Tutorial Digital Painting Menggunakan Adobe Photoshop - PART 1

Terlebih dahulu Husein ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan pen'komen' di facebook Husein yang terlalu inginkan untuk Husein buatkan tutorial seperti ini. Husein menghargai keinginan anda semua untuk mengetahui bagaimana cara untuk membuat gambar digital painting dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6 sahaja, tanpa menggunakan Wacom dan software-software yang lain.

Kebanyakkan teknik Digital Painting sangat memerlukan Wacom untuk memudahkan kerja mengedit gambar. Akan tetapi Husen sedar kebanyakkan mereka-mereka yang baru belajar edit gambar tiada wang untuk membeli Wacom seperti Husein sendiri. Oleh itu, Husein mengambil inisiatif sendiri untuk mengedit gambar tanpa menggunakan Wacom dan ternyata hasil gambar yang diperolehi amat memuaskan dan cantik.

Namun Husein akui bahawa teknik dan cara yang Husein akan ajarkan ini memerlukan semangat, kerajinan dan ketekunan yang tinggi untuk menghasilkan gambar yang MELETOP. Bak kata Spiderman; "The great power comes from the great responsibility". Ye tak??

Ok, tanpa membuang masa, mari mulakan dengan langkah pertama...

Langkah Pertama: Upload & Namakan layer
Selepas meng'upload' gambar yang ingin di'edit', sila namakan layer tersebut dengan nama 'Gambar Asal' untuk memudahkan anda merujuk kembali gambar yang asal jika berlaku kecacatan/kesilapan semasa proses meng'edit' gambar.

Cara untuk menamakan layer tersebut adalah: Klik 2x pada nama layer tersebut atau klik 'Layer' pada atas bar dan klik 'Rename Layer'.

Tips untuk memilih gambar yang ingin di'edit': Sila pilih gambar yang kemas dan cantik. Senang cerita adalah gambar yang diambil dari kamera DSLR. Husein tak mengesyorkan anda untuk mengambil gambar dari kamera yang biasa. Tips kedua, sila pilih gambar sampai ke paras dada anda sahaja kerana tidak mahu dibebani kerja meng'edit' gambar untuk bahagian lain. Ini kerana fokus tutorial kali ini adalah mengedit gambar dari hujung rambut sehingga paras bahu sahaja.

Langkah Kedua: Buang background gambar
Klik pada Lasso Tool, Quick Selection Tool atau Magic Wand Tool pada sebelah kiri bar mengikut kemahiran anda. Bagi Husein, Husein pilih Lasso Tool kerana lebih mudah untuk me'remove' background di belakang. Selepas itu biarkan gambar anda berlatarbelakangkan warna putih.
Gambar yang terhasil akan menjadi seperti ini.

Langkah Ketiga: Ubah Warna
Ubah gambar tadi kepada rupa warna hitam putih sahaja. Terdapat dua cara untuk kelihatan seperti ini. Pertama, klik pada 'Filter' di atas bar dan klik 'Filter Gallery'. Kemudian klik 'Sketch'. Kemudian pilih mana-mana bahagian sketch itu mengikut citarasa anda. Juga boleh sedikit mengedit setting bahagian tersebut pada sebelah kanan asalkan menampakkan garisan-garisan utama seperti garisan dibahagian lipatan baju, kulit muka, dan rambut. Sudah puas hati dengan hasil gambar yang dihasilkan? Klik 'Ok'.

Cara Kedua. klik 'Image' pada atas bar dan klik 'Adjusment'. Kemudian klik 'Black & White'. Atau tekan 'Alt+Shift+Ctrl+B'. Seperti cara yang pertama, gambar yang dihasilkan mestilah menampakkan garisan-garisan utama tadi. Dan klik 'Ok'.
Gambar yang terhasil mungkin sekali seperti ini. Asalkan menampakkan garisan-garisan utama dan berwarna hitam putih.

Langkah Keempat: Pilih Brush untuk melukis
Buat satu layer baru dan namakan layer tersebut dengan 'garisan utama'. Pilih Brush yang biasa dan kecilkan saiz kepada 3-5px dan rendahkan Opacity kepada 18%. Langkah ini adalah untuk melukis garisan-garisan utama yang terdapat dalam gambar. Gambar yang dihasilkan agak kabur dan tak nampak? Tak mengapa, kerana ini adalah langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku kecacatan yang jelas pada proses edit gambar yang seterusnya.

Anda haruslah melukis setiap garisan yang terdapat dalam gambar seperti garisan pada muka, hidung, mata, lipatan muka, mulut, telinga,rambut, lipatan baju, dan seangkatan dengannya.

Setelah selesai melukis garisan-garisan tersebut, klik lambang mata pada layer 'Gambar Asal' dan gambar yang terhasil mungkin sekali seperti ini.
Untuk tutorial seterusnya, Husein akan menerangkan langkah untuk melukis garisan-garisan utama dengan betul sehinggalah terhasilnya gambar Digital Painting yang cantik

* Tutorial ini akan diupdate secara berperingkat. Harap para pembaca sabar dengan tutorial yang seterusnya.
**Ini adalah kali pertama Husein membuat tutorial Photoshop di blog ini. Sebarang kemusykilan, masalah dan pertanyaan.. sila komen terus di entri ini.

*By the way, Its already April. No April Fool. Selamat menerima GST kepada semua pembaca Husein.

7 ulasan:

  1. Nice sharing berminat gak photoshop ni

    BalasPadam
  2. Hooo senang juga.. cuma ketelitian tu kena tinggi..

    BalasPadam
  3. pernah buat sekali dulu....apaapa pun header memang cantik

    BalasPadam
  4. Selalunya main belasah je gune photoshop nieh :-P

    BalasPadam
  5. Macam susah jerrr...
    Kalau kurang minat memang bagi alasanlahkan... Ngeh...ngeh...ngeh...

    BalasPadam
  6. bestnya..terer main edit2 ni...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.