Makan-makan di Mansurah

Assalamualaikum...
Fuuhhh.. penat dan letih masih lagi tak hilang mase pergi Mansurah, Mesir baru-baru ni. Dari Kaherah, Husein bertolak pada jam sekitar 8.30 pagi dan sampai kat Mansurah masa khatib berkhutbah di mimbar jumaat iaitu sekitar jam 12.15 tengahari. Sampai je kat Mansurah, Husein terus bergegas-gegas nak pergi masjid plak. Ni lah kali pertama Husein solat jumaat kat Mansurah ni. Sebelum ni dah pernah stay kat sini tapi tak pernah la plak solat jumaat kat sini. Untuk pengetahuan korang, ni adalah kali ketiga Husein pergi kat Mansurah.

Kenapa Husein pergi Mansurah? Takkan lah pergi jauh-jauh semata-mata nak makan je?.. hehehe... Of course Husein pergi bukan dengan sebab tu. Husein pergi sebab menemani delegasi dari kerajaan Malaysia untuk pergi ke Mansurah untuk majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar kat sana.

Selesai je majlis tu, kitorang pergi menjamu selera di restoran. Makanan yang ditempah fuuhhh.. punye la banyak. Nak penuh satu meja. Maklum lah, ramai yang nak makan. Emmm.. Husein tak nak cakap banyak lah.. korang layan la gambar-gambar kat bawah ni. :-)

Yang ni memang sedap. Ikan ape tah dia masak.. tapi memang besar la ikan ni. Kalau makan sorang ni confirm kenyang sampai esok. haha...
Kek kat sini memang sedap hingga menjilat jari. Husein makan 3 potong kek.. nak buat camne, dah memang sedap sangat sampai ambik 3 potong da..memang terbaikkk la. Kat dalam tu ada terselit jugak kacang-kacang bagi kasi rangup sket kek tu. Yang tak tahannya,dia letak sekali dengan buah-buahan kan.. nmpak sweet sangat. Nak2 yang strawberri tu. huhu..

Yang ni kalau tak silap adalah sup udang. Tapi Husein tak sempat nak rasa.. tapi nampak macam sedap.


Kan Husein dah kata.... penuh satu meja dengan makanan. Korang tak caye.


Maaf buat korang sume terleleh air liur dengan entri ni. Yang penting Husein tak keluarkan duit sesen pon utk makan hari tu. ade orang belanjer..hehe..
*nantikan entri Husein travel di tempat bersejarah bagi umat Islam iaitu di Tasik Qarun. Tempat yang dilaknat oleh Allah kepada Qarun akibat kesombongannya. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.