Incridible India: Taj Mahal, Semahal Nilai & Kenangannya
Pada tanggal 2 Ogos yang lalu, Husein pergi meninggalkan negara
tercinta untuk membawa diri ke negara asing yang langsung tiada di dalam
wishlist Husein sebagai negara yang paling Husein idamkan untuk pergi. Pada
asalnya, plan untuk pergi ke sana diajak oleh Kak Ema,selaku leader team
backpacker kami pada tahun lepas… kebetulan pada waktu itu tiket flight memang
murah, hanya lebih kurang RM600.
Negara yang Husein maksudkan itu adalah negara India.
India terkenal dengan tagline ‘Incridible India’. Jadi kami seramai
tujuh orang, iaitu Kak Ema, Kak Aju, Kak Oshin, Kak Diela, Kak Bee, Rafiq dan
Husein sendiri berpakat ke negara tersebut untuk menjelajah dan meneroka sejauh mana
incridiblenya India ni. Tiada tour guide, tiada pakej yang kami ambil… kami
hanya travel ke negara tersebut secara backpacker atau plan sendiri.
Bergambar dengan background bas awam yang cantik kat belakang.
Near side of Taj Mahal
The amazing Taj Mahal
Setiap kali berjalan-jalan sambil mendengar celoteh guide kami
bercerita, setiap kali itulah Husein tak lepas dari mengambil gambar di Taj
Mahal ni. Ada tiga kamera yang Husein pegang… kamera handset, Gopro Hero 5 dan
kamera DSLR… semuanya Husein guna untuk snap dekat Taj Mahal ni. Kadang kala pening jugak dah tak tahu mana satu nak guna.
Nampak tak betapa excitednya bila dah ada kat Taj Mahal. Lagipun tiket
nak masuk kat sini agak mahal iaitu 1000 rupee seorang, so kena la ambil kenangan
sebanyak mungkin kan. Kalau tak, tak berbaloi la bayar mahal-mahal.
Maksud perkataan Taj Mahal adalah Istana Mahal. Mahal merujuk kepada
nama isteri Shah Jahan, iaitu Maharaja ketika itu yang bernama Mumtaz Mahal.
Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666)
sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima yang
meninggal dunia. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. (Sumber:
Wikipedia)
Untuk pengetahun korang semua, kerajaan India sedang merangka untuk
membina Taj Mahal yang kedua yang berwarna hitam yang mungkin dinamakan sebagai
Taj Hitam sebagai lambang untuk kemegahan anak Shah Jahan
Sudah semestinya gambaran Husein tentang negara India ini adalah 100%
salah. Dahulu Husein menganggap India adalah sebuah negara yang kotor, tiada
adab, tiada kemajuan dan tiada apa yang istimewa sangat pun tentang India ni
melainkan hanya Taj Mahal sahaja.
The other building beside Taj Mahal.
The last part of India is negara ini terkenal dengan satu tempat yang
diberi jolokan dengan nama “Paradise on Earth” yang bermaksud Syurga di Dunia.
Alhamdulillah, Husein berkesempatan berada di sana untuk beberapa hari. Terlalu
banyak tempat yang cantik dan indah yang memukau pandangan seolah sedang berada
di satu dunia yang lain.
Nanti Husein akan kongsikan cerita tersebut pada entri akan datang.
Doakan moga Husein dapat kongsikan semua pengalaman di India dalam blog ini
dengan secepat mungkin. Terima kasih kerana sudi membaca.
wow..India ni memang ada dalam wishlist saya, probably sebab suka tengok filem Hindustan.hehe. Bestnya awak dah sampai sana.nanti share lagi.biasa dengar orang g India mesti pakej, tapi u olls kira berani lah
BalasPadamNasib la saya tak jumpa pelakon2 hindustan hari tu. Kalau tak, menangis la rakyat Malaysia melihatnya. hahaha
PadamBestnye dapat pergi melawat negara org. Teringin nak pergi Taj Mahal
BalasPadamSame like me before. Alhamdulillah dah sampai kat sini.
PadamIndia salah satu dlm wishlist yang dr tahun ke tahun terus bertambah tp entah bile nak sampainyer..ekekeke
BalasPadamPasang kan niat awal2.. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Padamcepat update pasal kawasan pergunungan yang lawa tu plak haha
BalasPadamakan datang... di pawagam berdekatan anda. hahaha
PadamSeronoknye.....Dahlah tempat pun cantik...
BalasPadamcantik gambar-gambarnya.. ada juga keinginan nak ke Yindia hehe tapi belom dapat greenlight dari mak. so simpan dulu hasrat. pergi mana yang mak kasi dulu..
BalasPadam