Blog Baru, Semangat Baru

ASSALAMUALAIKUM...

Badan letih, penat... dahaga. Selalu balik lewat petang. Kadang-kadang tido tak cukup. Semua tu Husein lalui selama beberapa minggu kebelakangan ni. Kadang-kadang tido tak menentu. Ada ke tido lepas asar, patot la kepala rasa macam pening je. Lepas tu mula la malamnya susah nak tido.

Tambahan pulak exam is around the corner. Awal bulan depan dah start exam last sem. Kitab, buku rujukan, nota dan kertas soalan yang lepas-lepas mula tersenyum dengan kehadiran tuan dia. Selama ni just tengok-tengok atau intai-intai macam tu je. Dah dekat nak exam nanti konfem 24 jam mengadap benda-benda tu sume.

Dengan kesibukan seharian, Husein cuba jugak ambil masa untuk layan blog ni. Actually, mesti korang perasan yang blog ni dah berubah wajah sejak dua tiga hari lepas. Niat untuk ubah wajah blog ni dah dipasang sejak tahun lepas lagi. Kononnya setahun sekali blog mesti akan berubah wajah, padahal ambek ko.... template lepas yang Husein guna dah dekat dua tahun. Baru sekarang ada kesempatan nak ubah wajah blog kesayangan ni.
Nah belanja satu gambar waktu interview dengan wartawan Utusan Malaysia dulu.

Apa-apa pun Husein menghargai jasa baik korang semua untuk terus membaca blog ni. Apa pendapat korang tentang template baru blog Husein Rider ni? Ok atau tak ok? Komen dan kritikan yang membina amat dialu-alukan.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

7 ulasan:

  1. since you're good at editing so why don't you make an awesome header :D

    BalasPadam
  2. kena belajar banyak perkara lagi ni tentang blog. huhu

    BalasPadam
  3. Cantik template baru nie... Simple dan damai jep memandang.... Apa pun good luck ye...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.