Holiday at Alexandria, Egypt

Assalamualaikum...

Alexandria adalah nama Inggeris bagi bandar Iskandariah di Mesir. Kebanyakkan orang luar akan lebih kenal dengan nama Alexandria berbanding Iskandariah, akan tetapi bagi rakyat Mesir sendiri, mereka lebih senang dengan nama Iskandariah. 

Alexandria juga pernah menjadi ibu negara Mesir suatu masa dulu akan tetapi bertukar kepada Kaherah selepas pemerintahan Jamal Abdul Naseer, bekas presiden Mesir. Walaupun politik negara Mesir sekarang agak terumbang-ambing dan tidak stabil, tapi tu tak menghalang Husein untuk menjejaki ibu kota Alexandria yang penuh dengan sejarah.

Tempat pertama yang Husein lawati adalah Kubu Salahuddin Al-Ayyubi atau dalam versi English, Salah Ad-Din Citadel. Ini adalah kubu ketiga milik Salahuddin Al-Ayyubi yang Husein lawati selepas kubu beliau di Kaherah dan bandar Taba.... Sila klik disini dan disini untuk melihat kubu pertama dan kedua. Apa yang berbeza dengan pengalaman melawat kubu ketiga ini dengan yang pertama dan kedua adalah Husein dapat melihat dengan lebih dekat camne kubu ini dibina dan dapat masuk ke dalam kubu tersebut.
Ini adalah kubu asal Salahuddin Al-Ayyubi di Iskandariah. Kebanyakkan struktur binaan di bahagian tepi kubu ini telah runtuh bertahun-tahun dahulu. Tinggal replika ini jer sebagai kenangan.
Di pintu masuk kubu Salahuddin Al-Ayyubi.
Tingkap ini dipercayai tempat untuk askar-askar melihat keadaan luar sewaktu perang atau tempat untuk meletakkan meriam untuk menyerang musuh.
Satu lagi tarikan di kubu ini adalah ianya bersebelahan dengan pantai. Korang semua boleh nampak dengan jelas air pantai dalam gambar kat atas kan?? Belakang kitorang tu adalah pantai... hanya jenguk kepala siket jer,... dah nampak pantai. Kebetulan pada hari Husein pergi kat sana, hujan turun renyai-renyai. Sebab tu la gambar kat atas jadi camni but alhamdulillah... still clear untuk dijadikan memori kenangan. Ditambah dengan angin pantai dan suhu kat sini yang sangat sejukkk, menambahkan lagi kedinginan badan yang hanya Tuhan saje yang tahu.
Selanjutnya, Husein berpeluang melihat sendiri Istana Raja Farouk, bekas presiden Mesir suatu ketika dahulu. Ini lah dia istana tersebut. Tapi malangnya, Husein tak dapat masuk dalam istana tu... hanya boleh tengok dari luar je. Istana ini dibina dengan seni bina yang indah ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak di dataran yang tinggi menghadap kearah laut.

Perjalanan Husein di kota Iskandariah ni tak berhenti kat situ jer....ada banyak lagi tempat yang Husein lawati. Dan antara tempat yang menarik yang tak mungkin Husein lupa adalah Husein berpeluang melawat perpustakaan terbesar di dunia. Semuanya akan Husein cerita pada entri yang akan datang...

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.. :-)

7 ulasan:

  1. Kubu Salahuddin ni tak sempat nak pi.. sempat jalan di Istana King Farouk jer.. btw dua2 ni dekat jer ker?

    BalasPadam
  2. waahh.. The winner Best Travel Blogger komen blog aku.. hehehe
    tak.. jauh-jauh.. untung jugak jalan2 kat Istana King Farouk tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada apa la winner2 tu.. hehehee..
      Duduk Alex tumpang rumah student Malaysia selama 3 hari 2 malam.. tapi tak jalan sangat.. banyk lepak depan pantai jer time tu.. huhuu :D

      Padam
  3. Cantiknyaaaaaa suasana kat sana. Bilalah ena dpat pergi kat sini

    BalasPadam
  4. awesomee:) salahuddin al ayubi is the most brave n clever man i ever know..:)sapa la nk gnti dy skarang ni..:)

    BalasPadam
  5. Seronok dapat melawat luar negara kan? Tambahan melihat tinggalan sejarah keagungan Islam dulu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.