Jejak Mesir: Matrouh Siwa PART 3

ASSALAMUALAIKUM...

Sambungan dari entri sebelumnya:
PART 1 
PART 2

Untuk lokasi travel Husein kali ni, Husein perlu menguatkan otot kaki Husein sebab semua lokasi kali ini kena mendaki bukit. Dan ada Bukit Maut yang terpaksa Husein naik. Will I success to the top of the hill?? What is mean by Bukit Maut?? Is that a very dangerous hill in Egypt??

Hari-hari terakhir sebelum Husein berangkat semula ke rumah, Husein sempat melancong di dua tempat yang sangat cantik dan bersejarah. Sebelum pergi ke tempat tersebut, Husein check in hotel dulu di wilayah Siwa. Penduduk di wilayah ini rata-rata memang pelik bila nampak Husein dan kawan-kawan yang lain pergi ke tempat mereka. Ini kerana kat sini sangat jarang dilawati pelancong asing. Bila try untuk berinteraksi dengan diorang, bahasa ammi(loghat) diorang memang susah nak faham. Terlalu kekampungan. Berlainan dengan bahasa ammi di wilayah Kaherah, ibu negara Mesir.

Tu lah ujian yang mencabar kat sini. Tapi, perkara tu tak memaksa kitorang untuk berputus asa dari travel ke tempat-tempat yang menarik kat sini. Bagi Husein, putus asa ibarat bunuh diri. Satu-satunya tempat yang menarik yang paling dekat dengan hotel tempat Husein menginap adalah tempat yang dinamakan sebagai Rumah Semut.
 Tempat ini dinamakan Rumah Semut sebab dari jauh nampak macam rumah semut.

Perjalanan sepanjang merentasi Rumah Semut.


Kenapa dinamakan Rumah Semut??? Mesti ada banyak semut kat sana kan?? Tak geli ke pergi kat sana kalau seluruh badan kena serang dengan semut-semut tu?? Nak nak dengan semut api, mesti pedih kalau kena gigit. Hahaha.... actually, tu lah benda-benda yang first sekali Husein terfikir bila guide arab bagitau kitorang yang ini adalah Rumah Semut. Mujur guide arab ni reti cakap satu-satu dalam bahasa arab dan reti jugak siket-siket dalam melayu.

Menurut guide arab tu,sebenarnya ni adalah rumah penduduk di sekitar kawasan tu ratusan tahun dahulu. Binaannya diperbuat daripada tiga bahan utama iaitu garam,tanah dan air. Mereka bina rumah-rumah ini dengan garam kerana suatu ketika dahulu garam sangat banyak kat sini. Oleh itu, mereka memanfaatkan garam tersebut untuk membina rumah. Selain untuk bina rumah, mereka jugak menggunakan garam untuk perniagaan menggunakan sistem barter. Tahun demi tahun, masa demi masa,... struktur binaan rumah mereka makin lemah dan ada yang mula roboh dan tidak kukuh dek kerana perubahan masa dan cuaca. Oleh itu, mereka mula berpindah dan membina rumah baru di kawasan yang baru. Subhanallah, Husein tak terfikir langsung yang garam boleh buat rumah.
Menara ini pula dikatakan tempat tok bilal azan suatu ketika dahulu.


Sampai ke puncak Rumah Semut. Dibelakang sana juga terdapat sebuah bukit tapi tak tahu pulak bukit apa.

Untuk lokasi travel yang seterusnya, Husein meninjau keadaan tempat bersejarah yang agak suspen namanya iaitu Jabal Mauta atau Bukit Maut. Bila dengar je nama tu rasa macam berdebar siket. Apa yang ada kat sini?? Ramai ke yang mati kat sini sampai letak nama 'Maut'?
Kalau korang ada follow Instagram Husein, mesti korang perasan yang Husein dah post lama dah gambar ni.(Jemput follow Instagram Husein: husein_rider). Cabaran untuk mendaki Bukit Maut ini adalah korang kena bawa penutup hidung atau kain untuk menutup hidung korang sebab di kawasan bukit ini sangat berdebu dan berpasir. Lebih elok juga kalau korang bawa sekali cermin mata yang boleh halang debu masuk dalam mata untuk menjaga mata korang semasa mendaki.

Menurut guide kitorang tu, kat sini adalah tempat beberapa mumia Firaun, iaitu kubur asal diorang. Apabila diorang mati, bukit ini dijadikan tempat kubur diorang bersama harta-harta mereka. Tapi semua mumia kat sini dah takde sebab dah diletakkan di tempat lain. Ada juga yang diletakkan di muzium. Yang tinggal hanyalah beberapa lukisan di dinding kubur dan lubang-lubang kubur diorang yang membuktikan peradaban zaman hidup diorang. Husein kira ada lebih kurang 30-40 kubur mumia Firaun kat sini. Mungkin dengan sebab tu kot bukit ni dinamakan dengan Bukit Maut.
Antara jalan masuk yang diberikan kepada pelawat untuk melihat kesan-kesan mumia Firaun disini.
Korang perlu masuk ke dalam lubang ini untuk melihat kesan-kesan tinggalan mumia Firaun. Bila dah masuk, korang dilarang mengambil gambar. So, takde la gambar yang kat dalam tu. Rasa macam dalam filem National Treasure la pulak. hihihi...
For the next picthstop, I will tell you my experience travel to the desert and found the lake with hot water and cold water. And also my first ever to play sandboard with the beautiful sun set scenery found at the desert.

Terima kasih kerana membaca.

4 ulasan:

  1. ala , ruginya x dpt tgk apa yg ada dlm bukit maut tu ...

    BalasPadam
  2. Ena teruja dengan rumah semut tu. Mula mula baca caption ingat rumah semut sungguh rupanya baru tahu apa kebendanya itu. SubhanaAllah.. cantik sungguh permandangan Bukit Maut tu

    BalasPadam
  3. Subhanallah..hebatnya Al-Khaliq.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.