Husein Artwork VS Ezhan Artwork??

Assalamualaikum.
Alhamdulillah Rider sudah pun tamat peperiksaan untuk fasa pertama baru-baru ni. Dan di kesempatan masa yang terluang ni Rider isi masa kosong dengan baca kitab,baca blog,main facebook, menjelajah dan lain-lain lagi. InsyaAllah, nanti Rider kongsikan pengalaman Rider menjelajah di bumi Mesir ni pada akan datang. 

Err.. apa kaitan Ezhan Artwork dengan entri kali ni?? Hehehe.. sebenarnya tak de kaitan pape pon cuma Rider saje nak kongsikan artwork Rider dengan korang. Of course Rider tak boleh nak challenge dia dalam bidang Photoshop ni.

Tapi entri kali Rider nak kongsikan kepada korang semua tentang hobi Rider sejak Rider kecil lagi iaitu MELUKIS. Melukis boleh dianggap sudah sebati dengan diri Rider sejak kecil. Kami diibaratkan air dicincang tak boleh putus. Ceh.. skima benar ayat aku ni.. Dulu Rider adalah peminat tegar karton animasi Dragon Ball. Sape tak kenal karton tu kan.. yang sudah pun di filemkan oleh pengarah Eropah tapi asal cerita dan karton adalah dari Jepun. Dan sampai sekarang Rider adalah peminat tegar bagi komik Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing. Rider sangat respek dengan kehalusan hasil seni karya dia. Tapi oleh kerana Rider sekarang ada kat Mesir, jadi ..tak tahu mane perkembangan komik tu sekarang.


Ok.. dah tengok lukisan kat atas??? Jadi.. ni lah lukisan yang Rider janjikan dulu utk ditayangkan kat korang semua. Lukisan kat atas adalah lukisan hasil tangan Rider sendiri 100%. Tiada peniruan dan keterapan. Warna tu pulak of course Rider guna Photoshop utk mencantikkan lagi lukisan tu. Lukisan ni mungkin akan digunakan oleh salah satu pertubuhan organisasi pelajar di Mesir iaitu Al-Fityan dalam komik berunsur dakwah mereka utk dijadikan sebagai ilustrasi bagi cerpen berjudul Dinda.. Uhibbuki Fillah.Sebab tu lah korang nampak tulisan tu kat atas kan? Cerpen ni berkisar tentang 2 orang perempuan sahaja dan tidak banyak menggunakan watak lelaki. Nak baca cerpen tu? Klik disini. So, Rider harap korang boleh komen/kritik tentang lukisan ni utk pembelajaran Rider jugak. Komen..jangan tak komen tau. Terima kasih.. :-)

Apa pendapat ulama' tentang lukisan?
Setakat yang Rider tahu, para ulama mengharamkan lukisan yang berbentuk menaikkan nafsu syahwat seseorang itu apabila melihatnya(seksi dan sebagainya), lukisan berbentuk tuhan orang kafir, lukisan berbentuk lambang orang kafir, lukisan bertujuan pemujaan, dan lain-lain lagi. Para ulama' juga mengharamkan khat ayat Al-Quran berbentuk manusia,binatang dan benda-benda hidup yang lain bagi menjaga kesucian ayat Allah Taala.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.