Model Digital Painting Terlaris

Kisah waktu Husein muda-muda dulu (errrkk...dah tua eh aku sekarang), memang jealous tahap super saiya bila tengok orang edit gambar comey-comey, cantik dan kemas. Lepas settle diorang punye artwork, terus upload. Terasa macam nak tempeleng berlapis-lapis je muka Husein ni bila tengok hasil artwork diorang. Pulak tu sekarang dah ada macam-macam software yang canggih untuk korang edit gambar jadi cantik.

Sehingga la Husein terjatuh cinta ditimpa tangga jejantas dengan hasil artwork sape entah, tapi sangat ohsem dan mengkagumkan. Memang teliti dan sangat halus hasil seni dia. Teknik artwork yang digunakan adalah Digital Painting. Maaf sebab Husein tak boleh upload hasil artwork dia sebab artwork yang dihasilkan adalah pelakon dan penyanyi popular Korea, Yoona. Korang faham-faham je la kan... takkan la Husein nak upload gambar dia yang buka aurat tu. Lagipun Husein tak boleh upload sebarangan hasil artwork orang lain.

Inspirasi dari gambar tersebut, membuatkan hati Husein terbuak-buak nak try edit gambar macam hasil artwork dia jugak. So.... gerangan muka siapakah yang menjadi mangsa Husein untuk dijadikan hasil artwork Husein kali ni?

Of course la muka Husein sendiri. Maaf la dengan muka yang macam nak makan penumbuk Undertaker ni. Lepas edit punye edit dengan menggunakan teknik Digital Painting...... ini lah hasilnya.

TADAAA.....
So, apa pendapat korang dengan hasil artwork Digital Painting Husein kali ni? Komen dan kritikan yang membina adalah amat dialu-alukan. InsyaAllah kalau ada masa nanti Husein akan buat tutorial untuk menggunakan teknik Digital Painting ni dengan menggunakan software Adobe Photoshop sahaja.

Bagi korang yang berminat untuk menggunakan khidmat Husein untuk edit gambar macam ni, boleh emel kan di husenmail@gmail.com, atau personal mesej di FB Fanpage HuseinRider. InsyaAllah, harga yang ditawarkan adalah sangat lumayan dan murah berbanding orang lain.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

4 ulasan:

  1. smartla ..boleh cuba nanti atas diri sendiri...

    BalasPadam
  2. Wow!! smart gila!!! Syabas!!! Ena pun tak reti buat gini

    BalasPadam
  3. Cantik...
    #Papatakpandaieditmengeditgambarsegalabagai

    BalasPadam
  4. Cantik...
    #Papatakpandaieditmengeditgambarsegalabagai

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.