Trip Kashmir: Tips dan Aktiviti di Yousmarg

Basically kalau nak spend di Kashmir ni dalam 4-5 hari dah memadai. Selain pekan Srinagar yang dekat,lain-lain attraction places di Kashmir agak jauh. Mungkin makan masa 2-3 jam sehala perjalanan. So tempat-tempat macam Pahalgam, Sonamarg, Gulmarg atau Yousmarg biasanya orang akan pergi secara berasingan hari. Means sehari di Pahalgam, sehari di Sonamarg dan begitu la seterusnya.

Perjalanan bertemu Syurga di Dunia
Hari keempat saya di India bersamaan hari kedua saya di Kashmir, saya berpeluang untuk pergi ke Yousmarg selepas bermalam di Lee Heritage, Srinagar. Perjalanan memakan masa 4-5 jam untuk sampai di Yousmarg(bergantung kepada keadaan traffic). Tiada transport dari airport New Delhi untuk sampai ke sini melainkan korang kena turun di airport Srinagar jugak. Mungkin korang akan fikir yang pelik benar nama Yousmarg ni tapi yang sebenarnya disini lah bermulanya perjalanan untuk saya bertemu syurga dunia (Paradise On Earth) sebagaimana nama jolokan untuk Kashmir yang diberikan oleh orang ramai.

Untuk kesini, saya dan kawan-kawan backpacker lain sewa van. Memang selesa, nampak tinggi dan tak la berhimpit sangat sebab kitorang berlapan campur dengan driver orang local kat sini lagi. Keselesaan merupakan factor yang penting untuk korang jalan jauh. In fact, kadang-kadang driver kat sini bawak macam haram jugak so kena la dapat seat sorang satu yang luas. Kalau seat dekat-dekat je nanti korang akan langgar bahu kawan sebelah. Kan dah ganggu ketenteraman dia nak tido tu.
WELCOME TO YOUSMARG, KASHMIR.

Tips Ambil Horse Riding di Yousmarg
Sebelum sampai ke Yousmarg, saya sempat bersarapan dulu sebab dengar cerita kat Yousmarg tak banyak kedai makan. So tak payah la bersusah payah cari kedai kat sana kan. Setibanya saya disana, saya diserbu oleh orang local disana yang menawarkan servis kuda untuk ambil angin kat sini. Pada mulanya saya agak berkeras untuk tidak menunggang kuda disini kerana harga yang ditawarkan melambung tinggi.  Lagipun time tu terasa nak berjalan kaki je sambil enjoy the view, tangkap gambar, selfie dan rekod video. Mana tak nya, view kat sini cantik kot. Takkan nak lepas peluang gitu je kan.

A post shared by HUSEIN Rider (@husein_rider) on
Tapi bila dah tawar-menawar barulah diorang setuju dengan harga yang kami deal kan. Better korang survey dulu harga horse riding kat sini di internet. Baru la puas hati. Nanti takde la rasa menyesal bila terkena tipu dengan diorang. Saya pun tak ingat dah harga yang saya tawarkan tu berapa sebab keliru dengan horse riding di Pahalgam jugak(nanti saya cerita pasal Pahalgam di entri akan datang). Alaaa... korang google je la ye harga dia berapa okay.

Best ke Horse Riding?
Pengalaman horse riding di Yousmarg memang best. Itu adalah first time saya dapat naik kuda dengan begitu lama sekitar dua jam mengelilingi kawasan Yousmarg. Serius korang takkan rugi kalau horse riding kat sini sebab ada beberapa kawasan yang korang takkan sampai kalau sekadar berjalan kaki je. Berbaloi habak hang. Kat Malaysia kalau naik berjam-jam macam ni entah berapa ratus la kena bayar.

Lepas beberapa ketika menunggang kuda, saya baru perasan yang kuda saya adalah yang tercantik berbanding kuda-kuda yang dinaiki oleh kawan-kawan saya yang lain. Saya perasan sebab  diorang semua tegur, “Eh, kuda Husein comel la” sebab kaler brown cerah dan nampak bersih je kuda ni. Kuda ni ada nama. Entah nama apa entah saya pun tak ingat dah. Hahaha…. In other things, dari sini saya dah mula mahir menunggang kuda. Come on la.. berjam-jam kot naik kuda.. takkan sikit pun tak reti kan.

“Blurrrr… blurrr…” itu adalah bunyi arahan kepada kuda untuk jalan sambil buat nada kasar siket bagi dia dengar.
Selfie with my hero for willing to lift my weight above his back

Spent our nearly two hours adventure in Yousmarg and realized how beautiful the connection between human and animal can be. Thanks to these wonderful and strong souls for being the best travel buddy to us. Without them, we definitely couldn’t finish our adventure here.

Actually, nasib la saya ambek khidmat horse riding ni. Sebab trek kat sini memang rabak la kalau korang jalan kaki. Jalan tak rata… lecah sana sini.. memang kotor la jawabnya kasut korang. Saya syukur sangat sebab tak jalan kaki tadi. Kalau tak, balik hotel terpaksa pulak basuhkan kasut. Kawan-kawan lain pun kata gitu. Lagipun dua jam kan naik kuda, kalau jalan kaki ni dah memang tercabut lutut dibuatnya.

Bila waktu paling sesuai datang sini?
Spring. Yang kedua adalah musim panas sebab time musim panas kawasan ni tak la terlalu panas. Musim bunga adalah waktu paling sesuai kerana ianya tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Lagi pun time ni kebanyakkan pokok dan bunga hidup subur so korang boleh tengok banyak pokok yang tinggi dan bunga yang menghiasi kawasan Yousmarg ni. Cantikkk…rugi kalau tak dapat tengok. Sambil tu korang boleh minum air sungai  sepanjang berada di sini yang sejuk, jernih bak Kristal dan segar. Kalau pergi time winter ada ke yang sanggup sentuh air sungai? Hahaha….

Itu saje cerita saya di Yousmarg. Kalau korang ada persoalan tentang Yousmarg, boleh komen disini atau dm saya di Instagram @husein_rider. Saya akan tolong sedaya upaya untuk bagi info. Doakan saya supaya dapat update pasal Pahalgam pulak pasal kat situ ada rumah Munni a.k.a Shahida dalam filem Bhajrangi Baijan. Saya tahu korang semua minat cerita tu kan? So nantikan entri tu akan datang. Thank you semua.

4 ulasan:

  1. Cantiknya pemandangan disana.

    BalasPadam
  2. kashmir memang lawa. ada dalam wishlit utk ke sana

    BalasPadam
  3. Memang lawa tempat. Sunnguh indah ciptaan Allah

    BalasPadam
  4. wishlist tempat nak pergi huwaaa! harap ada rezeki nanti, waiting for the next entry hihi.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.