Wangi Setiap Masa Dengan DASHING Anytime EDT
Waktu dulu, mungkin
lelaki tak ambil cakna sangat pasal masalah bau badan. Sebab dulu suhu
persekitaran tak lah panas sangat. Tapi sekarang, lapisan ozon semakin menipis
dan persekitaran makin panas. Antara buktinya, sekarang dah banyak surau dan
masjid yang pasang aircond, tapi dulu… nak rasa solat dalam aircond pun susah.
Bila dah panas,
tentulah badan akan senang keluarkan peluh. Bila berpeluh, mestilah badan akan
cepat berbau.
Kat luar sana, dah
banyak produk dikeluarkan untuk mengatasi masalah bau badan terutamanya untuk
kaum Adam. Tapi berkesan ke? Untuk pengetahun korang, dah banyak produk cuba
untuk mengatasi produk Dashing terutamanya bila Dashing keluarkan
semburan wangian Dashing Anytime EDT.
Bila kawan Husein
tengok semburan wangi Dashing ni, masing-masing semua berebut tau nak
pilih mana yang berkenan dan wangi yang sesuai dengan selera masing-masing. Lagi-lagi
bila seorang hero nak menunaikan solat Jumaat dengan wangian serba harum ni.
Cair la anak dara yang tercium bau semburan ni.
Semburan wangian Dashing Anytime
EDT hadir dengan 4 variasi yang unik:
- Cool
Haruman maskulin ini sangat menyegarkan.
Didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi
Amber dan Kasturi. Wangian ini direkakhas untuk mencipta gaya maskulin yang
“cool”
- Active
Khas untuk si jejaka lasak yang suka
pada kehidupan aktif. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan
dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan gaya aktif
korang.
- Ultimate
Kick
Ultimate Kick berkonsep ala musim panas
yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan
dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.
- Hattrick
Wangian Hattrick menyemarakkan semangat
dan mendorong individu untuk menjadi lebih hebat. Gabungan unik kesegaran epal sitrus
diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber. Semestinya keempat-empat
variasi ini tidak boleh dilepaskan oleh korang semua.
Apa yang
paling istimewa tentang wangian ni adalah didatangkan dengan saiz yang kecil.
Sesuai sangat la bagi Husein yang kadang-kadang travel sana-sini... nak letak
semburan botol yang besar gedabak tu memang tak la. Lebih baik bawak yang kecil
ni, senang nak dibawa kemana-mana. Yang penting, harumannya pun kekal
berpanjangan dan menarik perhatian sesiapa yang terbau.
Cepat grab
semua wangian ni. Kalau tak beli semua, beli salah satu pun dah cukup sebab
akan membantu korang dalam keadaan terdesak dengan bau badan. Korang boleh
simpan dalam beg dan dashboard kereta... even dalam poket seluar pun boleh
muat. Dengan harga RM7 sebotol, benda alah ni memang sesuai sangat dan
berbaloi.
hoh... mewangi la jwbnye husein pasni yek... hehee
BalasPadamsenang kecil je benda ni. masuk poket settle hehe bebila nak guna pun senang..
BalasPadam