Review: Lenovo A889

ASSALAMUALAIKUM...

Bila dah sampai umur yang semakin meningkat dan segala pekerjaan semakin banyak, kadang-kadang Husein takde masa nak layan facebook dan blog dalam masa sehari kat laptop Acer kesayangan Husein. Tambahan pulak Husein masih lagi memegang title 'student' yang kena study walaupun sikit dalam sehari.

Dengan sebab tu, Husein kena cari handphone yang kena dengan citarasa Husein yang tak mampu online 24 jam di laptop. So nanti boleh la online kat mana-mana je. Oleh sebab tu, mestilah kena cari handphone yang berskrin besar dan memiliki kekuatan dalaman yang tinggi untuk backup semua apps yang Husein install. Akhirnya, Husein terjumpa Lenovo A889. Pada asalnya memang tak terfikir nak beli model ni sebab model ni baru je keluar pertengahan tahun ni. So, macam tak popular lagi la dikalangan user-user handphone.
Ikutkan hati memang nak beli Lenovo A850. Eh, kenapa jenama Lenovo jugak? Tak de jenama lain ke?... Emmm, ikutkan nafsu mahu je beli jenama OPPO yang semakin tip top sekarang tu, tapi bila belanja mestilah kena dengan kadar kewangan kita. Baru la zero hutang. Tak perlu hutang dengan orang lain semata-mata nak beli handphone. Dan kadar kewangan Husein memang nak cari handphone yang harganya under RM500.

Sehinggalah Husein terjumpa Lenovo A889 yang berharga RM429 yang sangat berbaloi ni. Kenapa sangat berbaloi? Jom tengok kat bawah:

Bateri
Antara masalah utama yang dihadapi oleh semua pengguna handphone masa kini adalah bateri yang tak tahan lama. Alhamdulillah, hampir sebulan Husein pakai handphone ni dan setakat ni takde masalah bateri. Dengan kekuatan bateri Li-Ion 2500 mAH, Husein hanya perlu cas sekali sehari je.

Kamera
Memandangkan Husein juga pengguna kamera DSLR, so Husein jugak mementingkan kekuatan kamera untuk handphone peribadi Husein. Nanti tak payah susah-susah untuk selalu bawak DSLR yang besar gedabak tu bila pergi jalan-jalan. So, bila ada Lenovo A889 ni memudahkan Husein untuk bawak kemana sahaja. Dengan kekuatan kamera 8 MP beserta autofokus dan LED flash, membuatkan gambar yang dihasilkan sangat baik. Kebetulan, Husein bukanlah penggemar selfie, so 'kamera selfie' dengan ketinggian 0.3/VGA sudah memadai buat Husein. Alaa... harga pun dah murah kan? so, berpatutan lah dengan harganya.

Dalam handphone ni jugak sudah disediakan setting untuk mengedit gambar sebelum anda mengupload gambar anda di laman sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Walaupun instagram dah ada setting untuk edit gambar, tapi kadang-kadang gambar yang dihasilkan tak memuaskan hati kita. So, dalam handphone ini sudah ada setting untuk edit gambar agar kelihatan cantik dan kemas.
Ni adalah contoh gambar yang Husein ambil menggunakan Lenovo A889 dan menggunakan setting edit gambar dalam handphone tersebut. Gambar ini diambil semasa jelajah Husein di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Nanti Husein cerita pengalaman ni di entri lain.

Ciri-ciri dalaman
Dengan ciri-ciri dalaman yang baik [RAM 1GB, memori dalaman 8GB, dan microSD up to 32GB, Android: Jelly Bean] memudahkan segala urusan Husein seharian termasuk online fb, Whatsap, Email, main game, Adobe Reader dan lain-lain

Skrin yang besar
Satu lagi ciri yang Husein suka tentang handphone ni adalah skrinnya yang tak terlalu besar dan terlalu kecik. Saiz skrinnya adalah 6 inci.

Game
Bagi yang kaki game, anda memang mementingkan ciri-ciri dalaman yang tinggi untuk bermain game kan? Tak kira la game Candy Crush, bola atau lain-lain lagi. Setakat yang Husein main adalah game Top Eleven(game bola). Alhamdulillah, dengan skrin yang agak besar dan ciri-ciri dalaman yang menarik, memudahkan kerja Husein untuk bermain game tersebut.

psssttt: - Oppsss, bagi yang kaki game, anda dinasihatkan untuk tidak muatnaik turun aplikasi game yang terlalu banyak dalam handphone anda. Cukup dua atau tiga aplikasi game sudah memadai. Nasihat ini bukan untuk pengguna Lenovo sahaja, tetapi untuk semua jenama handphone yang ada.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

12 ulasan:

  1. sy pn tgh pakai henpon ni....memam best..berbaloi

    BalasPadam
  2. Cantiknya...hua ramai dah beli tepon baru..nak beli jugakk

    BalasPadam
  3. Saya pakai lenovo a850 je. Cukup puas hati. Heee~ oklah dari tak ada.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni pun Lenovo pun dah popular. Yang pentng kepuasan.

    BalasPadam
  5. saya pakai lenovo s960...setakat ni p0n oke jugak...cuma perlu explore dalam2 sikit laa untuk belajar..hehe

    BalasPadam
  6. macam best je.dah terpengaruh ni,hihi

    BalasPadam
  7. Adik ana pakai A889. Tapi kalau ikut ana, better model S lebih baik. ^_^

    BalasPadam
  8. wah.. terasa nk juga beli ..tapi tggu dulu samsung saya dh tidak boleh hidup baru tukar.. hehehe

    BalasPadam
  9. my kakak baru jer minggu lepas beli lenovo tapi x perasan lak model apa ...

    BalasPadam
  10. akk penah guna lenovo tp terlalu banyak pop up iklan...terlalu mengganggu la hussein :-( sedey!!!

    BalasPadam
  11. sekarang saya guna handphone ini juga. Memang ada banyak iklan, tapi saya sudah root untuk membuang aplikasi yang tidak perlu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.