Satu-satunya Chicken Cottage di Malaysia
Terengganu memang terkenal dengan
pelbagai makanan tradisional yang menyelerakan. Agak susah kalau nak Husein
senaraikan semua sekali makanan tradisional yang ada, tapi kalau sebut keropok
lekor memang konfem semua ingat negeri Terengganu. Kalau datang kat negeri ni,
tak sah kalau tak rasa keropok lekor.
Tapi adakah korang tahu yang kat Terengganu
ni jugak terdapat satu-satunya Chicken Cottage kat Malaysia. Apa tu Chicken
Cottage? Chicken Cottage ni adalah sebuah restoran macam ala-ala McD atau KFC
gitu…. Tapi ia mempunyai satu masakan special yang takde kat McD atau KFC iaitu
Chicken Grill. Kat sini memang famous dengan masakan tu. Kalau tak rasa, takde
feeling la.
Antara menu makanan yang disediakan disini.
Chicken Cottage ni jugak adalah
sebuah restoran yang berasal dari negara barat. So jadinya, semua resepi dan
masakan yang ada kat sini diambil dari negara barat termasuk Chicken Grill
tadi. Rasanya memang sedap woo… lain dengan chicken grill yang biasa kita jumpa.
Tapi apa yang kurang memuaskan hati
Husein sebagai pelanggan yang datang adalah harga dia. Husein makan Half
Chicken Grill+ Beef Burger+ Fries+ Air Berkarbonat= RM 31.80. Nak makan
sekali-sekala boleh la, kalau tiap-tiap hari makan boleh lesap duit PTPTN
Husein. Hahahaha….
So, this is the only one Chicken
Cottage in Malaysia. Dengar katanya akan dibina jugak kat Johor tapi tak tau la
siap bilanya. Kalau korang nak datang sini, boleh rujuk alamat ni: Chicken
Cottage, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu atau korang boleh search
terus dalam google maps. Senang kan.
Husein makan dulu.
nampak macam sedap aje.
BalasPadamwalaupun harga mahal, kalau sedap..tak kesah repeat sekali-sekala. hoho..
Wow. Nampak macam sedap. Tapi jauhnya sampai ke Terengganu.
BalasPadamJemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
hohoho.. menggoda haih gambar2 ni semua..
BalasPadam