Macam Mana Nak Jimat Guna Sabun Muka & Badan??

ASSALAMUALAIKUM...


Zaman sekarang semua benda nak kena jimat. Jimatkan amalan mulia. Bukan setakat duit, elektrik pun kena jimat, air pun kena jimat, makanan pun kena jimat… dan paling sensitif pasal jimat ni adalah minyak petrol. Ibarat dah macam kena isi hari-hari. Minyak dah mengalir macam air dah. Huhu

Oleh kerana semua orang dah sedar tentang pentingnya perkara yang berkaitan dengan jimat ni, maka mestilah semua benda nakkan kelainan.

Termasuklah dalam bab penjagaan badan dan muka. Yang paling Husein selesa pakai adalah DASHING Face and Body Wash 2 in 1. Kenapa pilih yang ni? Sebab produk penjagaan DASHING kali ni mempunyai dua formula iaitu untuk penjagaan badan dan muka dalam satu masa sekali gus. Jimat kan!! Penjimatan yang macam ni la yang patut korang rebut.

Sebab edisi kali ni didatangkan dengan 4 versi haruman pilihan korang. Korang pilih je mana haruman yang memikat hati sama ada COOL, ACTIVE, ULTIMATE  KICK dan HATTRICK. Lepas tu terus dapat rasa macam mana haruman tu melekat kat badan korang. Lepas mandi je badan terus rasa segar dan harum berpanjangan.
Yang paling Husein suka adalah haruman HATTRICK sebab bau dia lembut dan terpesona. First time guna haruman ni terus jatuh cinta. Selain tu, untuk versi HATTRICK ni juga didatangkan dengan formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Untuk haruman ULTIMATE KICK, mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

Bagi haruman COOL dan ACTIVE, masing-masing mempunyai daya tarikan maskulin lelaki. Haruman COOL ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin. Untuk ACTIVE pula sesuai kepada lelaki yang tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa kerana mempunyai gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber.
DASHING 2 in 1 ni sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. Pada waktu siang amat sesuai untuk dapatkan haruman yang berpanjangan dan kulit muka yang segar. Untuk waktu malam pulak, produk ini membersihkan wajah dan badan pada waktu malam serta menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

So jimat kan?? Husein dah cakap yang DASHING 2 in 1 kali ni memang jimat. Tak percaya?? Kalau tak percaya, korang kena try sendiri guna produk kali ni dan rasakan pengalaman menggunakan produk ni. Lepas tu komen siket kat bawah ni macam mana pengalaman korang ok. Nanti husein akan balas setiap komen kat bawah. Terima kasih kerana membaca. I am waiting for your comment. See yaaa…

4 ulasan:

  1. bukan laki saja syok guna dashing ni, akak pun suka... mmg jmat 2 in 1

    BalasPadam
  2. bestnya klau ada produk ni ada utk pmpuan jugak..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pompuan mesti rebut kalau ada produk yg macam ni kan

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.