Kad Raya daripada Blogger

ASSALAMUALAIKUM...

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar… laungan takbir memecah hening di pagi 1 syawal pada tahun 2015. Tandanya lebaran sudah tiba setelah sebulan berpuasa… menahan nafsu bergelora, tidak makan dan menahan tekak yang dahaga. Solat Aidilfitri ‘pembuka selera’. Maaf bermaafan menjadi adat dan budaya. Duit raya jangan buat tak tahu pula.

Umat Islam menangisi Ramadan yang dirindui. Ibadah tarawih meriah dirai. Masjid surau berpusu-pusu dipenuhi. Sedekah dan zakat amalan yang patut diteladani. Lailatul qadar berduyun-duyun tercari.  Entah bila akan tiba kembali. Tahun depan belum tentu akan bersua lagi. Moga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman di hati.

Rasanya tidak terlambat lagi untuk Husein mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Taqabballahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa entum bikhoir. Minnal aidin wal faizin. Maaf Zahir & Batin.

Aidilfitri tahun ni terasa sedikit kelainan kerana menerima beberapa kad raya daripada beberapa orang blogger yang Husein kenal. Agak lama sudah Husein tak terima kad raya ni. Maklum la…. Zaman internet di hujung jari ni orang buat tak tahu je dekat kad raya ni. Semua pakai send kat whatsapp dan facebook je. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, generasi tu dah tak tahu apa itu kad raya.

Ok.. Husein dah tak nak merapu banyak dah cerita ni. Cuma Husein nak mintak korang satu je…. Satu je… Boleh kan? Alaaaa… satu je. Boleh tak korang baca post ni sambil makan kuih raya atau lemang ketupat? Atau ajak sekali tetamu yang ziarah kat rumah tu baca entri ni. Atau sambil baca ni, korang tunjuk duit raya yang korang dapat. Hahahaha….

Ok ok (muka annoying)…. Jom tengok kad raya yang Husein dapat tahun ni.

Blogger Zaza

Blogger Cik Itah. Kad raya yang special sebab ada kelip-kelip halus. Nampak berseri.

Blogger Sheda Ucu


Terima kasih banyak-banyak kepada blogger-blogger tersebut yang sudi hantar kad raya. Kad raya yang Husein dapat tahun ni semuanya cantik-cantik belaka. Jangan risau.. korang pun dapat kad raya daripada Husein sendiri. Sape-sape yang tak dapat kad raya dari Husein tahun ni jangan merajuk dan jangan risau....moga-moga Husein dapat bagi kad raya untuk korang semua tahun depan ok. Moga kita bertemu di Ramadan dan Aidilfitri tahun depan InsyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
Tulus ikhlas daripada HUSEIN RIDER

6 ulasan:

  1. trima kseh byk2 zaza.. kad rya dah bagi. harap kad kawen tak lupa jugak nak bagi.

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

    MY pun dah lama tak dapat kad, apa lg zaman it sekarang, last dapat 2 tahun lepas ..dr rakan blogger juga..

    BalasPadam
  3. Kad raya Special. Tak de kat pasaran lebih sentimental value!
    Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  4. Tahniahhh :)
    Banyak nyaa dapat kad raya ^^

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya husein... byk juga dpt kad raya... saya dpt 1 ja.. hahahha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.