Aku hamba-Mu yang alpa
Assalamualaikum...
Tiada kata yang dapat aku gambarkan ketika ini. Setelah sekian lama aku lalai dan alpa dengan kesenangan hidup di dunia ini, bergembira dengan senang lenang, kini Tuhan menguji aku dengan ujian yang sangat mencabar keimanan ku.
Memang betullah apa yang Allah telah tetapkan di atas muka bumi ni; Tuhan akan membalas dengan balasan yang setimpal dengan apa yang telah kaum Adam dan Hawa lakukan. Kini aku benar-benar menyesal dengan perbuatanku selama ini. Aku mengakui yang seluruh anggota badan ku ini, tangan,lidah,kaki, mata dan juga hatiku ini penuh dengan dosa yang seakan-akan mustahil untuk Tuhan akan mengampunkan dosa ku. Tetapi aku tahu bahawa Tuhanku Maha Mendengar dan Maha Penerima taubat hamba-Nya. Jikalau hamba-Nya membuat dosa sebesar langit dan bumi pun nescaya Dia akan menerima taubat hamba-Nya.
Musim peperiksaan sudah hampir tiba apabila tahun baru 2012 membuka tirainya. Ku lihat sahabat-sahabat ku yang lain sedang sibuk dengan persediaan dengan mata pelajaran peperiksaan masing-masing. Tetapi aku.... Sesungguhnya aku 100% tiada persediaan dan perasaan berdebar dengan exam yang bakal menjelang tiba. Walaupun sahabat-sahabat ku yang lain cuba memberi nasihat dan kata-kata semangat agar aku menfokuskan kepada exam tidak lama lagi, tetapi seolah-olah kata-kata mereka hanya kata-kata biasa yang tidak boleh menaikkan semangat aku untuk belajar. Aku mengakui yang masalah yang timbul inilah yang mengurangkan semangat ku ini untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. Dan aku juga mengakui bahawa madah-madah(subjek) pada tahun ini lebih mencabar dan lebih susah dari madah-madah tahun lepas.
Semangat untuk ku mentelaah ilmu sekarang ini makin pudar. Tidak seperti dahulu kala ketika sebelum aku menerima ujian ini. Memang aku tidak benar-benar menyangka bahawa ujian ini akan menimpa aku. Kenapa tidak orang lain?? .. Yang pasti, jawapannya adalah ; Allah Taala tidak akan menguji keimanan seseorang itu selagi mana dia mampu diuji. Kini aku menerima seadanya dengan takdir-Nya. Dan memang aku seharusnya tabah, sabar dan redha dengan ketentuan-Nya.
Masalah yang aku alami kali ini berkaitan dengan hidup dan mati ku. Jikalau masalah ini semakin teruk, aku akan mengalami satu perubahan hidup yang sangat dahsyat dan mungkin makin merbahayakan aku dan orang lain. Tetapi sekarang ini aku sedang berusaha untuk tidak melibatkan orang lain dengan hal aku ini. Aku sanggup menerima apa sahaja balasan daripada-Mu(kecuali *******) asalkan tidak melibatkan pihak lain. Biarlah aku sahaja yang menerima balasan dengan apa yang telah aku buat selama ini.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.. hanya Engkau lah tempat aku sembah dan hanya Engkau lah tempat aku memohon pertolongan. Aku berharap dengan harapan sebesar langit dan bumi, agar Engkau menerima dan memakbulkan taubat ku ini serta menerima pengharapan dan doa ku agar Engkau permudahkan segala urusan ku di dunia dan akhirat serta Engkau tunjukkilah aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau rahmati dan Engkau redhai. Amin..

Tiada ulasan: