[Travel 2 Qarun] Tempat Bersejarah Harta Karun
Assalamualaikum...
Pernah dengar perkataan 'harta karun'??? Ya.. perkataan 'karun' berasal dari perkataan arab iaitu Qarun yang bermaksud nama bagi seorang bangsa arab yang hidup pada zaman Nabi Musa yang dikurniakan dengan harta yang banyak tidak terhingga. Dan baru-baru ini Husein berpeluang melihat sendiri kesan daripada peristiwa Qarun. Seperti yang dijanjikan, kali ni Husein akan mengajak anda menghayati peristiwa tersebut.
Pengembaraan Husein bermula seawal pagi selepas bersarapan dengan hanya nasi goreng. Husein ditemani oleh sahabat-sahabat yang lain iaitu: Hafizuddin, Firdaus, Shafie', Salam, Ust.Wan dan Ust.Tahfiz(Driver). Pengembaraan kami bukan sahaja untuk melihat sendiri kesan daripada peristiwa tersebut malahan untuk menghayati dan mengambil iktibar darinya. Sebelum sampainya kami ke destinasi yang dituju, kami sempat melihat sendiri antara Tujuh Keajaiban Dunia dihadapan mata kami iaitu Piramid di Giza yang sejak berkurun lamanya masih berdiri kukuh.

Piramid di Mesir, diantara Tujuh Keajaiban Dunia.
Selepas beberapa ketika, perjalanan kami menjadi sunyi sepi. Apa tidaknya, sekarang kami berada di kawasan padang pasir yang tidak berpenghuni. Hanya tiang lampu dan pasir sahaja yang menghuni disini. Sepanjang kami melalui kawasan ini, tidak ada seekor binatang pun yang berlegar-legar hatta burung yang berterbangan sekalipun. Ibarat seperti berada di Gunung Sahara.
Sebelum Husein sampai ke destinasi yang dituju, Husein disajikan dengan pemandangan indah ladang gandum yang kelihatan kuning bersinar. Pada mulanya, Husein ingat bahawa ini adalah sawah padi tapi bila dilihat dengan lebih teliti lagi rupanya ia adalah ladang gandum. Inilah first time Husein tengok ladang gandum. Kat Malaysia memang susah nak tengok. Banyak sawah padi jerr....
Ladang Gandum.
Dan selepas beberapa jam perjalanan akhirnya kami tiba ke destinasi yang ditunggu iaitu Tasik Qarun.
Tasik Qarun
Dikhabarkan bahawa harta Qarun adalah seluas tasik ini iaitu kira-kira 45 km. Sepanjang 15 minit kami melalui kawasan tasik ini dengan kenderaan kami, kami masih dapat melihat tasik ini dari dekat. Terbuktilah betapa banyaknya harta Qarun.
Ibn Katsir sendiri di dalam kitabnya iaitu Al-Bidayah wa an-Nihayah, ada mengisahkan siapa Qarun. Asalnya Qarun bukanlah dari golongan yang senang, namun dia sangat rapat dengan Nabi Musa A.S dan belajar dengan baginda. Antara ilmu yang Qarun pelajari adalah ilmu tentang cara mengenalpasti dimana emas tersembunyi di dalam bumi. Diringkaskan kisahnya, maka Qarun menjadi kaya-raya dengan kemewahan emas yang banyak. Allah Ta'ala ada mengisahkan Qarun dan kemewahannya di dalam surah Al-Qasas, ayat 70-80.
Husein sempat membaling batu tanda benci keatas perbuatan Qarun. Moga-moga Husein tidak jadi seperti dia.
Setelah kaya-raya, Qarun diminta agar memberikan sedikit harta kekayaannya kepada kaumnya namun sayangnya, Qarun membantah dan lebih daripada itu, Qarun mendabik dada bahawa segala harta kemewahannya adalah hasil daripada ilmu dan usahanya sendiri. Akhirnya kemewahannya tidak kemana jua apabila Allah membenamkan Qarun dan istananya ke dalam bumi.
Dan ini pula adalah tinggalan istana Qarun. Husein hanya sempat melihatnya dari jauh kerana nak melihat sendiri dari dekat kena bayar. Walaupun dapat lihat dari jauh, Husein dapat rasa akan balasan Allah yang menimpa keatas Qarun yang sombong lagi angkuh.
Tinggalan Istana Qarun.
Ok itu saje untuk kali ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Qarun lagi, boleh tanye sendiri dengan orang yang lebih arif dan sebagainya. Harap dengan entri kali ni dapat beri pengajaran kepada korang dan diri Husein sendiri. InsyaAllah nanti Husein kongsikan pengalaman Husein berada di tempat lain pulak.Wassalam..
belajar kat mesir? Good luck!
BalasPadam