Raya Korban dan Minyak

ASSALAMUALAIKUM...

Isu yang selalu menjadi panas di Malaysia apabila ia diwar-warkan di akhbar-akhbar tempatan selain isu politik adalah isu harga minyak. Selepas Malaysia dihangatkan dengan isu kapal terbang jatuh lalu menyebabkan MAS kerugian besar, kini isu harga minyak kembali timbul.

Kali ni harga minyak di negara kita semakin meningkat dengan RM2.30 seliter. Kenaikan harga minyak ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat kita yang marah, tidak lupa juga mungkin anda yang sedang membaca ini juga termasuk di kalangan mereka. Lantaran itu, Husein ada terbaca beberapa entri dari blogger-blogger Malaysia yang bercerita berkenaan isu ini. Bila Husein membaca komen di bawah entri mereka, ramai yang bersikap sabar dengan apa yang terjadi. Husein tak berani mengutuk mereka-mereka yang bersikap sabar kerana sabar juga antara sifat yang mulia, tetapi perasaan sabar juga ada batasannya.

Husein agak kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak pada situasi Malaysia sekarang walaupun Husein sendiri tidak mempunyai kenderaan personal Husein sendiri, tapi Husein sudah pun dapat merasai kesan kenaikkan tersebut pada diri ini. Kadang-kadang Husein tertanya-tanya, apakah nasib aku untuk masa yang akan datang kalau keadaan ini berterusan...tidak lupa juga nasib zuriat keturunan kita untuk generasi akan datang. Antara sebab-sebab kenapa minyak tidak sesuai dinaikkan untuk keadaan Malaysia sekarang yang boleh ditonjolkan adalah:

Kos sara hidup rakyat
Apabila kos sara hidup rakyat jauh lebih tinggi berbanding purata gaji bulanan rakyat, maka akan menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang keliling pinggang. Seharusnya kerajaan perlu prihatin dengan isu hutang rakyat yang semakin meningkat. Apabila isu ini tidak diberikan perhatian, maka akan timbul rakyat yang miskin. Semakin ramai rakyat yang miskin, semakin teruk ekonomi sesebuah negara.. Anda mahu menjadi papa kedana satu hari nanti?

Malaysia pengeluar minyak
Kebanyakkan negara-negara lain yang menjadi pengeluar minyak agak stabil dari segi harga minyak mereka. Ini terbukti apabila anda melihat negara pengeluar minyak seperti di negara arab sendiri. Oleh itu, kenapa Malaysia yang menjadi antara pengeluar utama minyak dunia seringkali menaikkan harga minyak pada setiap tahun?

Janji ahli politik
Husein ada melihat seorang ahli politik di negara kita yang menjanjikan bahawa harga minyak tidak akan naik selepas PRU yang lepas. Tetapi hasilnya? Indah khabar dari rupa. Mengharapkan pelangi yang timbul selepas hujan, rupanya kilat berdentum yang menakutkan semua orang. Apabila janji itu sudah dilontarkan, ia wajib dilaksanakan. Kalau nak guna isu minyak semata-mata untuk meraih undi, anda perlu laksanakannya.

Benda yang takkan turun setiap tahun
Antara benda yang wajib terjadi pada setiap tahun adalah harga minyak akan naik. Seolah-olah menjadi rutin tahunan negara Malaysia.

Minyak naik time raya
Hari ni adalah hari raya korban. Kita perlu mengorbankan segala-galanya demi negara tercinta termasuklah duit yang menyebabkan ada segelintir rakyat kita yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air ekoran harga minyak yang semakin meningkat. Perjalanan yang jauh menyebabkan minyak petrol yang digunakan untuk kenderaan adalah banyak. Bukan setakat seliter yang berharga RM2.30 tu je, tapi berliter-liter banyaknya.

Oleh itu, dikesempatan ini Husein mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga jemaah haji kita yang berada di Arab Saudi dapat mengerjakan haji dengan baik dan mendapat haji yang mabrur. Oh ye....tak lupa juga, Salam 20 sen.

6 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. diorang kata subsidi dikurangkan, secara tak sengaja harga minyak naik, tapi nape gaji menteri kabinet semuanya yang dah berbelas ribu sesuka hati je dinaikkan? tak adil.. tak adil..

    BalasPadam
  3. rakyat wpun x suka tetap kena terima . keputusan tetap ditgn mrk ... ermmm

    BalasPadam
  4. .Sokong juga, sekarang dh mnyk naik, barang lain pun akan automatik naik, kos sara hidup naik. Inflasi yang kita hadapi, so kita sebagai rakyat, kena berbelanja jimat ikut keperluan dan menabung untuk selamat.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.