First Time Exam di Azhar baru


Assalamualaikum...
Kaki ku pada pagi yang dingin hari ini begitu sejuk menahan keadaan suhu di Kompleks Terengganu di Asyier, Kaherah. Begitu juga jari-jemari tangan ku yang sudah lama menyinggah di setiap helaian kitab kuliah untuk persediaan ku menghadapi peperiksaan pada sebelah tengaharinya. Sambil ku melihat setiap huruf arab di kitab tersebut, toga(selimut) masih lagi melekat dan membaluti badan ku agar dengan kesejukkan dingin di sini tidak mengganggu aku untuk terus mentelaah kitab karangan syeikh Azhar.Aku akui kadang kala aku alpa dek kesejukkan di sini sehingga membuatkan aku lena dibuai mimpi yang panjang. Memang benar kata orang, "sejuk-sejuk ni sedap tido". Tetapi tidakkah kita terfikir bahawa dengan kehadiran musim sejuk di Mesir ini, mendatangkan manfaat pada diri kita. Sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan Kami jadikan setiap sesuatu itu dengan bersebab".

Matahari mula rancak memancarkan cahayanya. Namun, tidak dapat juga memanaskan badanku melainkan sedikit sahaja. Waktu inilah sangat sesuai untukku menunaikan solat sunat dhuha menghadap Tuhanku yang Maha Berkuasa. Namun, seperti aku ditahankan oleh sesuatu daripada melakukannya. Aku melihat saudara-mara ku yang lain mengangkat takbir ... namun... aku hanya sekadar melihatnya. Aku akui bahawa dengan ketiadaan wuduk di badanku dan air yang umpama ais kesejukkannya, membuatkan aku malas untuk mengambil wuduk. Ya Allah, lemah benar iman hamba-Mu ini.

Azan berkumandang menandakan waktu zohor. Bergegas kaki ku ke tempat wuduk agar tidak berebut dengan masyarakat arab yang lain. Selesai sahaja, secepat kilat aku ke saf di Masjid Al-Azhar yang diimamkan oleh syeikh Azhar sendiri. Selesai sahaja solat fardhu zohor, syeikh juga turut mendoakan kami sebagai Azhari agar dapat menjawab peperiksaan dengan senang dan lancar seterusnya memperolehi keputusan yang membanggakan. Aku berharap dengan berkat doa daripada syeikh tersebut mendatangkan keputusan peperiksaan yang terbaik bagiku tidak lama lagi.

Lalu aku dan sahabat-sahabat yang lain bersiap-sedia untuk ke Universiti Al-Azhar yang terletak hanya bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar. Sampai sahaja di dalam dewan peperiksaan, dapat aku bezakan dengan Azhar yang dulu dan Azhar yang sekarang aku duduki. Dahulu, sewaktu aku menuntut ilmu di kuliah bahasa arab, Hayyu Sadis, peperiksaannya hanya berdasarkan apa yang kita pelajari dari kitab-kitab yang nipis. Tetapi sekarang, aku di kuliah syariah islamiyah, Al-Azhar, Husein, perluku memerah keringat dengan lebih kuat lagi kerana kitab yang digunakan adalah jauh lebih tebal dan banyak isi-isinya yang perluku hafalkan.

Dewan peperiksaan juga berbeza dengan yang dahulu. Dahulu, aku berada di dalam dewan peperiksaan yang kecil yang hanya dapat memuatkan 40 orang mahasiswa tetapi sekarang aku di sini, di dewan peperiksaan kuliah syariah, begitu besar dan dapat memuatkan seramai hampir seratus mahasiswa sekaligus. Terasa seakan dewan perbicaraan pulak. Ada juga yang kurang bernasib baik terpaksa menduduki peperiksaan di tepi tandas atau di tepi tangga kerana mahasiswa Al-Azhar yang sama tahun denganku pun sudah pun mencecah seribu lebih mahasiswa. Melihat sahaja pada angka giliranku pun sudah mencecah seribu lebih iaitu 19032. Itu tidak termasuk dengan seluruh mahasiswa Al-Azhar yang terdiri dari kalangan mahasiswa asing dan mahasiswa tempatan sendiri. Dari jangkaanku, mungkin Al-Azhar pada tahun ini mempunyai sejuta mahasiswa. Tetapi nasib aku baik kerana menduduki peperiksaan di dalam dewan sementara sahabat-sahabat aku yang lain ada yang menduduki peperiksaan di luar dewan kerana tidak cukup ruang.

Jam menunjukkan 1.30 tengahari. Segera aku membaca beberapa ayat-ayat Al-Quran beserta selawat ke atas junjungan Nabi sebagai peneman tikaku menjawab peperiksaan tersebut. Madah pada hari pertama aku menjawab peperiksaan adalah madah tafsir ayatul ahkam. Madah yang boleh dianggap 'killer' oleh sesetengah mahasiswa Azhar. Tetapi boleh aku katakan, kalau tak baca kitab kuliah, memang lah boleh dikira 'killer', tapi kalau baca n hafal serba sedikit kitab kuliah, insyaAllah kita pulak yang meng'killer'kan soalan peperiksaan. Lalu ku jawab dengan hati yang tenang dan berhati-hati. Walaupun aku tidak baca kesemua muqorror yang syeikh bagi tetapi aku hanya masuk dewan kuliah dengan ilmu yang ada sahaja. Aku sudah tidak kisah dengan keputusan yang akan keluar tidak lama lagi kerana fikiran dan semangatku sudah pudar dek kerana masalah yang menimpaku baru-baru ini. Masalah yang begitu besar untukku hadapi.

Walaubagaimanapun, aku tetap berharap kehadrat-Nya agar diberikan aku jalan dan penyelesaian yang terbaik kepada masalahku itu. Aminn..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.