budak tu tadi?? Kenapa dia begitu gembira sangat melaungkan kata-kata sebegitu??

Selang beberapa minit, tiba-tiba ustaz yang memberi tazkirah tadi datang membuat pengumuman dengan memegang mikrofon di surau tadi dengan nada dan hati yang sedih.... Dalam fikiran Husein, ''Kenapa ustaz ni pegang mikrofon?? Nak sambung tazkirah lagi ke?

Husein cuba duduk kembali seusai menjenguk keadaan sekitar di tingkap tadi. Dengan hati yang menjerumus kearah ingin tahu apa yang nak disampaikan oleh ustaz tadi, tiba-tiba beliau mengkhabarkan bahawa Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi sudah tidak berkuasa sebagaimana dahulu kala. Mulai saat itu, Mesir diambil alih oleh tentera dengan diketuai oleh Hakim Mahkamah.

Pada waktu itu, barulah terjawab persoalan yang bermain di fikiran Husein tadi. ''Oh, ni la yang duk bising-bising sangat tadi tu''.

Mulai saat itu, hati Husein berkeceramuk. Gembira, sedih, kecewa.... ahhh... semuanya pening untuk difikirkan. Gembira kerana keputusan ini adalah keputusan dari wakil pihak Al-Azhar juga dan sebahagian rakyat Mesir. Sedih dan kecewa..... kerana Mesir terpaksa kembali ke zaman dahulu juga, dan mungkin akan kembali ke zaman diktator dan sekular. Pada waktu itu, Husein tak mampu untuk berfikir, apakah yang akan terjadi kepada negara Mesir selepas ini khususnya pada bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mengikut pengalaman-pengalaman Husein yang lalu, apabila tiba bulan Ramadhan, ramai rakyat Mesir akan berubah menjadi 'malaikat'. Nampak baik je.

Tapi adakah Ramadhan kali ini berbeza dengan sebelumnya?? Adakah Mesir akan terus diperintah oleh pihak tentera?? Atau akan ada lebih banyak lagi demontrasi di Mesir??

Segalanya Husein serahkan kepada Allah S.W.T., Tuhan yang mencipta alam ini, yang berkuasa akan tiap-tiap sesuatu, dia lah Raja segala raja dimuka bumi ini. Hanya mampu untuk Husein lakukan dengan kudrat yang lemah ini adalah memanjatkan doa kepada Illahi agar memberi keamanan dan kesejahteraan di semua negara-negara Islam yang bergolak dan diakhiri dengan pengakhiran yang baik.

Moga-moga ada hikmah dan sinar baru dengan apa yang terjadi selama ini.
''Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir.''
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT -
Gambar sewaktu Dr. Muhammad Morsi diiktiraf sebagai Presiden Mesir buat kali pertama dengan sistem demokrasi.
** Entri ini ditulis sejurus selepas Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi dibuang dari tampuk pemerintahan.
** Entri ini juga ditujukan khas buat keluarga Husein yang tersayang di tanah air dan buat semua yang mengikuti perkembangan semasa di Mesir. Keadaan pelajar-pelajar Malaysia disini adalah selamat dan dalam keadaan terkawal. Kami disini sentiasa peka dengan keadaan semasa.

2 ulasan:

  1. Ya Allah sedihnya ...

    Ya ..

    Selamatkanlah Mesir.

    '''

    Tak mahu langsung ada revolusi kali kedua dengan balik percuma.

    Takutnya balik kali ini bukan untuk balik semula ke Mesir TAPI pulang selamanya.

    BalasPadam
  2. Allah..semoga selamat hendaknye..aamminn

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.