Facebook..oh..facebook

Hari berganti hari.. Kesejukkan cuaca dan udara di Mesir semakin rancak membuatkan aku terkadang sentiasa ditemani dengan selimut dan baju yang berlapis-lapis untuk menghangatkan sekujur badan ini agar meneruskan kehidupan sehari-harian. Hatta ketika jari-jemari ini sedang menaip, kaki ku masih lagi berada disamping selimut dek kesejukkan yang semakin mencabar serta hujung jari-jemari ini sentiasa terasa akan kesejukkan tersebut. Lalu ku mengenakan air panas(sakhonah) untuk mengambil wuduk. Terkadang, aku juga malas untuk menyentuh air dek kerana kesejukkan yang semakin menjadi-jadi ini.

Bagi menghangatkan lagi sekujur badan ini serta mengisi alas perut, aku ke dapur untuk mendidih air. Memang pada kebiasaan, pada pagi hari, aku sekadar meminum segelas air dan beberapa keping roti sebagai alas perut. Tidak terlalu banyak untuk mengisi perutku ini di waktu pagi kerana ku bimbang dek kerana kepenuhan di dalam tangki perutku ini membuatkan aku leka dan malas untuk beribadah serta melakukan kerja-kerja lain. Aku sentiasa berpegang pada satu petua ini: 1/3 untuk makan, 1/3 untuk minum, dan 1/3 untuk oksigen. Mungkin dengan petua ini badan ku sentiasa nampak maintain dan tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. (Wallahu'alam)

Selesai sahaja menjamu selera, tiba-tiba hati ini terdetik untuk membuka seketika laptop ku untuk mengetahui perkembangan dunia luar. Dengan kaki yang masih beralaskan selimut, ku membuka facebook ku. Daku melihat..daku termenung seketika.. melihat facebook ku. Ramai yang bergiat di dalam dunia maya ini. Ramai yang mengatakan sesuatu. Ada yang suka berjiwang.. suka meluahkan perasaan..ada yang suka 'like'..ada yang suka chat dan banyak lagi. Lalu fikiran ku kearah perkara lain..melihat teknologi yang serba canggih ini.. alangkah baiknya jika umat Islam pada era millenium ini menggunakan teknologi yang serba canggih ini untuk mencungkil bakat untuk menjadi pemikir yang profesional dan rasional selari dengan Ad-din itu sendiri yang mewajibkan keatas semua muslim supaya menuntut ilmu serta mengamalkannya. Betullah sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnya, umatku akhir zaman kelak bagaikan buih di lautan. Daku gementar seketika merenung kembali kalam Rasul ku ini. Mungkinkah aku tergolong dalam golongan yang disebutkan itu...Na'uzubillah.

BUIH. .. Apakah fungsi buih ini di lautan? Adakah dengan adanya dapat membanyakkan lagi kandungan lautan di dunia ini? sudah tentu tidak..apabila adanya buih di lautan, sudah tentu tidak memberi apa-apa sedikit pun manfaat kepada lautan itu sendiri. Apabila adanya buih, sudah tentu akan pecah kembali lalu tidak memberi apa-apa manfaat sedikit pun kepada lautan. Begitu juga manusia pada zaman yang semakin hampir menemui pengakhiran dunia ini. Ramai yang leka dan alpa dek kerana kemewahan dunia yang semakin menjadi-jadi ini. Sepatutnya patut ditanamkan pada setiap orang-orang muslim itu bahawa dunia adalah penjara dan akhirat adalah syurga dan bukannya dunia itu syurga dan akhirat itu penjara sepertimana pemikiran ulama'-ulama' dahulu apabila bercerita berkenaan dengan dunia ini.

Apabila dunia dipenuhi dengan para pemikir yang profesional dan rasional selari dengan kehendak syarak, maka tunggulah kebangkitan Islam yang selama ini ditindas dan diejek-ejek oleh golongan yang sentiasa membuat kezaliman di atas muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.