Panorama Dal Lake, Kashmir Yang Mesti Anda Lihat
Dari Delhi, saya naik flight ke Srinagar untuk ke Kashmir. Tiket
flight haruslah kena beli awal sejak saya berada di Malaysia lagi, bimbang takot tiket dah habis atau seat penuh. Perjalanan dari Delhi ke Srinagar hanya mengambil
masa beberapa jam sahaja. Tak sempat nak tido rehat-rehat siket, tengok-tengok
dah sampai kat airport. Masa duduk atas flight tu syukur sangat sebab dapat
tengok Banjaran Himalaya dari atas langit. Ohsem bebb..
I was like….. tak pernah tengok lagi pemandangan secantik macam tu
yang penuh dengan gunung-ganang diselimuti salji beserta kabus/awan yang
mengelilingi setiap gunung-ganang yang ada. Sebab tu lah tak sempat langsung
nak tido. Mata ni dah disinari dengan pemandangan yang memukau dari atas
langit.
At the airport, I was very happy to Javeed for welcoming me and my
friends to Kashmir. Actually Javeed is my friend from Kashmir and I have been
knew him before but can’t meet him face to face. Tapi bila dah jumpa ni tetiba
rasa gembira dan bertuah mempunyai rakan dari negara lain seperti dia. Orang
kata, bila ada ramai kenalan dari negara luar makin berkembang pemikiran ye
dak.
Dari airport Srinagar, kitorang terus ke Dal Lake sebab kitorang ada
sewa houseboat kat sini untuk satu malam. Saya pun tak pasti kenapa ia
dinamakan Dal…. Ingatkan kuah dal yang biasa kita makan tu berasal daripada
tasik ni tapi ianya bukan sama sekali.
Keindahan tasik ini tidak dapat saya nafikan lagi apabila dapat
melihat sendiri dengan mata ini. Walau tasik ini agak tercemar, tetapi ianya
tidak lah mengeluarkan bau yang busuk, tidak seperti tasik-tasik lain yang
kotor. Air yang bersinar-sinar di permukaan tasik seolah-olah memantulkan
cahayanya kearah mata yang melihat. Peluang untuk melihat matahari terbenam di tengah-tengah tasik ini sememangnya
suatu pengalaman yang menakjubkan sambil dikelilingi oleh gunung-ganang dan
panahan cahaya matahari yang merah di atas langit.
Selepas puas mengelilingi Dal Lake sehingga maghrib, kami tidak lagi
pulang ke houseboat untuk berehat, sebaliknya kami juga sempat membeli makanan
dan minuman di kedai yang dibina seperti houseboat disini. Dalam keadaan kami
masih berada di atas shikara boat itu, kami sempat membeli Manggo Lassi,
aiskrim tempatan dan maggi tempatan yang menjadi pilihan menu kami sambil
sempat juga kami mendengar azan maghrib berkumandang.
Pada malamnya, suhu disini agak sejuk sedikit walau saya tahu bahawa
saya akan menghadapi ancaman suhu sejuk yang ekstrem di Ladakh dan Leh pada
hari yang mendatang. Tetapi ianya cukup untuk merehatkan minda. Saya lena di dalam houseboat di tengah-tengah tasik yang cantik ini. Pengalaman
untuk tidur di dalam houseboat di tengah-tengah Dal Lake ini merupakan satu
pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
Makan malam di houseboat di tengah-tengah Dal Lake ini.
Dari kiri: Kak Oshin, Kak Ema, Kak Aju, Kak Diela, Kak Bee dan Rafiq.
Seawal selepas subuh keesokkannya, kami bergegas bangun dan bersiap
untuk ke pasar terapung disini kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai
kehangatan pasar terapung tersebut. Seawal pagi, pasar ini sudah dipenuhi
dengan shikara yang terdiri daripada penjual dan pembeli. Antara yang dijual
disini adalah sayur-sayuran, buah-buahan, pelbagai jenis bunga, rempah ratus, biji
benih, kain baju dan lain-lain lagi.
Pemandangan di waktu pagi
Suasana di pasar terapung ini begitu riuh-rendah dengan suara penjual
dan pembeli. Masing-masing berlaku tawar-menawar antara satu sama lain. Ada
diantara penjual disini yang boleh berbahasa inggeris, jadi anda tidak
mempunyai masalah apabila hendak membeli di pasar terapung ini. Tapi awas, ada
juga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi kepada
pelancong atau menjual barangan tiruan.
Itu la serba sedikit pengalaman saya ketika berada di Dal Lake pada Ogos 2017 baru ni. Jangan tanya segala kos pengangkutan, houseboat dan sebagainya... sebab syok sangat tengok pemandangan Dal Lake ni. Lupa segalanya. hahaha...
Untuk anda yang ingin melihat lagi foto saya di India, boleh follow saya di Instagram: @husein_rider
Itu la serba sedikit pengalaman saya ketika berada di Dal Lake pada Ogos 2017 baru ni. Jangan tanya segala kos pengangkutan, houseboat dan sebagainya... sebab syok sangat tengok pemandangan Dal Lake ni. Lupa segalanya. hahaha...
Untuk anda yang ingin melihat lagi foto saya di India, boleh follow saya di Instagram: @husein_rider
wahh menarik. bila agak nya nak sampai Kashmir ni
BalasPadambestnye dah sampai kashmir!
BalasPadamcantik tempat ni.. singgah sini sbb nak follow
BalasPadamindahnya kashmir.. teringin nk pegi
BalasPadamsunset lawa, bot lawa, bunga lawa semua yang ada kat sana semua lawa-lawa 😍😍
BalasPadambestnya travel.. suka gambar last tu..cantik bunganya
BalasPadamp/s lama x singgah sini