Boat Shoes Untuk Tampil Bergaya

Siapa tak tahu apa boat shoes? Bagi lelaki yang sentiasa mahu tampil bergaya, boat shes merupakan salah satu jenis top shoes untuk digayakan di seluruh dunia. Boat shoes kalau anda translate ke Bahasa Malaysia secara langsung, anda akan dapat ayat “kasut kapal”. Macam jenaka pun ada bunyi ayat itu. Tapi sebenarnya, boat shoes memang direka khas dari dulu untuk orang yang kerja kapal kerana ia diperbuati getah jadi ia kalis air dan senang dipakai atas kapal. Zaman berubah dan reka bentuk boat shoes masih dikekalkan namun apa yang moden ialah jenis bahan yang digunakan untuk pembuatannya. Jom kita tengok apa boat shoes dan cara menggayakannya.

1. Jenis boat shoes

Boat shoes zaman sekarang banyak jenis ya. Ada yang diperbuat dari kulit sintetik atau kulit asli  dan juga kanvas. Setiap jenis boat shoes memberikan gambaran berbeza terhadap gaya pakaian lelaki. Untuk tampak lebih kasual dan bergaya, pilih boat shoes jenis kanvas kerana ia tidak nampak terlalu serius. Bagi lelaki yang mahukan gaya lebih formal, pilih boat shoes jenis kulit sintetik atau kulit asli.

2. Gaya kasual boat shoes canvas

Cara memakai boat shoes canvas mudah sahaja. Pakaian lelaki seperti kemeja putih, hitam atau kelabu paling sesuai kerana tidak nampak terlalu kecoh. Tapi kalau anda jenis yang menyukai perhatian, pilih kemeja yang mempunyai corak atau warna terang. Pasangkan dengan boat shoes dan gaya kasual anda akan lengkap.

3. Gaya formal boat shoes kulit
Pilih boat shoes kulit asli atau sintetik mengikut cita rasa dan budget masing-masing. Lelaki bekerjaya yang mahukan gaya berlainan dari yang lain boleh memilih untuk menggayakan boat shoes di ofis atau semasa mesyuarat. Pasangkan boat shoes anda bersama kemeja lengan panjang mengikut siaz betul dan seluar formal hitam untuk tampak lebih bergaya.

Adakah anda mempunyai boat shoes? Kalau tidak, masa untuk dapatkan sepasang hari ini!

1 ulasan:

  1. Great post! Nice article about shoes. Thank you for sharing this post.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.