Jejak Mesir: Siwa Desert & Sandboard

ASSALAMUALAIKUM...

Sambungan dari entri sebelumnya...
PART 1 - PART 2 - PART 3

Another interesting part of my journey at Matrouh Siwa is I can go to the desert by jeep with my beloved friends. Actually, this is my second time go to desert as my first time at Fayoum's desert, Egypt. But for this time is more funny, interesting and advanture. And most beautiful part is I can relax my intire body and brain looking for sunset at the desert. Subhanallah, extremely beautiful. Even it is hard for me to forget about that moment.

Semuanya bermula apabila setibanya Husein di Siwa, Mesir. Selesai Husein check in hotel, waktu petang Husein agak lapang time tu. So, Husein ambil keputusan untuk discover tempat ini dengan mengambil pakej safari. Kebetulan ramai pulak yang join, so Husein agak excited. Oleh kerana ramai sangat, maka jeep yang Husein naik terpaksa tambah sorang lagi penumpang. Maka duduk lah dalam jeep tu sambil berkepit-kepit sikit tapi selesa. Jangan jadi macam ikan sardin sudah....
Siwa memang terkenal dengan padang pasirnya yang sangat istimewa. So, kalau korang ada singgah kat sini, korang wajib pergi kat padang pasirnya sebab rugi sangat tak perginya. Nak tahu apa yang istimewa sangat sampai Husein sendiri excited walau tak pernah pergi lagi sebelum ni? Kena la baca entri ni sampai khatam sambil fikiran korang masih dibelenggu tentang apa yang best sangat kat sini. hehehe....

Perkara pertama yang paling best sekali adalah tahap mencabar dan gembira paling super saiya bila lalu di padang pasir. Sebagaimana yang korang tahu, kat padang pasir hanya ada pasir sahaja. Struktur muka bumi pun berbukit-bukau. So, bila jeep kitorang nak turun bukit, mata sorang-sorang terbeliak, hati pun berdebar-debar dan mulut cakap, "Wwwwwooooooooowwwww" sebab bukit kat sini semuanya tinggi-tinggi. Tambahan pulak, driver arab kitorang orang muda.....memang bawak laju habis macam naik roler-coster rasanya. Hai abang driver ni, memang nak suruh kitorang sakit jantung cepat agaknya. Tapi, pengalaman macam ni la yang Husein nak. Kat lain memang susah dah nak dapat. huhuhu..
Hai abang hensem, boleh drive slow sikit tak? hahaha...

Then, lepas puas naik jeep dalam keadaan terhuyung-hayang, Husein sampai ke check point pertama. Husein pun tak tahu apa nama tempat ni tapi kat sini ada tasik. Yang peliknya, air dalam tasik ni sangat sejuk.
Bayangkan la macam mana kat tengah-tengah padang pasir ada tasik yang airnya sejuk. Kebetulan badan Husein terasa panas dan tasik tu seolah-olah macam panggil Husein je untuk terjun dalam tasik tu. Sekali Husein terjun, memang menggigil badan dibuatnya. hohoho.... Tak tahan dengan kesejukan air tasik tu, Husein mandi sekejap je. Tapi best sangat.
Selesai check point kat situ, Husein pergi ke check point kedua. Sekali lagi naik jeep abang arab macam apa dah. Kalau yang tadi Husein jumpa tasik yang airnya sejuk, kali ni Husein jumpa kolam yang airnya panas ditengah padang pasir. Tapi kali ni Husein tak mandi. Kalau mandi jadi macam telur rebus la Husein jawabnya.
Kolam air panas ditengah padang pasir.

Ditengah-tengah padang pasir ni, jangan korang ingat takde tempat sejarah. Kat padang pasir ni jugak Husein berpeluang melihat kesan peninggalan zaman dulu.
Gambar kat atas ni dipercayai adalah tulang ikan. Rupa-rupanya ratusan tahun dulu, kawasan padang pasir ni dipercayai adalah kawasan laut. Oleh kerana peredaran masa, maka yang tinggal hanyalah padang pasir dan lautnya dah takde. Menakjubkan...!! Subhanallah..

