SASBADI Memaparkan i-LEARN ACE Untuk Pendidikan Pada Smartphone Anak Anda

ASSALAMUALAIKUM...

Zaman sekarang, kemajuan teknologi dah makin berkembang sehari demi sehari. Anak-anak kecik pun dah pandai tekan handset mak ayah sebab nak main game. Mak ayah pun sama… asyik ngadap handset je. Sekarang, budak sekolah rendah pun dah ada handset satu sorang. Zaman Husein dulu, perkataan handset pun masih tak tahu nak beza lagi.

Sekarang, pendidikan negara kita berada di satu tahap yang lebih tinggi sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan moden. Zaman sekarang pun ibubapa seolah-olah dah tak boleh kawal penggunaan handset anak-anak. Setiap masa, mereka asyik ngadap handset untuk main game je… lepas tu, bila la ada masa terluang untuk ulangkaji pelajaran pulak kan?

Tapi sekarang dah ada cara baru yang lebih sistematik untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak anda iaitu dengan menggunakan aplikasi mudah alih i-LEARN ACE melalui telefon mudah alih anak-anak anda.

i-LEARN ACE ni menyediakan ulangkaji bukan saja dalam bentuk online tapi secara offline juga.  i-LEARN ACE ini mendapat kerjasama daripada syarikat penerbitan yang terkenal di Malaysia, iaitu SASBADI. Sama ada anda adalah guru atau ibubapa, anda dapat berinteraksi antara anak murid atau anak-anak anda dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yang sama. Walaupun anda berada di pejabat atau rumah bahkan diluar negara sekalipun, anda mampu memantau mereka dengan senang melalui aplikasi ini.

i-LEARN ACE ini dilengkapi dengan fungsi:
Nota: ada lebih dari 100,000 fakta serta dilengkapi dengan fungsi edit andai anda mahu menambah catatan nota tersebut. Nota tersebut juga amat mudah difahami dan mudah dicari. Nota disediakan oleh syarikat penerbitan SASBADI.

Mind Map: Mengubah peta minda sendiri dengan unik. Dilengkapi dengan foto, video dan audio.

Penilaian: Dapat membuat latih tubi dengan 100,000 koleksi soalan. Anda juga dapat memilih aras kesukaran dan disertakan dengan kertas percubaan format peperiksaan terkini.

Kemajuan: Dari sini lah, anda (ibubapa dan guru) dapat analisis laporan kemajuan anak/murid dan menentukan kelemahan mereka. Analisis dan rekod ini akan dikongsi secara automatic kepada anda.

Ganjaran: Dalam aplikasi ini juga terdapat permainan game yang bermanfaat. Untuk bermainnya, anak anda perlu membuat latih tubi dengan banyak untuk mengumpulkan token.
Kamus: Jika anak anda perlukan terjemahan bahasa lain, dalam i-LEARN ACE ini turut disertakan dengan kamus elektronik yang mengandungi lebih dari 15,000 perkataan Melayu-Inggeris dan kira-kira 35,000 perkataan Inggeris-Melayu.

Video Tutorial: pakej ini hanya untuk SMK atas(tingkatan 4 & 5 saja). Video memaparkan demontrasi teknik menjawab soalan peperiksaan yang tepat dari Dr. Raj, pakar dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aplikasi Mudah Alih: latihan boleh dibuat secara offline, tapi untuk mensinkronisasi rekod dan markah latihan hanya dapat dibuat apabila mendapat akses internet sahaja.

Tugasan: Guru dapat menyediakan dan mengirim tugasan latihan ke semua akaun murid dengan mudah walaupun mereka berada di tempat yang berbeza. Anda boleh tengok rekod mereka dengan mudah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kelas.

Sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

Bagaimana nak dapatkan i-LEARN ACE ni??
Senang je. Anda hanya perlu ke laman web www.ilearnace.com/ dan terus daftar/register mengikut tiga kategori iaitu samaada anda adalah murid, ibubapa atau guru. Penuhkan ruangan yang disediakan dan tekan register. Siap. Tapi anda hanya akan dapat tujuh hari trial sahaja jika daftar secara percuma. Lepas tu dah tak boleh guna dah.

Bagaimana nak DAFTAR PENUH?

Anda hanya perlu telefon daripada Agen i-LEARN ACE yang sah iaitu, Muhammad Amir Ikram di talian 010-867 9098 dan letakkan agen kod beliau semasa anda hendak mendaftar/register tadi: MY43978414. Melalui agen ini, anda akan dapat pelbagai keistimewaan antaranya, buku-buku nota yang berharga RM6750 daripada syarikat SASBADI dalam bentuk hardcopy dijadikan dalam bentuk software ini dengan harga RM350 sahaja. Dalam setahun ada 360 hari, bermakna anda akan dapat satu nota untuk satu hari. Jimat kan?? 

Jadi lepas ni kena bagitau semua sedara-mara, jiran, kenalan, dan guru-guru, yang kita dah ada satu cara yang sistematik untuk pendidikan anak-anak atau anak murid kita. Semua orang kena cuba tau.

1 ulasan:

  1. Apabila adanya kombinasi game pelajaran dengan function lain ia melengkap lagi aplikasi i Learn Ace yang boleh digunakan melalui telefon mudah alih. Kerjasama dengan SASBADI memberi faedah yang baik untuk pengguna.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.