My Experience to The Biggest Library In The World

ASSALAMUALAIKUM...

Februari lepas Husein berpeluang melawat kota Iskandariah di Mesir. Kota ini telah lama wujud sejak zaman Salahuddin Al-Ayyubi lagi. Terlalu banyak cerita dan pengalaman yang nak Husein kongsikan sepanjang trip pergi ke sana dan antara tempat yang tak mungkin Husein lupa adalah Husein berpeluang pergi ke perpustakaan TERBESAR di DUNIA yang terletak di kota Iskandariah ni.
The front entrance of the BIGGEST LIBRARY IN THE WORLD.
Dah lama Husein pasang niat nak menjejakkan kaki kat sini dan alhamdulillah akhirnya Husein berjaya jugak sampai kat sini. Kat sini lah tersimpan berpuluh-puluh karya asal penulis-penulis zaman dulu dan jugak tersimpan beribu-ribu buku dari semua bahasa di dunia. Perrrrggghhh.... memang tak jemu la datang kat sini. Pernah Husein jalan-jalan tengok buku kat sini... tetiba Husein terjumpa buku berbahasa Korea. Huihhh.. !! Korea pun ada. Hebat !!

Bagi anda yang ulat buku atau nak cari rujukan-rujukan terpenting yang susah nak dapat, kat sini lah tempatnya. Kat sini jugak terdapat empat muzium dan antara muzium yang mesti korang pergi adalah muzium yang menempatkan kitab-kitab asal karya ulama'-ulama' dahulu kala. Contohnya kitab kat bawah ni. Ni adalah kitab matematik yang dikarang oleh ulama' zaman dulu. Bila Husein tertengok kitab ni, baru la perasan yang matematik bukanlah sepenuhnya berasal dari orang Eropah.... padahal ulama' zaman dulu dah kenal matematik lebih awal dari mereka.
Buku matematik dalam bahasa arab. Engko ade?? hehehe...
Husein pun tak tahu la luas mane library ni... tapi memang lengah giler la pergi jalan-jalan kat sini. Ibarat macam orang pompuan pergi shopping complexs dua tiga jam. Hahaha.... Kesian golongan pompuan yang jadi mangsa perumpamaan aku. Hehehe... Perpustakaan ni dibina dengan struktur binaan yang canggih. Setiap tiang yang ada kat sini dilengkapi dengan binaan yang mampu menyerap bunyi bising dan lampu hijau dan biru yang ada kat atas siling perpustakaan ni dibuat untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa untuk semua pembaca yang ada kat sini. Memang terasa nak baca je semua buku yang ada kat sini.
 
Ni pulak adalah mesin cetak zaman-zaman dulu. Rare !! Bukan senang nak tengok mesin cetak zaman dulu kat depan mata.


Senang citer, setiap orang yang nak datang kat sini mesti nak baca buku atau nak cari rujukan dari buku-
buku yang ada kat sini. Jalan punye jalan, Husein terjumpa dengan satu tempat khas kat sini yang menempatkan buku-buku khas untuk orang-orang buta sahaja. Korang ingat orang-orang celik je nak baca buku... ??

Bila Husein perasan, kelihatan ada beberapa orang buta yang sedang membaca buku. Bila renung kejap, rupanya kita yang celik ni kena bersyukur sebab Allah bagi kita nikmat penglihatan....orang lain yang takde nikmat tersebut berusaha untuk berdikari dengan nikmat yang sedia ada dan Husein sangat kagum dengan kesungguhan diorang nak cari ilmu walaupun diorang buta dari segi luaran tapi tak buta dari dalaman. Kat bawah ni pulak adalah mesin untuk mencipta buku-buku khas untuk orang buta.
Ni sape pulak yang pegang buku nih??? Macam best student je... hehehe..padahal masa zaman sekolah dulu tak pernah dapat pun title tu. 

Bagi korang yang nak lebih update tentang cerita Husein, boleh follow Instagram Husein: Husein_Rider

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

14 ulasan:

  1. Kota Ilmu Islam... barat banyak ciplak ilmu dari negara arab ja... pstu kata diorang punya

    BalasPadam
  2. besarnyer...mesti tennag je study kat sini

    BalasPadam
  3. Perpustakaan terbesar tu mesti banyak simpan buku lama-lama berkenaan dengan agama.

    BalasPadam
  4. Oh .. dah pernah pergi tapi tak tahu pulak Library di Iskandariyah ni terbesar di dunia.. :D
    Bangga lak aku sebab dah pernah jejak hahaa.. dibahagian atas tu kolam tu kering ke ada air?
    pape pun thanks for this good info :D

    BalasPadam
  5. Bestnyaaa kalau dapat pergi. Ena ni bukan jenis ulat buku tapi kalau dapat melawat library, mesti excited sgt2!

    BalasPadam
  6. Wah..bestnya..buku bahasa melayu ade tak?haha

    BalasPadam
  7. Best jugak dapat belajar kat Mesir, boleh kenal negara mereka dan lawati tempat-tempat sejarah para nabi dan anbia serta Kerajaan Firaun suatu masa dahulu.

    BalasPadam
  8. wah hebatnya..

    http://myartcrafting.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Pergh..
    Memang Banyak koleksi yang Rare.
    Bila la dapat ke Mesir pula

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.