Terbang ke Bumi Anbiya' dan Firaun.
Hari ni hatiku berbelah bahagi. Antara sedih :-( dan gembira :-) kerana hari ni lah aku akan berpisah dengan keluargaku dan akan kembali menyambung pengajian di Al-Azhar,Mesir.. Dan sekarang aku tengah update blog ni kat KLIA. Aku juga turut sedih sedikit kerana ramai sahabat-sahabatku tidak dapat hadir ke 'airport' kerana masalah mereka dengan sibuk untuk belajar. Nak-nak, Pojan, kawan baik ku sejak sekolah menengah lagi tidak dapat hadir ke KLIA kerana dia akan menghadapi 'exam' keesokkan harinya.Takpe, lain kali insyaAllah kite akan bertemu di lain hari.
Dan sekarang ni, aku tengah tunggu 'flight' untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dari KLIA. Hati ku sekali lagi menjadi tak tentu hala kerana dibiarkan oleh KERAjaan Terengganu di KLIA selama hampir 12 jam di situ. Aku menjadi bengong,.. adakah KERAjaan sangat miskin untuk menyewa sebuah hotel untuk kitorang ini atau KERAjaan tidak berkesempatan untuk membuat urusan menyewa hotel??? Padahal, hotel disini tersangatlah dekat dari KLIA ini.
InsyaAllah, dengan menaiki pesawat EGYPT AIR dalam pukul 12 tengah malam nanti, aku akan meninggalkan bumi Malaysia yang tercinta.. tanah tumpahnya darahku.. Dan terus ke Kaherah untuk meneruskan pengajianku
Entah bile la lagi aku akan ke Tanah Air ku lagi..
Tiada ulasan: