Jejak Mesir: Matrouh Siwa PART 2

ASSALAMUALAIKUM...

Anda terlepas PART 1? Klik disini.

I continued my ''Jejak Mesir'' for this part to the place that I never find out before. Trip for this Part 2 is quite dangerous and adventure for me because I must climb and also walk away through the dessert with the hot degree celcius. But it is nothing for me to find out a beautiful place and looking for a priceless experience. In this part, you will find out the place called ''Tempat Mandi Permaisuri Firaun'' and ''Tasik Garam'' in Egypt. I will start with Tasik Garam first.

Orang tua lebih banyak makan garam dari orang muda. Yup, itu adalah perumpamaan bahasa melayu yang bermaksud orang tua lebih banyak pengalaman dari orang muda. Kat sini, Husein boleh 'makan garam' banyak perkara. (Ohh.. aku dah tua ke?...uhuk..uhuk..batok siket.)

Pertama adalah bagaimana Allah ciptakan tasik di tengah kawasan yang hampir kering kontang. Seolah-olah berada di padang pasir yang no body at home. Tak nampak batang hidung sape-sape pun kat sini. Lagilah nak tengok rumah-rumah atau kawasan penempatan kat sini. Suhu kat sini pun agak panassssss. Tapi itu semua membuatkan Husein berfikir yang tiada apa yang mustahil disisi-Nya. Jika Dia berkehendakkan sesuatu, it's nothing can stop him.
Tasik ini dinamakan Tasik Garam kerana ianya dipenuhi dengan garam dan airnya pun sangat masin. Husein dah try celuk jari dan jilat sikit airnya. Rasa macam minum air laut satu tong..hahaha..Tahap kemasinan air tasik ni sangat tinggi sehinggakan apabila korang celuk tangan dalam air tasik ni akan meninggalkan kesan garam pada tangan korang apabila ianya kering. Tapi perkara yang paling best sekali kat sini adalah korang boleh tengok sendiri garam semulajadi yang belum di proses dari kilang dan korang boleh bawak balik garam tersebut sebanyak mana yang korang suka kat rumah sebagai buah tangan. Bagi kat family untuk letak dalam masakan. Nanti tak payah susah-susah beli kat kedai mini market.
The next pitch stop is Tempat Mandi Permaisuri Firaun. I wonder what it is look like. Kalau korang ada follow Instagram Husein mesti korang dah lama perasan yang Husein ada share gambar kat sini dulu-dulu.(Jemput follow Instagram: husein_rider). Tempat mandi permaisuri Firaun disini adalah di tepi pantai. Untuk melihat dengan lebih dekat tempat tersebut korang perlu berjalan melalui batu yang licin time air surut, atau berenang time air pasang. Alhamdulillah, time Husein sampai air masih lagi surut. So, tak payah susah-susah untuk berenang dengan air yang sejuk. Cuma kena hati-hati sikit dengan batu yang licin takot sudah jatuh di timpa tangga plak.
Tempat mandi permaisuri Firaun. Air dari pantai akan sentiasa masuk melalui celah lubang.
Nampak lubang ditengah tu? Kat situ lah tempat mandi permaisuri Firaun.

Bagi korang yang berani, korang boleh mendaki puncak tempat ini sendiri. Tapi awas, struktur tempat ni sangat cerun. Tapi bila dah sampai kat puncak, rasa macam nak jeriiiitttt kuat-kuat sampai korang sendiri dengar. Pemandangan dari atas puncak pun sangat cantik....boleh tengok hampir seluruh kawasan pantai bersama angin yang mendayu-dayu dan suara ombak yang mengusik kalbu.
Antara site of view paling cantik kat sini
Yeaahhh.... Sampai jugak akhirnya. I'm at the top of view.

Alhamdulillah, gembira dan tenang je pergi kat sini. Boleh snap gambar banyak-banyak kat sini untuk diabadikan sebagai kenangan. Tapi Husein tak mampu nak tunjukkan korang sume gambar... tu tak termasuk gambar Husein tengah takut dengan ketinggian lagi..hahaha. Bagi korang yang plan untuk holiday atau travel ke Mesir, jangan lupa masukkan tempat ni dalam list travel korang. Memang tak rugi pergi kat sini.

Next trip adalah di Jabal Mauta, atau Bukit Maut. Kenapa dinamakan Bukit Maut? Adakah Husein berpeluang untuk melihat sendiri mumia Mesir disini? Semuanya akan Husein cerita pada Part 3 akan datang.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

14 ulasan:

  1. I am your silent reader at this blog..keep writing about ur travelogue again,again and again ........
    kalau nak pergi travel kat Mesir BOLEHLAH ABG JD TOUR GUIDE..DAH HABIS BELAJAR KE?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq aiman for reading my blog.
      InsyaAllah, Abg akan tlg setakat mana yang mampu. I'm still student here.

      Padam
  2. Memang terbaik la kalau nak baca pasal mesir di blog nie.. alhamdulillah untung sungguh belajar mesir..kan.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bro afif. Tak kisah lah belajar mana-mana pun. Sumenya ada kelebihan masing-masing.

      Padam
  3. SeronoknyA blh tgk tempat org. Jauh perjalanan luas pengalaman.

    Kumpul duit dan ilmu utk ber travel one fine day, insyaAllah

    BalasPadam
  4. Woweeee..bestnya jln2 tgk ciptaan allah

    BalasPadam
  5. nice bro..banyakkan lagi perkongsian gambar menarik.hehehe

    BalasPadam
  6. Pengalaman luar biasa dan menarik.

    BalasPadam
  7. Nice.. teringin nak pergi sana.. i wish one day boleh jejak mesir.. insyaAllah.

    BalasPadam
  8. Assalam...hi its me Julia Johari...anyway pernah dulu2 open your blog tau...and then this entry sangat menarik perhatian saya...ya Allah semakin jauh mengembara di dunia Allah ni semakin tak terkata2...siapa sangka lautan garam tu adalah keaijaban yg sgt2 pelik...julia sebenarnya mmg minat sesi travelogue...tp jika husin masuk blog saya...travelogue saya hanya sekitar di malaysia sahaja...tp saya suka baca travelogue mcm ni...sekurang2nya jika saya tak pergi secara benar, tp mata dan hati saya dah pergi ke sana secara spontan...Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam Julia Johari...kite pun sometime ade singgah blog Julia. Saya dah baca pengalaman Julia pergi travel. Sangat cantik dan best. Masing-masing ade pengalaman masing2 pergi travel.. then we share to our readers.

      Padam
  9. ouh.. jeles di sini. rugi kalau dah pergi tapi tak libatkan diri dalam adventure2 yg mencabar tu. kongsikan lagi tau. lebih gambar pun xpe. tp, yang kolam permaisuri tu, memang betul ke kisahnya? mmg kolam permaisuri tu? kalau diikutkan, memang logik. nanti kasi pencerahan sikit ya ^^ tkasih

    BalasPadam
  10. wahhh bestnya... yg paling menarik, pasal garam tuu. teringin nk pergi. huhu

    http://belogcikoreo.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. garam tu banyak mineralnya . boleh calit jer kat lidah mlm sbm tidur dan pagi selepas bangun tidur . rasulullah pun calit jer kat lidah kan ... banyak manfaatnya utk kesihatan .

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.