Kipas Susah Mati Naruto

ASSALAMUALAIKUM...

Jarang sekali Husein update kat blog ni pasal lifestyle Husein. Yup, betul.. sebab Husein jenis yang tak suka tunjuk kat orang ramai sangat. Tapi yang mustahak adalah Husein masih kekal dengan lifestyle sebagai student. It's mean that I always mengadap kitab, pergi kuliah, pergi kelas tusyen, kelas tutorial and many more. Bukannya blogger fulltime atau seorang yang selalu suka travel fulltime.

Mesti korang dah tahu apa yang nak Husein ceritakan sekarang ni kan? Yup... pasal anime sukaramai, Naruto, yang dilukis oleh master Mashashi Kishimoto. Akhirnya selepas 15 tahun komik ni wujud, Naruto kini dah habis 100% dengan 700 chapter kesemuanya pada bulan lepas. Eh..!! dah sebulan berlalu. Baru nak update tentang ni? Actually, Husein baru je habis baca semua chapter dalam komik tu minggu lepas.

Tiba-tiba teringat zaman dulu waktu sekolah menengah.... time tu internet masih lagi susah nak dapat. Nak tak nak, kena pergi CC (Cyber Cafe) untuk main internet. Bila ada je internet, mesti Husein akan bukak laman web komik Naruto untuk baca komik tu. Al maklum lah, peminat No.1 Naruto. (Eh.. terbongkar rahsia pulak.. hehe)

Kalau tak pergi CC, Husein ada kawan-kawan lain yang berkongsi sama minat baca komik tu. Time tu Husein dan kawan-kawan lain akan beli komik KREKO yang berharga RM4.00 sebab dalam tu ada banyak komik Jepun, termasuk lah Naruto. Sampai sanggup bawak komik tu senyap-senyap dalam kelas dan baca sorang-sorang. hahaha...

Sehinggalah ke peringkat study kat negara orang ni... Husein still mengikuti perkembangan komik Naruto untill the end. Bagi korang yang kipas susah mati komik Naruto, mesti korang perasan yang ada beberapa persoalan yang pelukis komik tu tak jawabkan?? Antaranya, camne muka sebenar Kakashi dan Tsunade? Apa nasib kumpulan yang ditubuhkan oleh Sasuke sendiri yang ditubuhkan ketika Madara serang Kampung Daun? Nasib Orichimaru dan Kabuto pulak camne? Diorang kan pernah jadi orang jahat.

Last but not least, dah lama Husein tak asah bakat yang terendam selama ni. Then, Husein cuba untuk lukis komik suka ramai ni dan inilah hasilnya..........
Sumber dari My Ig. Tapi tak boleh lawan la dengan artwork Mashashi Kishimoto.

**Dengar kata chakura yang selalu disebut dalam komik Naruto ni betul-betul wujud dan ada dalam badan kita. Betul ke?? Nak buat Kage Bunshin No Jutsu jugak boleh tak? hahaha..

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

12 ulasan:

  1. Naruto ni aku layan movie dia je, kalau yang berepisode tak terlayan banyak. hahah

    BalasPadam
  2. Kenal Naruto memang dari kreko.. gara2 kreko lambat update.. sanggup pegi CC nak tgk dari sna.. msa tu la mahu improvise bhsa orang putih ni.. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. sambil baca, sambil improve english. Bila baca, banyak plak istilah2 yang tak pernah jumpa selama ni.

      Padam
  3. Saya masih layan cerita Naruto ni sekali sekala.

    BalasPadam
  4. habis je cerita tu..

    aku download semua manga dia. haha..

    susah nak jumpa dah lepas nih manga macam naruto nih..

    BalasPadam
  5. Nasib baik ada geng Naruto ekeke Ingatkan Cik Iman sorang-sorang je T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda tak berseorangan. Nak baca blog ni pun anda tak berseorangan. Saya ada utk membalas komen anda. hihihi...

      Padam
  6. ada orang kata chakura tu chakra, xtau la... tapi orang kata, orang2 dulu memang pandai kuasai benda-benda ni, tapi tu kata orang la...

    aku layan naruto ni pon dari kreko gak, pinjam membe punye, pastu berenti belajar kolej, sambung kat poli, ada geng layan anime naruto, sekarang manga dah abes... layan anime kat tv jela pengubat rindu

    BalasPadam
  7. mcm best je tp xpernah fokus nak baca. terdetik nak baca pun lepas tgk member menangis meleleh tgk part sedih dalam tv.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.