Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis

Sudut disini mempunyai beberapa episod. Tidak diketahui berapakah bilangan episod itu tetapi yang pastinya sudut ini di hasilkan supaya menggambarkan dengan lebih jelas bahawa mukjizat Al-Quran tersebut yang sangat banyak untuk diperkatakan. Selain itu, sudut ini juga untuk berkongsi pendapat Rider tentang keistimewaan Al-Quran tersebut sehinggakan mungkin sebahagian daripada kita tidak sedar bahawa Al-Quran mampu menjadi 'kawan' kita yang dapat membantu kita ketika kita berada dalam keadaan susah dan senang seterusnya membawa kita ke arah mendekatkan diri kita(mutakarribin) kepada Tuhan sekalian alam.


Sesungguhnya Kitab Allah Al-Quran nul Karim mempunyai peranan yang besar di sisi setiap orang Islam;dialah nur(cahaya) yang bercuaca yang dapat menunjuki insan,dia juga ialah ruh yang dapat menghidupkan hati dan dia lah jalan yang lurus; sedang telah cukuplah Allah Ta'ala memelihara Kitab Sucinya ;manakala Dia telah memberitahu Al-Quran ke atas gunung-ganang, nescaya mereka akan pecah berkecai (dek tersungkur sujud kepada Allah), di mana Dia sendiri berfirman:

''Seandainya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung,pastilah kamu akan melihatnya tunduk pecah berkecai disebabkan takut kepada Allah dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami kemukan untuk manusia agar mereka berfikir.''  -Surah Al-Hasyr:21

Dan Allah menempelak kalangan orang mukmin di kala turunnya wahyu dengan firmanNya:

''Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman (di mana) hati mereka akan tunduk untuk mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah Kami turunkan (kepada mereka).''  -Surah Al-Hadiid: 16


Seandainya lembut dan lunak hati, akan bergenanglah air mata (lalu memilih keluar sesudah menggenangi kelopaknya ) di kala membaca Al-Quran , di mana sifat ini merupakan suatu kelakuan (ciri) daripada kelakuan-kelakuan atau sikap Golongan As Salaf(Generasi Awalan) - ridhwaanallahi 'alaihim.

Episod-episod seterusnya akan menyusul dan akan menyebutkan sebahagian berita mengenai hal dan perhatian serta sikap mereka.

Sudut ini juga sesuai bagi mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam yang masih 'bertatih' untuk mengenali Al-Quran dan agama Islam itu sendiri. 

Semoga akan sudut ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan segala yang baik itu datang daripada Tuhan Yang Maha Agung dan semua yang tidak baik itu datang daripada kelemahan diri Rider sendiri yang perlu Rider perbaiki. -Wallahu'alam.
  

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.