Dinda Uhibbuki Fillah
Sinar mentari memancar hebat, Kehangatan suasana itumembingitkan deria-deria pancaindera memaksa aku bangun untuk memetik suis lampu yang berhampiran .”tut…tut..”tanda ada pesanan mesej telefon bimbitku,ku capai telefon tersebut di sebalik bantal merah jambu kesayanganku.memang itu tabiatku setiap hari,meletakkan telefon bimbit bersebelahan bantalku dengan harapan supaya aku mudah terjaga tatkala deringan nada deringnya mengalunkan suara.Alis mataku memerhati tajam jeritan suara yang kupasang khusus untuk pesanan “sms”itu .hati kecilku berbisik sekalian mengharap mesej itu didatangkan khusus bagi memancar secebis sinar bahagia untukku.
Bebutang telefon kutekan lalu kuamati penghantarnya,ternyata mesej itu datangnya dari seorang rafiq yang agak rapat denganku iaitu Anna.Roainna Fadzil nama sebenar anna yang kini sedang menuntut di tahun 3 kuliah perubatan university al-Azhar kaherah.Akalku memecahkan suasana dilema dengan membuka “inbox” .kuamati setiap patah kata yang dikirimkan oleh Anna.Sungguh,dadaku berdegup kencang ,aliran peluh mengalir bagaikan mentari jejak di ubun-ubun kepalaku,mataku tertumpu pada dua patah perkataan yang boleh kukatakan aku sudah fobia dengan kalimah sedemikian di abad ini.
“Perletakan jawatan “gabungan dua perkataan yang bisa membuat mutiara solehahku bergerak pantas menuruni lereng-lereng wajah yang agak suram ini.Jiwaku hampir separuh berkecamuk ,sedih , hiba sedang aku tidak mengerti mengapa rintih batinku sedemikian rupa.Air mata terus membasahi bahagian depan kurung biruku yang bersulam.Yang pastinya,aku menobatkan diri ini adalah orang yang paling ber tanggungjawab dengan perletakan jawatan itu.Aku memperincikan lagi bacaanku hingga aku sesungguhnya pasti bumi yang kuinjaki ini masih utuh dan keadaanku kian normal.
“Pedih..”bisik hatiku,memikirkan kesulitan bagi Raisah untuk mencari ganti bagi jawatan Timbalan Ketua Unit Kebajikan di dalam saf kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansourah(BKDPMM) yang ditolak Anna.Firasatku , peristiwa ini pasti sedikit sebanyak akan mengukir satu garis luka yang mendalam buat barisan (HEWI).Namun,permainan mindaku ligat menghantar impuls-impuls husnu zhon bahawa fenomena ini berpunca dari kesalahan atau kifarah dosa dari barisan kepimpinan tertinggi (BKDPMM),Maka..Allah memberi peringatan kepada hamba-hambanya supaya senantiasa bermuhasabah akan kekhilafan diri dan pimpinan mereka .
“ Anna yang kukenali bukan seperti ini..”bisik akalku.Jujur ku katakana aku tidak menyimpan apa-apa sangkaan buruk terhadap Anna walaupun sebesar zarah setelah menerima mesej tersebut.Atmaku memahat yakin dan percaya Anna mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri tentang penolakkan jawatan tersebut.Aku menyusun langkah perlahanmenuju ke bilik basuhan bersebelahaan dengan ruang tamu rumahku.Ku salutkan wasiat suci Rasulullah S.A.W ke tubuh agar lebih segar dan tenang menghadap Ilahi.”Allahuakbar..”ku alunkan takbir suci dengan mendirikan solat sunat Dhuha dan solat Hajat .bibir bak delima belahan Ilahi ini kubasahi dengan zikrullah yang membanjir.Mutiara solehahku kian memenuhi disegenap ruangan mata bersama perasaan yang sukar kutafsirkan.Akhirnya ku redhai gabungan perkataan “perletakan jawatan “ itu seikhlasnya.
Jejari kuatur memohon hidayah dan keberkatan dalam setiap langkah masaku,jangan sampai meninggalkan noktah hitam kerana bersangka buruk terhadap makhlukNYA.Selaku mahasiswi aku sangat mngerti apa yang dirasakan oleh Anna,susunan jadual yang padad,tesis-tesis yang banyak dan timbunan bacaan tebal yang menanti serta waktu focus yang amat-amat diperlukan untuk mengulang kaji dan istirehat.kebiasannya, mejoriti pelajar tahun 3 kuliah perubatan menganggap tahun 3 adalah tahun “killer “untuk mereka. Jam menunjukkan tepat pada angka 9 aku terkedu ,Cuma tinggal 15minit sahaja lagi untuk doktor memasuki dewan kuliah .Tabiat ku berulang kembali keadaanku menjadi kelam –kabut dan serabut,dari jauh sempat aku menjeling kepada Anna yang tersenyum melihat gelagatku.Ada titik keraguan padaku apabila Anna tidak memanggilku seperti biasa untuk sarapan pagi bersama-sama hari ini.namun,ia bagai kilat yang melintas di benakku.aku lebih tertumpu untuk bersiap ke kuliah.
