Sorotan 2011

2011 sudah menutup tirainya. Namun, 2011 inilah yang telah kita semua lalui selama ini. Pahit, manis, suka dan duka.. kita lalui dengan hati yang tabah dan redha kehadrat Illahi. Disamping bercerita tentang diri kita ,usah kita alpa dengan cerita-cerita dunia yang telah menjadi sejarah dunia pada hari ini.
(perhatian: peristiwa yang berikut tidak mengikut turutan tarikh yang sebenar pada tahun 2011)

1. Saurah di Tunisiya,Mesir dan Yaman.
Saurah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud KEBANGKITAN. Kebanyakkan kebangkitan di Tunisiya, Mesir dan Yaman berlaku pada awal tahun 2011. Kebangkitan yang ditonjolkan adalah bertujuan untuk meranapkan kezaliman yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin di negara masing-masing. Angka kematian di negara masing-masing sewaktu kebangkitan berlaku juga amat memeranjatkan.

2. Kematian Orang yang paling dikehendaki Amerika
Osama bin Laden. Nama yang terkenal dengan kelicikkan dan kehebatan sebagai pengganas di sisi rakyat Amerika. Namun di sisi hati umat Islam, Osama bin Laden adalah seorang SYUHADA'. Beliau telah menjadi orang yang paling dikehendaki oleh Amerika semenjak beliau dituduh merancang pada perisriwa 11 September. Kematiannya menjadi berita gembira buat rakyat Amerika dan sekutunya. Namun timbul keraguan pada gambar kematiannya yang kini masih menjadi persoalan.

3. HuseinRider.blogspot dicipta
Blog ini adalah ciptaan sendiri hasil tangan Rider. Blog ini dicipta sekitar pada bulan Mac 2011. Rider ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower ,pengomen, dan peng'like' fan page Rider di facebook. Kalian semua telah menjadi inspirasi dan ilham buat Rider untuk maju dalam dunia maya ini. Terima kasih,.. Syukran.



Gambar dari ehsan The Malaysian Insider
4. Steve Jobs: Meninggal dunia
Pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia pada awal Oktober yang lalu pada usia 56 tahun. Jobs telah bertarung dengan masalah penyakit kanser pankreas dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Kematiannya juga telah dinyatakan dalam laman web Apple dengan menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej ''Steve Jobs, 1955-2011''.


5. BERSIH 2.0
Perkiraan rakyat Malaysia yang turut serta dalam BERSIH 2.0 ini adalah seramai hampir satu juta. BERSIH kali ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan turut diadakan di Australia, Mesir , Korea dan lain-lain lagi. Matlamat BERSIH 2.0 kali ini adalah untuk menuntut beberapa perkara dari pihak kerajaan Malaysia agar pemerintahan di negara ini lebih adil dan saksama.




6. Tangisan Rakyat Jepun
Tarikh 11.3.11 mungkin sekali tidak akan dilupakan oleh semua rakyat Jepun kerana tarikh ini lah yang telah menggemparkan negara Jepun dengan kehadiran Tsunami setinggi 10 meter yang telah meragut 10,000 orang. Kehadiran tsunami juga telah merosakkan loji nuklear di Jepun. Jepun juga menyuarakan bahawa negara itu memerlukan masa sebanyak lima tahun untuk membangunkan semula kawasan yang terjejas. 


7. Fenomena Ustaz Azhar
Ustaz Azhar. Nama yang cukup sinonim di Malaysia. Apakan tidak, beliau lah yang telah mengubah pemikiran masyarakat Melayu di sini. Tidak semestinya ustaz itu hanya tahu baca kitab sahaja. Selain berceramah, beliau juga terkenal dengan gambar-gambar yang menarik yang diambil olehnya dengan menggunakan kamera DSLR nya yang bermutu tinggi. Beliau juga dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dan artis-artis sebagai ustaz yang paling sporting dengan cara penyampaian ceramahnya dan juga senang beramah mesra. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.