Medan Tahrir ,medan rakyat Mesir
Saya merasakan sudah tentu ramai yang ternanti-nanti artikel saya tentang keadaan di Mesir sekarang ini. Ramai yang tertanya-tanya keadaan rakyat Mesir dan juga pelajar Al-Azhar kita sekarang ini. Oleh itu, kali ini saya berani memperkatakan sedikit tentang keadaan sebenar di Mesir sekarang ini yang mana telah menjadi bualan hangat para media Malaysia dan juga media dunia.
Tertegaknya peristiwa pada hari ini adalah berikutan peristiwa yang berlaku di tempat yang sama juga iaitu di Medan Tahrir iaitu peristiwa yang menumbang kerajaan zalim yang dipimpin oleh bekas presiden, Hosni Mubarak yang juga dikenali sebagai peristiwa 25 Januari. Peristiwa ini terjadi apabila suara rakyat sudah tidak didengari oleh para pemimpin atasan yang juga dipimpin oleh Hosni Mubarak. Sebelum ini, beliau telah memimpin negara Mesir selama hampir tiga abad dan dalam tempoh ini lah pelbagai kezaliman dan rancangan jahat telah beliau lakukan antaranya; beliau telah menghalau dan memecat kerakyatan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi dari negara Mesir kerana mengesyaki Al-Qardawi telah membawa fahaman yang berlainan dengan Islam yang sebenar walhal rakyat Mesir sendiri yang sayangkan Yusuf Al-Qardawi. Ini terbukti apabila saya menghadiri muhadhoroh Ilmiah bersama ulama' yang lain yang juga turut dihadiri oleh Yusuf Al-Qardawi. Apabila Yusuf Al-Qardawi baru sahaja memunculkan dirinya pada muhadhoroh tersebut, ramai yang bertepuk tangan tanda gembira. Apabila beliau sedang berucap, ramai yang mendengar kalam beliau dengan khusyuk. Saya tidak mahu membicara dengan banyak lagi tentang muhadhoroh tersebut disini kerana banyak lagi peristiwa yang membuatkan hati saya gembira apabila menghadiri muhadhoroh tersebut.
Berbalik pada Hosni Mubarak tadi; antara kezaliman yang juga pernah dilakukan oleh beliau adalah peristiwa yang melibatkan Pesawat Boeing 767
Medan Tahrir
Perkataan 'TAHRIR' bermaksud BEBAS. Pelbagai sejarah telah dirungkaikan berkaitan dengan Medan Tahrir ini. Medan Tahrir terletak berhampiran dengan pejabat kerajaan yang dipimpin Hosni Mubarak iaitu Hizbu Wathani. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa bangunan pejabat kerajaan Hizbu Wathani dibakar dengan mudah pada peristiwa 25 Januari yang lalu. Medan Tahrir juga terletak begitu jauh dengan bangunan asrama pelajar-pelajar asing di Mesir iaitu sekitar 45 minit perjalanan. Oleh itu, tahap keselamatan pelajar-pelajar asing disini masih terjaga dan aman namun dalam keadaan berjaga-jaga. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) juga telah membawa mesej kepada semua anak Malaysia di Mesir agar tidak melibatkan diri di Medan Tahrir dan sentiasa menitikberatkan tahap keselamatan semasa berada diluar.
Medan Tahrir bukanlah sekecil yang kita sangkakan. Medan Tahrir mampu memuatkan hampir berjuta-juta manusia di kawasan tersebut. Pada awal peristiwa, Medan Tahrir ini menjadi medan penunjuk perasaan membantah kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Namun, selepas kejatuhan Hosni Mubarak, kuasa tentera pula berkuasa di Mesir yang diketuai oleh Musyir Tantawi. Sama seperti di negara-negara lain dan juga Malaysia, apabila pilihanraya dilakukan atau pimpinan tertinggi dilucutkan jawatan, maka kuasa tentera lah yang mengambil alih kuasa sesebuah negara. Selepas beberapa kekejaman telah dilakukan oleh kuasa tentera dalam jangka masa hanya beberapa bulan, kini rakyat Mesir berpaling arah pula untuk melawan kuasa tentera kerana suara rakyat Mesir mahukan pilihanraya dilakukan dengan secepat yang mungkin serta telus dan adil. Sehingga kini hanya beberapa kematian dicatatkan dan beratus yang lain cedera. Tidak seteruk pada peristiwa 25 Januari yang lalu namun harus diambil perhatian kerana jika peristiwa ini berterusan dan selagi mana pilihanraya tidak dilakukan, maka negara Mesir pasti akan sentiasa berada dalam keadaan kelam-kabut dan tidak aman.
Saya berani memperkatakan bahawa besar kemungkinan, negara Mesir mungkin akan menerima nasib yang sama sebagaimana yang berlaku di negara Syria dan juga Libya selepas kejatuhan pimpinan negara mereka dan juga campurtangan negara asing dalam urusan negara mereka. Na'uzubillah..
Apabila kuasa tentera berkuasa dalam sesebuah negara, maka kuasa tentera berhak melakukan apa sahaja terhadap rakyatnya. Ada kalanya, kuasa tentera berhak mengumumkan perintah darurat dalam sesebuah negara dan adakalanya sehingga berhak menembak sesiapa sahaja yang mereka sukai. Begitulah yang terjadi sewaktu peristiwa 25 Januari yang lalu sehingga menyebabkan ramai pelajar Al-Azhar Malaysia diperintahkan pulang ke tanah air kerana bimbang terkena tempiasannya termasuklah saya. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini keadaan pelajar-pelajar Malaysia disini semuanya baik dan selamat serta mampu membuat kerja-kerja seharian dengan selesa namun dinasihatkan agar mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan pihak duta sendiri.
Mengapa di Tahrir?
Sebenarnya bukan sahaja di Medan Tahrir yang berlaku kebangkitan suara rakyat malahan merebak di kawasan lain seperti di daerah Ismailliyah dan juga Iskandariah. Semuanya dengan satu suara iaitu untuk melawan kuasa tentera dan menginginkan pilihanraya yang adil dan telus. Tahrir hanyalah sebagai kawasan utama pengumpulan suara rakyat bertepatan dengan keunikkan strategik kawasannya yang terletak di daerah ibu negara Mesir iaitu Kaherah.
Iktibar Al-Thaurah
Peristiwa kali ini mengajar saya erti kebebasan bersuara terhadap rakyat yang juga berhak didengari oleh para pemimpin. Saya juga berani memperkatakan bahawa kebangkitan di Mesir, Syria dan juga Yaman adalah tanda-tanda kebangkitan Islam di dunia. Islam bukan sahaja untuk orang yang berpangkat tinggi, memperoleh harta yang banyak dan dihormati oleh semua orang, malahan untuk mereka yang tiada harta sekecil zarah pun Islam tetap berada di mana-mana dan selamanya.

Keadaan di Tahrir pada peristiwa 25 Januari yang lalu. |

Ini menandakan kebangkitan rakyat2nya daripada kezaliman pemerintah @ corrupt.
BalasPadam