'Pancing Mata' di Aquaria KLCC

ASSALAMUALAIKUM...

Sehari sebelum Husein naik flight ke Egypt, Husein ambil kesempatan untuk pergi round-round kota metropolitan iaitu Kuala Lumpur. Sememangnya KL mempunyai banyak tempat menarik yang mesti anda lawati. Tak heranlah bila pelancong asing datang Malaysia, tempat pertama yang mesti diorang tengok adalah KL.

Antara tempat yang menarik yang wajibul ghunnah untuk anda lawati adalah Aquaria KLCC. Bila sebut je tempat tersebut mesti korang terbayang ikan banyak-banyak kan? Tapi anggapan korang tu kurang tepat. Selain ikan-ikan yang banyak, kat sini jugak ada segala jenis hidupan laut, termasuk obor-obor, belut, udang, penyu dan lain-lain lagi.
Untuk sampai kesini, korang kena banyak berjalan, terutamanya bila korang sampai ke KLCC. Untuk sampai ke KLCC, Husein menaiki LRT atau komuter. Selain jimat masa dan tak payah pening kepala dengan traffic jam, tambangnya pun agak murah. Sampai jer di KLCC, korang kenalah ikut papan tanda yang disediakan. Untuk menuju ke Aquria KLCC dari pintu masuk memakan masa hampir 10-15 minit. So, kenalah kuatkan stamina bila nak menuju ke sana.

Tapi ketahuilah bahawa segala titik peluh anda untuk menuju ke Aquria ni akan dibalas dengan suatu anugerah yang sukar orang lain dapat. (Errrr... ape aku tulis ni?? Macam poyo je.) Tiket untuk warganegara adalah RM38 seorang. Ada orang kata time nak beli tiket tu kena tunjuk ic dulu, tapi time Husein beli tiket hari tu tak payah pun.

Untuk info tambahan, di Langkawi juga terdapat akuarium seperti ni tapi Aquaria KLCC jauh lebih besar daripada yang ada di Langkawi. Harga tiket untuk kedua-dua tempat tersebut juga adalah lebih kurang sama. So, adalah lebih afdhal dan lebih baik serta jangan buat lebih-lebih untuk korang berkunjung ke sini jika dibandingkan dengan yang ada di Langkawi.

Sampai jer kat sini, korang akan nampak ikan kecil-kecil cili api, iaitu ikan Piranha. Harap badan je kecik tapi suka makan daging. Sekarang tak payah pergi jauh-jauh kat hutan Amazon jadi Tarzan, kat sini pun boleh tengok. Senang citer, ada macam-macam la kat sini..... ikan jaws ada, ikan pari ada, ikan kekek mak iloi-iloi ada, belut elektrik ada, dan macam-macam lagi. Harap takde ikan duyung je. hahaha...Ikan yang comel-comel cute mute dan ikan yang tak pernah korang jumpa pun ada.
Ikan Piranha

Ikan Jerung. Sekali dia lalu membuatkan semua yang ada terpegun. First time tengok ikan jerung depan mata.

Yeaaahhhh... boleh usung kepala ikan jerung. Baru balik dari laut ni. hahaha...

Tercari-cari si ikan duyung. Tapi malangnya tak jumpa-jumpa. So, ambik gambar dengan ikan ni je lah.

Husein berpendapat yang Aquaria KLCC adalah tempat yang paling sesuai untuk korang tenangkan fikiran atau release tension. Korang asyik tertekan dengan study atau kerja yang bertimbun-timbun sampai nak muntah?? Maka ini lah tempat yang sesuai untuk korang. Korang jugak boleh ajak family korang sebagai riadah keluarga atau family outing di hujung minggu atau musim cuti. Aquaria KLCC akan tutup kaunter tiketnya pada jam 7 malam. So, apa tunggu lagi? Rancangkan plan korang dengan baik untuk melawat Aquaria KLCC.

Terima kasih kerana membaca, Komen siket... :-)

3 ulasan:

  1. Hahaha..choii je carik ikan duyong. Memang tak jumpe la. Ikan dugong ade lah. XD serius ah tak pernah gi aquaria. Takde time nak ke sana. Baca blog bro usein pun jadi la. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan dugong pun tak jumpa. Takpe nnti turn Ismi Ana plak g sana.

      Padam
  2. bertahun2 duduk kl, dah pindah dari kl sampai pindah balik ke kl memang tak pernah pergi. haihh.. harap ada peluang. *ceritasedih* hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.