Review: Samsung Galaxy S Advance GTI9070

ASSALAMUALAIKUM...

Di zaman yang semakin maju ni, makin banyak gadjet-gadjet yang canggih yang makin membuatkan kita rambang mata. Ditambah pula dengan jenama-jenama gadjet yang baru seperti Lenovo, OPPO dan sebagainya. Kalau zaman sekolah nakal-nakal dulu, hanya terkenal dengan jenama Nokia, Sony dan Samsung je.

Ohh.. cakap pasal jenama Samsung, Husein pernah pakai Samsung Galaxy S Advance GT19070. Actually, ianya adalah hadiah sempena birthday Husein yang lepas daripada diri Husein sendiri. Sob... sob... sedih sebab takde sape yang nak bagi kita hadiah sempena birthday kita. Emmmm.... Lepas ni korang kena bagi sorang satu hadiah untuk birthday Husein yang akan datang ok. hehe...

So, apa yang membuatkan Husein nak sangat pakai handset ni? Apa yang istimewa sangat? Nak tahu?.. Jom baca lagi.....

Kamera
Dengan kamera belakang 5 MP, membuatkan hasil gambar yang terhasil agak memuaskan dan jelas. Juga mempunyai LED flash light untuk mendapat gambar yang lebih jelas terutama ketika berada dalam keadaan gelap. Kamera depan pula 1.3 MP, sudah cantik dan jelas untuk anda yang gemar ber'selfie'.
Hasil gambar menggunakan kamera handset ni. Nak tahu cerita disebalik gambar ni? Boleh klik Gedung Kristal, ASFOUR di Mesir

Spesifikasi
- Android OS, v2.3.6 (Gingerbread), upgradable to v4.1.2 (Jelly Bean)
- Dual Core
- 8GB internal
- 768 RAM
- micro SD, up to 32GB

Skrin
Skrin yang bersaiz 4.0 inci memudahkan seseorang itu hanya letak dalam poket seluar terutamanya lelaki. Saiz sebegini tidak membuatkan poket anda terbonjol besar. So, ianya senang dibawa kemana sahaja. Kadang-kadang letak dalam poket baju pun muat.

Game
Handset ini bukanlah dicipta untuk bermain game. Oleh itu, bagi anda yang selalu muat turun aplikasi game banyak-banyak, handset ini bukanlah handset yang sesuai untuk anda kerana RAM yang disediakan adalah 768 MB. Cukup sekadar 2 3 aplikasi game sudah memadai. Walaubagaimanapun, bagi pendapat Husein sendiri, semua handset adalah sama, iaitu tidak sesuai untuk dimuat turun aplikasi game terlalu banyak.

Bateri
Dengan kekuatan bateri Li-Ion 1500 mAH, mampu bertahan sepanjang hari. Bergantung kepada cara penggunaan anda. Terkadang anda mesti cas bateri ini dua kali sehari.

Warna
Terdapat dua jenis warna menjadi pilihan anda. Hitam atau Putih.
Gambar: Ihsan dari Google Image

Diharap dengan sedikit review ini dapat membantu anda untuk memilih handphone yang anda impikan selama ini dengan baik. Untuk apa sahaja review, promosi dan iklan daripada Husein, boleh hantarkan emel anda ke husenmail@gmail.com.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

8 ulasan:

  1. dulu luqman ada gak pakai samsung yg lebih kurang mcm nih..tp dah ranap dah...huhu

    BalasPadam
  2. Oh kecil saja saiznya.. err.. atau tangan yg pegang tu yang besar? *hihi* kurang arif tentang gadjet

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Kadang2 muat utk letak dlm poket baju.

      Padam
  3. harga mampu milik kalau spec samsung macam ni.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. yup.. kualiti gambar jugak agak memuaskan. Tapi sayang, xde auto-focus. Kalau ada, lagi cantik kot gambarnya.

      Padam
  5. saya peminat samsung juga... so far memang puas hati dengan gambar2 dari camra samsung ni.... mmg puas hati..

    BalasPadam
  6. Dulu pengguna terbaik samsung.. tapi sekarang tetiba berubah pulak nak guna yg lain... pape pun samsung mmg terbaim :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.