Aku meneruskan langkahku ke kuliah walaupun aku tahu tidak kesemua pertuturan doktor akan ku fahami dengan baik,paling tinggi aku memahami hanya 60% dari percakapan doktor.kebiasaannya doktor akan menggunakan lahjah ammiyyah iaitu bahasa pasar atau pertuturan harian rakyat mesir dalam membahaskan kitab-kitab kami di kuliah.Namun padaku ia bukanlah alasan untuk mengatakan TIDAK kepada kuliah.Beruntunglah kami wafidat, jikalau doktor hadir dan melayan soalan-soalan kami yang agak terabur susunan tatabahasanya.Aku tersenyum kambing bila mengingatkan waktu bersama seorang doktorahku , namanya doktorah aisyah.beliau adalah dekan untuk Jabatan Bahasa Arab university Al-Azhar cawangan induk Kaherah.Sungguh ,beliau sangat rajin melayan karenah kami yang bergelar wafidat ,sumbangan aspirasinyamenjadikan aku sangat berkejar untuk memenuhi setiap jadual kuliahnya .Alhamdulillah,kedua-dua madah yang diajarnya iaitu Ar-Rudh wal Qofiah dan sorof menjadi subjek skor buatku.
Deringan telefon menghentikan aku dari layangan fantasi ,nama yang bisa mengejutkan itu adalah ustaz Yusof bin Abd. Hamid.beliau merupakan Yang Dipertua Badan Kebajikan Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansourah (BKDPMM) ,memang kami kerap berhubung kerana tugas dan bidang yang memerlukan keselarasan dari segi gerak kerja mahupun maklumat.Ku dengari tutur bicara lemah seorang lelaki yang memegang taklifan yang begitu besar dan berat itu satu persatu.Walau satu ketika dulu pernah Aku dan Anna berdukacita atas suatu keputusan yang dikeluarkannya,tetapi hari ini beliau menjadi kepimpinan tertinggi (BKDPMM) dan perlu keatasku menjadi seorang yang profesional membezakan antara urusan peribadi dan kerjaya,konsep wala’ kepada pemimpin terikat kemas di mindaku .Beliau menyatakan hasratnya untuk bersua muka dengan Anna bagi bertanyakan sebab utama perletakan jawatan Anna sebagai Timbalan Ketua Unit Kebajikan BKDPMM. Menjadi fitrahku,jika sesuatu keputusan sudah terputus maka jangan ditanya kenapa dan mengapa ,Pasti akan bertalu alas an dan sebab membanjiri ruang lisan seorang manusia.Akalku ligat memikirkan calon pengganti bagi menggantikan Anna ”tapi…siapa?”bisik hatiku.Tanpa kusedari Doktorah Aminah sudah berada didalam dewan kuliahku.”mujur ..beliau tak perasan aku mengelamun “bisik hatiku sambil terkebil-kebil menguntum senyuman .
Masa begitu pantas berlari,waktu tepat menunjukkan jam 2.30 petang .waktu kuliahku untuk hari ini telah tamat..alhamdulillah.Saat ini dewan kuliah ku serta merta bertukar menjadi pasar bualan ,hingar-bingar dibuatnya.Aku mengatur langkah segera menuruni tangga menuju ke pintu utama dewan kuliah dan terus menuju ke rumah .kebetulan kediamanku tidak begitu jauh dari kawasan kuliah banat kaherah ,ini membolehkan aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah .Pintu syaqqah aisyah humaira’ ku buka perlahan,ternyata kesemua ahli bet ku masih belum pulang.Usai solat zohor,ku rebahkan tubuh yang kehabisan bateri ini di pembaringanku.aku hanyut.kiraan bintangku kian mengabur dan akhirnya ku layarkan bahtera mata ini sekitar setengah jam.
Alunan azan tanda masuknya waktu Asar membangunkan aku dari lena.tiba-tiba rinduku untuk mengadu pada pencipta datang meluap.segera ku tunaikan farduku hingga tiba di sujud akhirku hati ini merintih pedih..”ilahi..bantulah hambamu ini,kuatkan daku seperti para anbiya’mu..Ilahi..aku akur jika ujian ini yang kau kirimkan untuk membedah imanku”.Ku akhiri dengan salam dan doa memohon ketenangan dan kelapangan hati untuk meneruskan mujahadah ini .Tiba-tiba mindaku diketuk,mengapa tidah sahaja aku melantik aida yang kini berada di tahun yang sama dengan Anna.”Allah memberiku “password”..”monolog ku sendirian.
