Kem Remaja Dun Tepoh

Seramai hampir 30 orang pelajar dari seluruh kawasan Dun Tepoh menyertai Kem Remaja yang dianjurkan oleh pihak ahli jawatankuasa PAS Dun Tepoh. Kem tersebut turut dihadiri oleh para graduan Universiti Al-Azhar,Kaherah. Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik.Antaranya..aktiviti meredah pantai,ta'aruf,aktiviti bersama Unit Amal yang dijemput khas dan lain-lain lagi.

sesi membahagikan kumpulan.. aik??? kenapa semua orang tutup mata? kena jadi tahanan ISA ke?
Antara fasilitator-fasilitator yang dijemput memeriahkan kem tersebut termasuklah Mohd Khairul Aiman(ketua fasilitator),Ahmad Shahrir b. Alias, Ahmad Husaini bin Mohamad ,Mohd Firdaus b Mat Lazim,Abdul Salam b. Mohd, Che Amiruddin b Che Su, Afiq Aiman b. Ahmad Sabri, Mohd Arif b. Biha, Mohd Shafie b. Mohd dan beberapa fasilitator-fasilitator graduan Al-Azhar yang lain.

nampak bersahaja je abang-abang fasi kite ni... Tak de kerja ke???
Pada sebelah pagi hari pertama, para peserta dikehendaki berkumpul di dewan yang disediakan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas berhubung dengan kem ini serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Nama-nama kumpulan tersebut diambil sempena dengan nama sahabat-sahabat Nabi.
para peserta sedang membuat tugasan yang diberikan

salah seorang fasi yang sering dianggap garang oleh sebahagian peserta.. 

Pada sebelah petang pula para peserta di hiburkan dengan sedikit senaman petang dan permainan Kotak Beracun. Menurut salah seorang fasilitator, pada perancangan awalnya para peserta berpeluang untuk pergi ke pantai berhampiran bersama fasilitator-fasilitator yang hadir, tetapi hujan yang menjadi penghalang untuk aktiviti itu berlangsung dan diganti pada keesokkan harinya.
kenapa berkumpul ni?? kena denda eh..:-)

Pada keesokkan harinya para peserta berpeluang pergi bersama-sama fasilitator ke pantai berhampiran bertujuan merapatkan lagi hubungan antara peserta dengan fasilitator. Antara aktiviti yang dilangsungkan di pantai tersebut adalah permainan bola sepak tanpa menggunakan kaki dan bermain bola sepak bersama fasilitator yang hadir.

aikk.. kenapa tak kejar je bola tu??  kenapa semua orang duduk je ??
ok..hari ni saya nak kamu semua main bola tanpa menggunakan kaki.. guna akal je.. hahaha..

salah seorang fasilitator, Abd Salam, sedang men'control macho' apabila gambarnya di ambil
Kem tersebut telah berakhir pada sebelah tengaharinya dan para peserta boleh pulang ke rumah masing-masing.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.