Jejak Mesir: Matrouh Siwa PART 1

ASSALAMUALAIKUM...

Matrouh Siwa adalah dua nama tempat yang berbeza. Matrouh adalah satu nama tempat, dan Siwa adalah satu nama tempat yang lain. Tapi kenapa Husein letak bersama jugak? Ini disebabkan, pada kebiasaan pelancong yang pergi ke Matrouh, mereka juga akan pergi melancong ke Siwa. Oleh kerana itu, kebanyakkan pakej travel yang menawarkan travel ke tempat ini akan menamakan Matrouh Siwa. Pada hakikatnya ianya adalah dua tempat yang berbeza.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Husein berkesempatan melancong ke tempat yang menarik ini baru-baru ini. Ianya adalah tempat yang termasuk dalam 'Travel List' yang mesti Husein lawati di negara Mesir. Pada hakikatnya, terdapat banyak lagi tempat yang mesti Husein lawati di negara Mesir. Namun, apabila sudah ada kesempatan dan peluang yang diberi, Husein tidak teragak-agak untuk mengambil peluang tersebut.

Walaubagaimanapun, peluang yang dicari tidaklah seindah yang diidamkan. Kebetulan sebaik sahaja Husein menjejak kaki ke Mesir, pada hari yang sama, seorang sahabat Husein ada menawarkan travel ke tempat tersebut. Pada awalnya, Husein agak bimbang dengan keadaan Husein yang baru sahaja menghirup udara Mesir ini. Barang-barang yang dibawa dari tanah air pun tidak lagi dikemaskan. Namun, apabila difikirkan beberapa kali, Husein membuat keputusan untuk sertai travel ke tempat tersebut memandangkan hanya ada satu kekosongan sahaja.

Waktu tengah malam pada hari yang sama Husein baru sahaja menjejakkan kaki ke Mesir, Husein terpaksa menyambung lagi tempoh musafir dan terus bermusafir ke Matrouh Siwa. Dalam keadaan badan yang letih dek kerana baru sahaja turun dari kapal terbang, Husein yakin.. itulah waktu tidur yang paling nyenyak ketika berada di dalam bas yang pernah Husein alami selama ini. Adakah aku berdengkur dengan kuat waktu itu? Ohhh... rasanya aku tidak berdengkur waktu tidur. Heeemmmm.....

Di ringkaskan cerita, Husein tiba di Matrouh pada waktu pagi keesokkannya. Sudah lama Husein tidak melihat sinar mentari di negara bertuah ini. Terasa hilang keletihan dan lengah-lengah badan apabila tiba di Pantai Agiba, satu-satunya tempat tumpuan pelancong di wilayah Matrouh.
Hati ini tiba-tiba jatuh cinta dengan pemandangan di Pantai Agiba. Cantik tidak terkata. Subhanallah. Inilah pantai yang paling cantik yang pernah Husein pergi selama ini. Pantai-pantai yang berada di Malaysia pun masih tidak boleh menandingi keindahan Pantai Agiba.
Dan apa yang lebih menyeronokkan Husein adalah sewaktu Husein tiba di situ, tiada seorang pun yang datang menyinggah disitu hatta kapal-kapal kecil sekalipun memandangkan Husein tiba disitu pada waktu pagi. Ini bermakna Husein dan rakan-rakan yang lain bebas membuat aktiviti kami disini tanpa diperhatikan oleh orang ramai. Oh terlupa... Husein sertai travel kesini dengan sebuah bas dan kesemua peserta yang menyertai travel kali ini adalah lelaki dan mereka semua adalah kawan Husein. Seronokkan travel ramai-ramai yang sekepala dengan kita? Sebuah bas pulak tu..
Antara aktiviti yang kami lakukan disini adalah BBQ, sukan pantai, main pasir dan berenang. Air disini tersangatlah cantik dan jernih membiru. Ombak yang bergelora juga menambah keunikan pantai disini. Dan keunikan yang paling ketara disini adalah pantai ini berdekatan dengan kawasan bukit-bukau yang tinggi yang mempunyai tanah dan batu-bata yang cantik memukau. Tak hairanlah yang ia menjadi tempat tumpuan pelancong terutamanya musim bunga disini.
Pemandangan dari atas Pantai Agiba, Matrouh.


Di satu sudut Pantai Agiba.

Perjalanan kembara Husein ke Matrouh Siwa tidak berakhir disini. Selesai sahaja kami menikmati alam ciptaan Tuhan disini, perjalanan kami diteruskan lagi ke beberapa tempat lain yang menarik, antaranya tempat mandi permaisuri Firaun dan Rumah Semut di Siwa. Semuanya akan Husein cerita pada entri yang akan datang.

Klik disini untuk PART 2.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...

3 ulasan:

  1. Ya Allah lawa nya keindaha di bumi Mesir ciptaan Allah.. :D

    Kalau la hari tu banyak masa di mesir.. mesti dah sampai kat sini kot.. :D

    BalasPadam
  2. memang canteklah..air laut die..wah...terpegun kejap...bestnya kalau dapat pergi sana jgk.

    BalasPadam
  3. These are beautiful places, now everyone found here. Thanks for give sharing this to all together.

    Regards - Blot Tutorial Supporter

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.