Usai solat asar ,aku merasakan perlu untuk idea ini diperbincangkan lebih lumat lantas kuajukan pada El,Ika dan Syah selaku rakan sekelas eda dan juga merupakan (HEWI BKDPMM).Impianku seakan meleset apabila mereka kurang bersetuju dengan cadanganku.Pada mereka Eda adalah seseorang yang agak fokus dalam pembelajarannya.Oleh itu, mereka berpendapat agak tipis untuk Eda menjawat jawatan tersebut.Akalku mula membuntu siapa lagi gerangan calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.
Keesokkan harinya,jadualku berputar seperti biasa,Dalam langkahan penuh mehnah ini,kekedang jiwa terasa aman berbaur tenang ,kerna kebergantungan ini tulus buat Ilahiku.Suara keringan ahli bet ku dengari jelas dari luar papan pintuyang dicat menggunakan syelek coklat keemasan.Bismillah..langkah kanan ku hayun sambil nada mengalun salam dan hamdalah.”kak hawe..”kedengaran suara dari arah yang bertentangan .Aku berusaha mengukir sekuntum senyuman buat Anna yang sedang berdiri tegak memerhatikanku.Anna juga merupakan salah seorang dari ahli betku yang agak periang karakternya.
Tanganku dipimpin ,aku terkedu melihat reaksi Anna yang agak janggal bagiku.Anna memimpin k uterus ke sisi katil sambil menggenggam erat tanganku.Bundar matanya kian direnangi dengan air yang begitu jernih,ternyata Humaira’ yang menjadi gelarannya begitu jelas kelihatan.”kak hawe..Anna minta maaf.Anna sedar sepatutnya Anna ‘tak boleh letak jawatan time ni,Anna rasa menyesal sangat kerana menyusahkan banyak pihak,bersusah –payah berfikir untuk mencari pengganti Anna.Anna Cuma rasa ada senior yang lebih layak menyandang jawatan tersebut.jadi..Anna cepat-cepatlah tarik diri.Anna ‘tak yakin Anna mampu melaksanakan amanah ‘ni.Anna rasa macam berat sangat amanah .kak hawe mesti benci pada Anna kan?Sedu Anna kian mendesah.Anna dah Tanya pada ibu dan ayah.mereka kata pegang jawatan ni kadang-kadang membuatkan seseorang itu lebih matang dan berpandangan jauh.pendeknya mereka sangat menyokong jika Anna terima jawatan ‘ni.Cuma,Anna je yang taraddud nak pilih atau tidak.
Tubuhku dipeluk erat,deraian mutiara solehahku juga mengalir perlahan.Fikiranku seiring membaca titik penyesalan dari Anna.Dikeheningan suasana itu,aku bersuara perlahan membisik kepada Anna “kalau kak hawe boleh tahu,apa pendirian Anna sekarang?kalau Anna rasa‘nak jawab boleh,’tak mahu jawab pun ’tak mengapa.Anna memandangku penuh hikmah “kak hawe..bolehkan kalau Anna tarik semula perletakan jawatan Anna tempoh hari.Anna dah fikir masak-masak,tugasan kebajikan tu amanah ahli untuk Anna .Anna ‘tak boleh mengecewakan harapan ahli BKDPMM.Anna nak minta bantuan dan tunjuk ajar dari rakan –rakan seperjuangan yang selama ini menelan jerik perih barisan kepimpinan.
Aku kian terpaku dengan lontaran Anna,sesekali menjadi muhasabah untukku .”Keyakinanku padaMU kian menggunung tinggi ya Ilahi”.Bisik hatiku.Jadam pahit yang ku telandahulu kinibertukar menjadi madu yang mengalir ke setiap sel darahku,mengalun puji dan hamdalah buat Pencipta Yang Maha Esa.Sungguh,tuhanku tidak akan sesekali menguji hambanya melainkan Dia tahu tahap kemampuan seseorang hamba tersebut dan tertulis hikmah bagi setiap ujian di Luh MahfuzNYA.Lafaz yang indah ku bisikkan ke telinga Anna”Dinda..uhibbuki fillah ”.jemari kami saling menyatu.Terima kasih Ya Allah hadiah ini bagiku cukup bermakna.
NAMA : SITI IZIATUL HAWA BTE MOHD YUSOF
NAMA PENA : elghoffariyyah
ALAMAT : Iskandariah,mesirDah baca cerpen kat atas?? kalau sudah.. cerpen ini sebenarnya ada kaitan dengan Rider. Sekarang ini Rider sedang dalam proses membuat ilustrasi untuk cerpen ini untuk diterbitkan dalam sebuah majalah PMRAM. Nak tahu cerpen apa lagi yang termasuk dalam majalah ni?? kena la beli majalah ni.
Al-Fityan adalah majalah/komik yang diusahakan oleh sekumpulan mahasiswa Mesir untuk bertujuan memberi tarbiyah dan sebagai salah satu jalan dakwah oleh semua. Majalah ini penuh dengan info,isu semasa,komik dan sebagainya. Ilustrasi bagi cerpen diatas akan Rider post kan dalam entri yang lain. :-)
Tiada ulasan: