Percutian Bajet ke South Island, New Zealand
Setelah berhempas pulas rancang, bincang, cancel, kurang
ahli tambah ahli maka, FINALLY! 5 orang sekawan berjaya mengharungi perjalanan
selama 13 hari di Melbourne (1 hari sahaja transit) + South Island. Aminnn.
Alhamdulillah.
Budget asal RM3000 tapi bertambah menjadi RM3500/pax
(sila tengok budget guidlines di bawah). Flight ticket,
kereta sewa, minyak kereta, groceries, hostel, motel, hotel, entrance fee,
parking. Sebab masa start booking ringgit masih okay, tiba-tiba merudum, maka
budget pun bertambah. Harap maklum..
Budget guidelines per person:
1) Visa/ETA Aussie
RM20
2) Maxi Taxi - airport transfer to Tune Hotel Melbourne
return (MELBOURNE)
RM26
3) Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg
share, insurance)
*luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak
masuk yang yang sendirian berhad.
RM950.60
4) Flight ticket : Jetstar Melbourne-Christchurch-Melbourne
(Luggage, insurance)
RM619.55
5) Hotel/Motel/Holiday Park (Melbourne & South Island) -
13 malam
RM942.37
6) Kereta sewa (1.8ltr Nissan Sylphy 4dr sedan or similar)
RM225.10
7) Minyak kereta plus parking
RM225.00
8) Groceries shopping
RM200
9) Milford Sound cruise ticket
RM173.27
10) Gondola Skyline Queenstown + 2 Luge ride
RM129.95
TOTAL : RM3511.84
Belanja masing-masing. Nak tanya soalan boleh tanya.
Silakan.
Cebisan perkongsian tentang South Island dari kami:
1) Selamat. Kalau nak jalan-jalan sorang pun boleh. Ladies,
pack your back!
2) Sila patuhi had laju, masuk town wajib slow kan had laju.
50kmj saja.
3) Bila dekat-dekat selekoh akan ada signboard road degrees,
jadi agak-agak la nak drift ok?
4) TAKDAK TOL. BEBAS TOL.
5) Minyak depa guna ron91. Harga minyak ubah-ubah setiap
hari dan tak sama harga untuk setiap jenama/stesen.
6) Cuaca tak menentu, boleh cloudy, hujan, sunny dalam masa
1 hari. Matahari terik sangat-sangat tapi sejuk smpai 10 darjah celcius. Konfem
burn sebab dok tadah muka kat matahari bila sejuk.
7) Rate currency rendah, rendah dari singapore. Tapi barang
mahai. Souvenir memang mahai, kalau di Melbourne 1 pack 6 ketui fridge magnet
10Aud tapi kat NZ seketui 3-4NZD
8) Susu murah! Satu botoi besaq 2-3Nzd lemak berkrim. Cuba
minum whittakers chocolate milk. Ya ampunnn. Sedap sungguh. Tapi mahai sikit.
9) Try Blue Bird potato chips! 3pcs 5nzd. BUT just buy the
vege flavour like onion, salted! Tim Tam pun banyak flavor pastikan halal baru
beli! (SILA RESEARCH BETUL-BETUL SEBELUM MAKAN!)
10) Biri-biri along the route banyak gilaaaa. Setiap kali
jumpa mesti excited. 13 hari guys jerit kat biri-biri.
11) Angin dia tak main-main. Masa kat Elephant Rocks angin
tersangat kuat. Rasa macam nak terbang dah. Huahua. Kalau berat badan tu
ringan, sila berhati-hati. Tudung pin ketat-ketat.
13) Kat sana kami masak. Pagi, tengah hari dan malam.
Hari-hari makan nasik! Lauk hari-hari ayam! Ayam sambal, ayam kari, ayam masak
lomak, ayam goreng, tomyam ayam! Thank you Brahim's!
14) Ayam ada cop halal hanya Brink's chicken certified by
FIANZ. Boleh rujuk http://brinks.co.nz/faqs
15) Kami selalu beli groceries kat Pak N Save atau Fresh Choice.
Pukui 7.00 pagi dah buka dah.
16) Kami berada di sana dalam musim spring, siang jadi
panjang. Pukui 8.30 malam dok cerah lagi macam 6.00 petang.
17) Susah nak jumpa manusia, kebanyakkan penghuni South
Island ni orang-orang yang dah berumur/tua.
18) Perjalanan seeloknya waktu siang, sebab malam kelam
takdak lampu jalan dan susah nak selisih dengan kereta-kereta lain. Siang pun
takdak kereta lalu lalang, apatah lagi malam.
19) Kebanyakkan mall kat sana pukul 6 dah tutup, kami ke
mall sebab nak tukaq duit. Tapi kecewa sebab 6 petang semua dah tutup ahahah!
20) LESEN Malaysia boleh digunakan di sana, lesen yang baru
tu tauuu, bukan lesen laminate tu hehehe :P
21) JANGAN TIDOQ! Enjoy the view :)
Cerita ini ditulis oleh Intan Asmira dan dikongsi dengan izin beliau.
wah bestnyer jejalan..
BalasPadamfuhh..teringin jugak nak pi sana satu hari nanti.
BalasPadamwow bestnya. ok nak kena ke sana juga nanti hehe
BalasPadamtakut untuk ke luar negara huhu bercuti dalam Malaysia sajalah..
BalasPadamahaha ingatkan Husein join the trip.. baru nak nyakat diapit bunge2..
BalasPadam