Selamat 'Intikhobat' utk Mesir
Buat julung-julung kalinya, bersempena dengan pilihanraya di Mesir yang bermula pada hari ini, 28 November 2011, Rider ingin mengucapkan SELAMAT MENGUNDI buat semua warga Mesir. Moga dengan pilihanraya pada kali ini memberi perubahan kearah kebaikan sejagat dan dijauhkan dari anasir-anasir luar yang jahat.
Apa itu intikhobat ?? Perkataan Intikhobat berasal dari perkataan arab yang bermaksud pilihanraya. Cakap pasal pilihanraya ni, Rider ada teringat akan kata-kata Al-'Allamah As-Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Beliau menegaskan bahawa, ada tiga cara untuk mengubah sesebuah negara tersebut iaitu; pertama; melalui undang-undang. kedua: pilihanraya; ketiga: demontrasi.
Google pun turut sama raikan pilihanraya di Mesir ni |
Kalau lah Rider diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Mesir ni, Rider akan mengundi parti Hizbu Hurriyah Wal 'Adalah sebagaimana yang atas tu. Itulah lambang parti tersebut yang Rider yakini akan memberi perubahan yang besar kepada Mesir. Tambahan pula, ia adalah sebahagian daripada Ikhwanul Muslimin (IM) tetapi Rider bukanlah IM sangat pun. Well, Selamat Mengundi semua..
Tiada ulasan: