Travel & Tips ke Singapura Selama 1 Hari

ASSALAMUALAIKUM...

Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh bermakna bagi saya. Impian untuk saya travel ke beberapa buah negara lain, saya teruskan hingga penghujung tahun. Saya gunakan manfaat masa, duit dan kesihatan yang dikurniakan untuk melihat kebesaran dan keagungan Sang Pencipta Alam Semesta. Tak lupa juga cerita hiking saya di beberapa buah gunung di Malaysia yang menjadikan saya lebih menghargai alam sekitar dan panorama yang mempesonakan. (Boleh lihat disini)

Penamat bagi tahun 2017, saya berkesempatan ke salah sebuah negara jiran iaitu Singapura. Negara yang semakin pesat membangun dan antara negara asia yang paling maju. Tak heran lah rakyatnya yang mampat dan padat. Nak beratur melepasi imegresen pun semput dah…. Ramai yang datang dari Johor nak masuk Singapore. Seeloknya korang kena bertolak awal seawal selepas subuh then baru la ada masa banyak siket nak jenjalan round Singapura dalam masa satu hari. Berikut adalah tempat menarik di Singapura yang korang boleh conquer dalam masa satu hari:

Merlion Park & Esplanade
Sebaik sahaja sarapan dengan nasi lemak beserta air horlick panas, perjalanan saya terus ke Merlion Park. Orang kata, rugi lah kalau tak bergambar dengan trademark negara Singapura ni. So wajib lah bergambar dengan patung singa ni. Kebetulan kat sini juga terdapat Esplanade, bangunan seakan buah durian yang tidak berada jauh dari sini. Memang nampak macam dah pergi oversea jauh-jauh je, tapi rupanya sebelah je. Naik van pun boleh la ramai-ramai.
 Trademark Singapura. Wajib lah bergambar kan.

 bergambar di Marina Bay Sands, salah satu hotel termahal di dunia. Juga menjadi lokasi grand final untuk Asia Got Talent baru-baru ni.


Bugis Street
Bagi korang yang gemar mengumpul cenderamata atau nak beli buah tangan, kat sini la tempat yang sesuai. Ada macam-macam kat sini termasuk t-shirt, magnet, keychain, gelas dan banyak lagi. Saya sempatlah jugak untuk membeli keychain, magnet dan flag patches. Harga kat sini pun agak murah dan kalau korang pandai, korang boleh tawar-menawar disini. Kalau dah kehabisan duit dollar, kat sini pun terdapat money changer.

Masjid Sultan & Restoran Zam-zam
Singgah sekejap di Masjid Sultan, masjid tertua di Singapura. Tak rugi pun singgah kat sini sebab pelancong negara lain pun ada datang melawat. Kat sini juga disediakan ruang sejarah di bahagian belakang ruang solat masjid untuk pengetahuan dan info korang. Mat salleh pun ada baca dan ambek gambar disini.
Restoran Zam-zam ni pulak terletak tidak jauh dari Masjid Sultan. Sebelah je. Kenapa restoran ni menjadi tarikan utama pelancong dari Malaysia dan food hunter yang lain? Sebab yang specialnya adalah murtabak. Rasa dan cara murtabak ni masak adalah lain dari yang Malaysia. So korang wajib try rasa murtabak kat sini. Harga $6-$9 bergantung kepada saiz murtabak.
Murtabak Singapura

Beef Masala

Pulau Sentosa
Antara tempat yang paling famous dan wajib kena singgah disini. Pulau ini adalah pulau buatan tercantik di Singapura. Kat sini ada macam-macam aktiviti korang boleh buat. Nak pergi pantai, nak mandi, nak tengok aquarium, nak shopping, nak pergi kat Universal Studio pun kat sini.

Gardens by The Bay
Akhir sekali pada waktu malam, korang boleh singgah disini meneroka taman tercantik di Singapura. Jangan pergi pada waktu siang sebab korang akan terlepas salah satu tarikan utama disini iaitu Light Show di Supertree. Persembahan lampu berwarna-warni dan pelbagai corak akan korang dapat lihat beserta lagu yang merdu akan dimainkan. Disini juga korang boleh tengok light show di bangunan Marina Bay Sand. Tapi sayangnya, time saya pergi hari tu takde light show. Hanya biasa-biasa je. Lepas ni boleh la repeat lagi datang sini semata-mata nak tengok light show dia.

Kalau korang tak dapat cuti panjang tapi nak travel ke Singapura dalam masa satu hari ni, korang boleh contact RAINI TRAVEL sebab RAINI TRAVEL menyediakan trip ke Singapura sebanyak dua kali sebulan selama satu hari. So, senang la korang boleh pilih tarikh mana yang sesuai. Nak ajak satu family pun boleh. Bukannya mahal sangat pun, hanya RM135 seorang je. WAHH… murahnyeee!! ok, tak payah banyak cakap, cepat tempah seat korang sekarang.

Untuk info lanjut, boleh layari:
WhatsApp: 016-774 4594

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.