Part yang paling best sekali dan yang terakhir sebelum Husein balik ke hotel adalah apabila Husein sampai di satu kawasan padang pasir yang sesuai sangat untuk Husein dan rakan-rakan yang lain bermain sandboard. Kalau kat salji panggil snowboard. Cara bermain hampir sama je. Part ni la yang ditunggu oleh semua orang. Boleh tunjuk skill bermain masing-masing. Ada yang jatuh tergolek-golek dengan pasir kat muka, ada yang naik tiga orang sekali dalam satu papan luncur lepas tu tergolek sama-sama, ada yang jerit kuat-kuat macam tarzan, ada yang bajet pandai naik papan luncur sorang-sorang tapi jatuh jugak(emm... sape la tu) dan macam-macam lagi. Alaa.. kalau jatuh bukan sakit pun.
Terasa macam main snowboard pulak. Lain kali nak travel negara eropah semata-mata nak main snowboard lah. hahaha...


Dari kiri: Ustaz Raziqin, Husein dan Salam

Lepas semua dah letih main papan luncur, masing-masing tengok keindahan matahari terbenam di tengah-tengah padang pasir. Memang ni motif utama kitorang bertolak lewat petang semata-mata nak tengok sunset. Memang takjub dan terpegun tahap kritikal bila dah tiba masanya matahari terbenam. Sangat cantik dan ohsem. Terasa tenang je bila melihat keindahan langit dan cahaya yang terhasil daripada matahari.
Kesimpulannya, travel tiga hari dua malam Husein ke Matrouh Siwa ni sangat best, seronok, dan ohsem. Terasa rindu dengan Pantai Agiba[PART 1], Tempat Mandi Permaisuri Firaun[PART 2], Bukit Maut, dan Rumah Semut[PART 3]. Terasa nak pergi kat sini semula bila ada rezeki nanti. huhu...

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

13 ulasan:

  1. Allahurabbi, saya mampu melihat dari dalam entry, tapi hati saya berkata SubhanaAllah, cantik yer dessert ciptaan Allah, saya suka tgk sandboard, pasti menyeronokkan, siapa sangka dessert ada tasik sebegitu luas, air ye sejuk, memukau pandangan mata saya terpaku utk terus lihat dan lihat lg...tak sangka ada rangka ikan ye disitu...tak tercapai akal fikiran bagaimana zmn dlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat awesome tmpt ni..subhanallah.. hope u can go there someday as fun as like me.

      Padam
  2. Salam Husien..Salam kenal :)

    Subhanallah..sunset view tue sgt awesome!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. nasib ada kamera n smpt ambek gmbar

      Padam
  3. bestnya merantau...nak jejak kaki je kat sini ....Subhanallah!

    BalasPadam
  4. bilamana setiap langkah dimulai dgn niat nak menambah rasa hamba melalui permusafiran melihat kebesaran Allah, agaknya dah sebanyak mana ganjaran Allah beri pada para musafir mcm ni? ^^

    mmg ohsem sgt tgk sunset dalam keadaan langit yg luas tak terbatas. hanya tinggal sempadan horizon.

    cuaca kat sana mcmana ya? kat malaysia kan tgh banjir truk T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sini dah masuk winter. tiap-tiap hari macam tak boleh pisah dengan selimut. hehe.. moga bnjir di malaysia akan surut secepat mungkin dan pulih sepenuhnya. amin

      Padam
  5. Macam dalam je air tasik tu..tak bahaya ke mandi situ..??tapi cantik nya pemandangan kat sana..siap ada kolam air panas lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita mandi kat tepi je. Tak berani la nak mandi kat tengah-tengah tu. Tu pun dah sejuk sangat.

      Padam
  6. Subahanallah cantiknya pemendangan di padang pasir begitu. Jemput ziarah ke blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Ok, the last part tu I would say the bestlah! Anyhoo, that was such a great experience. Nak kena simpan duit ni nak pegi jugak lah!!!! Heheheee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..memang best. Nanti nak pegi sini jangan lupa ajak kita jugak. hehe

      Padam
  8. wahhhh, bermusafir ! hehehehe menarik . Cantik pemandangan. Subhanallah. wahhhhhhh papan luncur !! Nak pegiii . heheh

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.